Saturday, September 10, 2011

wireless hati kita

8 comments:








Mariam melangkah masuk ke dalam biliknya. Laptop yang memang sedia ada di atas katil dibuka. Setelah memasukkan password, wallpaper desktop pemandangan air terjun menyapa matanya. ‘Seronoknya kalau dapat mandi air terjun. Dah lama tak pergi camping.’ Katanya dalam hati. Kali terakhir dia menyertai aktiviti perkhemahan adalah semasa dia berada di awal semester semasa belajar di university dahulu. Kini dia sudah berjaya menghabiskan diplomanya, sedang menunggu tawaran untuk menyambung ijazah pula.

Mariam tersedar apabila skrin laptopnya tiba-tiba menjadi hitam. Tu la, berangan sangat. Dia kembali kepada tujuan asalnya. Nak online facebook, tengok ada apa-apa yang menarik tak. Kalau tak ada, buka la apa-apa yang menarik. Marathon movie pun macam best ni. Mariam berkira-kira di dalam hati. Broadband maxis yang terletak di meja sisi katilnya dicapai dan dipasang.

Sementara menunggu, dia membuka folder senarai lagu. Mencari-cari lagu yang sesuai untuk didengar pada malam Sabtu begini. “hurmm.. layan je la apa-apa pun. Ungu, Avril Lavigne, Rossa, S Club 7, blue October, yellowcard, bla..bla..bla..” mulutnya menyebut nama-nama artis yang menjadi pilihannya untuk malam ini. Genre lagu pun random. Ada yang sentimental, tak kurang juga yang berentak laju.

Selesai mengaktifkan winamp, dia kembali kepada connection manager untuk broadbandnya pula. ‘Eh? Kenapa merah pulak lampu kat usb broadband ni? Awatnya tak boleh nak connect pulak ni??’ Mariam menggaru kepala yang tidak gatal. Beberapa saat kemudian, dia menepuk dahinya. Handphone di atas bantal dicapai, calendar dibelek. “patut la pun. Dah sampai deadline kena bayar bil. Dah kena potong la ni.” Dia mengeluh. Mati kutu, tak tahu nak buat apa. ‘Macam mana ni? Ayah tak nak tolong bayar dah bil broadband ni sebab aku dah tak belajar lagi. Ayah cakap kalau nak pakai broadband jugak, bayar sendiri bil tu. Nak bayar macam mana kalau kerja pun tak?huhu..’ hatinya mula bermonolog.

Dalam dia sibuk berfikir, matanya terpandangkan bintang kecil berwarna kuning di bahagian sudut tepi desktop laptop Acer itu. Tanda wujudnya wi-fi di situ. ‘ahahhh.. try la usha jap kut ada free wi-fi ke..’ semangat untuk online yang merudum sebentar tadi kembali semula. Dia klik di bahagian tepi tersebut, beberapa senarai wi-fi terpapar. ‘alaaa.. semua ada password..’ Mariam kembali kecewa apabila nama-nama wi-fi yang terpamer, mempunyai symbol seperti mangga pagar, menandakan password adalah diperlukan.

Tangannya terus scroll apabila didapati masih ada yang belum dilihat lagi. ‘yeeehaaaa…!!’ hatinya melonjak girang. Nama ‘K. Aiman’ yang tersenarai itu tiada mangga di tepinya. ‘try la connect, kut boleh dapat. Untung aku kalau dapat connect. Dpt internet free.haha..’ dia ketawa jahat. Anak panah dihalakan ke arah nama itu dan mouse di klik untuk mengaktifkan talian internet tersebut. ‘connected to : aiman’. “wahhhhh…..” Mariam teruja. “encik Aiman, kita kongsi-kongsi la internet access ni ok? Tapi awak bayar sorang.” Mariam tersenyum lebar. Entah siapa la K. Aiman ni, dia pun tak tahu. Ada ke anak-anak jiran sebelah-menyebelah ni nama Aiman? Tak pernah pula dia ambil tahu akan hal itu. Yang penting, mesti Aiman tak kisah kan?

Setelah log in ke facebook, dia mula melihat-lihat apa yang menarik. Status di update. “aarghhh~~ broadband dah kena potong. Siapa baik hati nak bayarkan?” itu ayat untuk status facebook dia. Beberapa minit kemudian, notification menunjukkan angka 1. Dia klik. Oh, Ain bagi komen.

Ain Nadiah : habis ko online ni macam mana?

Mariam tersenyum secara automatik.

Mariam Kirana : ada orang baik hati nak share wi-fi dengan aku.

Dia membalas komen tersebut di dalam inbox. Ain merupakan sahabat baiknya. Rumah mereka sebelah lorong je.

Ain : wahhh.. sapa yang baik hati sangat tu?*excited

Mariam : tak tahu sapa. Aku pun tak kenal. Nama wifi dia K. Aiman. Aku try je connect tadi, tak sangka dapat access.

Ain : untung laaaa… hahaha..

Mariam : memang untung.. >.<

Mereka terus berchatting sehingga jarum jam melepasi angka 12. Hampir pukul 3 pagi, tiba-tiba sahaja talian internet terputus. Mariam mengeluh. ‘ ni la susah menumpang internet orang. Nak online pun kena ikut time dia. Aiseyhhh…’ Tangannya segera mencapai handphone, nama Ain dicari. Setelah jumpa, pantas tangannya menaip mesej untuk sahabatnya itu.

Ain, aku dah off. Sorry x sempat inform awal-awal. Aiman ni tiba-tiba je off. Butang send ditekan. Dia terus menutup laptopnya dan berbaring. Mata memandang jam yang terdapat di dinding. Elok la tu off, dah pukul 3 pun. Memang dah sampai masa untuk tidur. Bunyi handphone menandakan ada mesej masuk menghentikan lamunannya.

Its ok, aku faham. Aiman suruh kau masuk tidur la tu. Balasan daripada Ain. Mariam tergelak kecil. Ayat Ain tu, dah macam si Aiman ni laki aku je. Kepalanya digelengkan. Nonsense! Matanya dipejamkan, terus dia melayari mimpi.


“Ana!! Ohh.. Ana!! Kamu dah bangun ke belum ni?” Suara puan Khalidah kedengaran bersama ketukan di pintu. Mariam yang sedang lena terjaga. Dalam keadaan mamai, dia hanya mengangguk sahaja.

“Mariam Kirana!! Kamu dah bangun ke belum ni??” suara ibunya naik seoktaf. Mata yang kelat sebentar tadi terus segar.

“Dah.. Dah. Dah bangun dah ibu. Kenapa?” dia menyoal, kalut.

“Kenapa kamu tanya? Subuh dah nak sampai hujung dah. Jenuh ibu ketuk tak menyahut. Cepat pergi solat Subuh. Lepas tu jangan nak sambung tidur, tolong ibu masak sarapan.” Puan Khalidah berkata sebelum berlalu dari bilik anaknya.

Mariam melangkah longlai ke arah pintu bilik. Kakinya melangkah menuju ke bilik air yang terletak di hadapan biliknya dan juga bilik kakaknya, Mariam Sofia. Tetapi sekarang kakaknya tiada di rumah itu, dia sudah berkahwin. Jadi kakaknya tinggal bersama suaminya. Mereka hanya pulang ke rumah itu dua minggu sekali, bergantung kepada kelapangan waktu juga. Dan kini di rumah itu hanya tinggal dia, ibunya serta ayahnya sahaja.

Selesai mengambil wudhu’, dia segera menunaikan solat Subuh, bimbang sekiranya terlepas, apa nak dijawab depan Allah nanti? Lambat bangun sebab online sampai 1 pagi? Huhu.. usai bersolat, dia segera turun ke dapur, berniat untuk membantu ibunya.

Sampai sahaja di dapur, ibunya sedang menggoreng mihun. Perut terus terasa lapar apabila menghidu bau mihun yang sedang digoreng. Dia hanya memerhatikan ibunya yang sedang leka memasak. Matanya dipejamkan, rasa mengantuk masih bersisa.

“eh? Boleh pulak kamu tidur sambil berdiri kat situ? Tak senonoh betul perangai.” puan Khalidah yang baru menyedari kehadiran anak gadisnya itu bersuara. Kepalanya digelengkan.

“ehehehe.. sorry ibu. Ngantuk la. Semalam tidur lambat.” Mariam tersengih menayang gigi.

“Kamu tidur lambat buat apa? Duk online kat dalam bilik tu?” puan Khalidah sudah mula masuk mode membebel. Mariam hanya tersengih, sedar kesalahan sendiri.

“Assalamualaikum..” suara ayahnya kedengaran dari ruang hadapan. Ayah baru pulang dari surau, solat Subuh di sana. Hari ini ayah pulang agak lewat. Mungkin ada meeting kut. Ayahnya merupakan salah seorang AJK di surau berdekatan rumah mereka itu.

“Waalaikumussalam..” serentak Mariam dan ibunya menjawab.

“Apa yang bising sangat tadi? Sampai ke depan saya dengar suara kamu tu, Ida.” Encik Fauzi bertanya lagi.

“Anak dara awak ni ha. Tak padan dengan anak dara, boleh dia tidur berdiri kat tepi tu tadi?” kata puan Khalidah. Kepalanya masih lagi menggeleng tidak percaya.

Encik Fauzi ketawa kecil. Anak bongsunya ini, ada-ada sahaja.

“Kenapa Ana ngantuk sangat sampai tidur kat dapur? Tidur pukul berapa semalam?” encik Fauzi pula mengaju soalan.

“Ana tidur dalam pukul 3 kut. Hehe..” dia menjawab jujur, bersama sengihan.

Mata encik Fauzi membulat. “Online sampai pukul 3 pagi??”

“err.. a ah. Heeee~~”Gigi yang putih tersusun masih ditayang.

“Ana buat apa online lama-lama sangat? Nasib baik tak terlepas Subuh, kalau tak kan dah berdosa? Daripada Ana tidur lambat-lambat tu, baik Ana buat qiam ke, baca Al-Quran ke..” encik Fauzi menasihati anaknya itu. Mariam hanya diam dan mengangguk. Sedar salah sendiri. Dia memang jarang tidur awal. Masa belajar dulu lain la. Tapi bila dah habis belajar, tinggal di rumah, dia memang tidur awal. Sebelum pukul 12 dah masuk alam mimpi.


Sebulan kemudian….


Mariam berjalan pulang ke rumahnya dari stesen bas berdekatan. Baru pulang dari kerja. Bekerja sebagai kerani sementara di sebuah syarikat perakaunan sementara menunggu tawaran ijazah. Mencari pengalaman bekerja sebenarnya. Mungkin boleh digunapakai apabila dia sambung belajar nanti.

Beberapa minit berjalan, dia sudah nampak bumbung rumahnya. Langkah dilajukan. Semangat nak balik, nak landing atas sofa. Sungguh dia penat hari ini. Kerja tiba-tiba agak banyak. Mungkin kerana sudah hampir hujung bulan. Hendak tutup akaun dan segala macam lagi. Letak beg di bahu kanan diperkemaskan lagi. Dia terus berjalan dan berjalan.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba terasa seseorang menarik begnya dari arah belakang. Dia yang terkejut terus terduduk di atas jalan. Mulutnya menjerit meminta tolong. Dia sudah sangat hampir dengan rumahnya, hanya 5 buah rumah sahaja lagi yang perlu dilalui. Tuan rumah di mana dia terduduk di hadapannya keluar. Seorang lelaki dlm lingkungan 27 tahun, memakai kemeja dan berseluar slack. Mungkin baru pulang dari kerja.

“Cik.. cik ok?” lelaki itu bertanya prihatin.

“o..ok..saya ok.” Mariam menjawab sangkut-sangkut. Rasa terkejutnya masih belum hilang.

“Betul ke ok ni? Pucat je muka tu. Rumah dekat mana? Mari saya hantarkan.” Lelaki itu menawarkan bantuan. Mariam berdiri perlahan-lahan. Begnya yang terjatuh tadi diambil. Mujur begnya terputus, jadi peragut itu tidak mendapat apa-apa. ‘Alhamdulillah..’ dia memanjat kesyukuran di dalam hati.

“Takpe encik. Rumah saya depan tu je. Yang pagar warna biru tu. Terima kasih banyak-banyak. Saya pergi dulu.” Mariam terus berlalu. Langkahnya terhenti apabila lelaki itu memanggilnya.

“Ye? Ada apa?” dia bertanya setelah kembali menoleh.


" Mintak maaf tanya. tapi boleh saya tahu nama cik? saya baru juga pindah ke sini. jadi nak la kenal jiran-jiran." Aiman bertanya yakin.

“Err.. hmm.. Ana.” Mariam menjawab. Eh? Yang aku bagi nama Ana ni kenapa? Tu nama panggilan untuk keluarga aku je la.

“Oh, Ana. Saya Khairul.” Lelaki itu memberitahu namanya tanpa ditanya.

Mariam hanya mengangguk. Terus berpusing dan melangkah ke rumahnya. Dia masih belum dapat berfikir dengan tenang. Rasa terkejutnya masih belum hilang.

Tiba di rumah, encik Fauzi dan puan Khalidah terkejut melihat anak mereka membawa pulang beg tangan yang putus.

            “Ana, kenapa ni?” ibunya bertanya cemas.

“takde apa ibu. Ana hampir kena ragut tadi.” Dia menjawab perlahan.

“takde apa Ana kata? Ni sampai putus tali beg ni. Nasib baik kamu tak apa-apa. Abang, eh? Mana ayah kamu ni? Tadi ada dekat sini?” puan Khalidah pelik apabila suaminya tiba-tiba tiada.


Encik Fauzi terus keluar apabila anaknya memberitahu tentang kejadian ragut itu. Dia melihat kiri kanan jalan di hadapan rumahnya itu. Lalu dia terpandang seorang anak muda tidak jauh dari rumahnya. Anak muda itu seperti ingin berkata sesuatu, tapi tidak terucap.

“Aiman. Kenapa tengok pakcik macam tu?” dia bertanya kepada anak muda itu. Anak muda ini dikenali semasa dia bersolat di surau. Selalu juga dia melihat anak muda ini ke surau.

“Takde apa pakcik. Nak tanya, yang tadi, pakai baju kurung hijau tu anak pakcik ke?” anak muda itu bertanya kembali. Encik Fauzi memandang hairan. Sambil mengingati warna baju anaknya.

“A ah, anak pakcik la tu. Kenapa?” terus ditanya kepada anak muda itu.

“Anak pakcik, kena ragut depan rumah saya tadi. Dia ok tak? Saya minta maaf sebab tak dapat nak tolong, saya keluar rumah, peragut tu dah lesap. Saya keluar pun sebab dengar anak pakcik jerit minta tolong tadi.” Jelas Aiman panjang lebar.

“Oh, takpe. Dia terkejut sikit je kut tadi. Kejap lagi ok la tu.” Encik Fauzi berkata sambil tersenyum.

“Anak pakcik dari mana tadi?” Aiman bertanya spontan.

“Dia baru balik dari kerja. Dia tak bawa kereta, sebab dia tak ada lessen. Pakcik dah suruh pergi ambil lessen, dia tak mahu. Malas katanya. Dah jadi macam ni, memang nak kena suruh pergi ambil lessen juga la tu.” Aiman yang mendengar mengangguk.

“Dia kerja kat mana?” Aiman bertanya, berminat nak tahu.

“Dekat Bukit Indah. Kerani di syarikat perakaunan.” Encik Fauzi menjawab tanpa banyak soal.

“Bukit Indah? Sama tempat kerja saya la. Saya kerja di Bukit Indah juga. Kalau pakcik tak kisah, saya boleh je tumpangkan anak pakcik pergi dan balik kerja.” Aiman menawarkan bantuan tanpa segan silu.

“Eh? Kamu ni. Kamu lelaki, anak pakcik perempuan. Tak manis.” Jawab encik Fauzi. Aiman terdiam.

“Pakcik.. errr..” Aiman berfikir adakah betul apa yang bakal diluahkan ini.

“ye? Ada apa?” encik Fauzi masih menunggu ayat Aiman yang tergantung.

“Pakcik, kalau saya nak masuk meminang anak pakcik boleh tak?” Aiman berkata senafas. Encik Fauzi terdiam. Terkejut sebenarnya. Tidak menyangka ayat itu yang akan diluahkan oleh anak muda ini.

“Kamu ni.. kalau kamu nak kahwin dengan anak pakcik sebab nak bawak dia naik kereta je, tak payah la. Pakcik boleh hantar dia pergi kerja nanti.” Encik Fauzi menjawab sambil menggeleng tidak percaya.

“Tak, pakcik. Saya serius. Saya dah lama suka kat anak pakcik. Saya jatuh cinta dari hari pertama saya nampak dia lalu depan rumah saya ni lagi.” Aiman bersungguh-sungguh. Encik Fauzi pula terkelu.

“Errr.. kita orang Melayu, orang Islam lagi. Ada adatnya, Aiman. Kalau betul Aiman serius, Aiman tahu apa yang Aiman perlu buat, kan? insyaAllah kalau bagi pihak pakcik tak ada masalah. Tapi pakcik perlu juga tanya dengan tuan punya badan.” Encik Fauzi menjelaskan panjang lebar. Aiman mengangguk, bersemangat. Dia tahu apa yang perlu dibuat. Nak kena telefon mak dengan abah di kampung ni. ASAP!!


6 bulan kemudian..


“Mariam, tahniah.. tak sangka aku, kawan aku ni dah nak kahwin dah…” Ain memeluk temannya itu.

Mariam tersipu malu. Dia pun tak sangka sebenarnya yang dia akan setuju. Tapi setelah melakukan istikharah, jawapan ini yang diterimanya, maka apa lagi yang hendak dia risaukan? Mungkin ini yang terbaik untuknya.

“Thanks Ain. Aku pun macam tak percaya juga.” Tangannya memandang cincin yang baru sahaja tersarung di jarinya siang tadi. Disarungkan oleh Hajah Fatimah, ibu Khairul Aiman.

“Dah la dengan sepupu aku pulak tu. Hahaha.. lagi 3 bulan, kau pun jadi sepupu aku la jugak.” Ain ketawa bahagia. Mariam geleng kepala. Dia pun tak percaya, Khairul tu sepupu Ain rupanya. Ain tak pernah pun cerita dekat dia. Tak penting katanya. Masa Ain dan ibu bapanya datang bersama rombongan meminang dari pihak Aiman siang tadi, Mariam baru tahu mereka bersepupu. Sabar je lah kawan aku ni. Kata tak dapat datang la, apa la. Rupanya nak buat kejutan. Memang aku terkejut. Huhu..

“Ain.” Mariam memanggil sahabatnya itu. Ain menoleh.

“Apa?” kepalanya diangkat sedikit, bertanya.

“Kau ingat tak aku online menumpang wi-fi orang selama broadband aku ni tak boleh pakai?” Ain terdiam, cuba mengingat.

“A ah, kenapa?” Ain bertanya pelik. Tiba-tiba masuk cerita pasal wi-fi pulak.

“Ingat tak nama wi-fi yang aku tumpang tu?” Mariam bertanya lagi.

“Tak. Apa ey nama dia? Lupa la.” Ain rasa makin pelik. Apa kawan aku ni tanya soalan pelik-pelik je? Effect lepas bertunang ke apa?

“Nama wi-fi tu, K. Aiman.” Mariam memberi masa untuk sahabatnya itu berfikir. Ain diam. Kening bertaut, menunjukkan dia sedang betul-betul berfikir.

“K. Aiman.. dah tu?” Mariam tepuk dahi apabila kawannya masih tidak dapat menangkap apa yang dia maksudkan.

“Ya Allah.. lambat betul kawan aku ni hari ni, kenapa?” Mariam menyimpan ketawanya. Ain makin blur.

“Apaaaa???” Ain bertanya tak puas hati.

Mariam membuka cincin yang tersarung di jarinya. Bahagian dalam cincin itu ditunjuk kepada Ain. Ain membaca apa yang tertulis di situ. K.Aiman & M.Kirana

Ain menggeleng tidak percaya. “Don’t tell me its him?”

“I think yes, he is.” Mariam tersengih bahagia.

“weeeeeeeee… tak sangka!!hahahaha…” bilik itu gamat dengan suara ketawa mereka walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

Friday, September 9, 2011

cintaMu cinta abadi [upgraded]

2 comments:
*upgrade sikit je. jgn letakkan harapan yg tggi trhadap apa yg diubah. sbb mmg kpale tgh tingtong xde idea. hoho.. sekian, terima kasih :)

Alunan ayat suci al-Quran yang sangat merdu jelas kedengaran dari bahagian atas rumah banglo dua tingkat itu. Suara merdu seorang wanita yang mampu membuatkan mereka yang mendengarnya terpaku dan ingin terus mendengar tanpa henti. Bacaan yang begitu tepat hukum tajwidnya itu sangat Berjaya mengubah suasana malam yang sunyi sepi dan juga suram di rumah itu menjadi tenang, setenang-tenangnya. Suara merdu itu terus berlagu, memuji kebesaran Maha Pencipta, Maha Kuasa.

Tok..tok..tok..

Malam yang tenang itu terganggu dengan bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu. Alunan merdu sebentar tadi terus terhenti. Pemilik suara merdu itu terus berlari menuruni anak tangga tanpa sempat menanggalkan telekung yang tersarung di tubuhnya. Jam dinding yang terdapat di ruang tamu dikerling seketika sebelum membuka pintu. Tepat 2 pagi.

Nafas panjang ditarik sebelum dia membuka pintu itu. Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan seperti sebelum-sebelum ini. Apabila pintu dibuka, berdiri seorang lelaki yang cukup dikenali di hadapannya. Dengan rambut yang kusut masai serta bau hanyir yang tidak menyenangkan hidung sesiapa yang menghidu, lelaki itu terus menolak gadis yang kaku berdiri di hadapannya lalu melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang tersergam indah itu.

Lelaki tadi terus menuju ke tingkat atas rumah tersebut. Si gadis berasa lega. Tubuhnya selamat dari sebarang kecederaan untuk hari ini. Dia turut melangkah naik ke tingkat atas dengan niat untuk menyambung bacaannya yang terhenti sebentar tadi.

Tiba di muka pintu biliknya, dia terkaku. Tubuh lelaki tadi yang lena di atas katilnya hanya dipandang sayu. Lelaki yang telah 5 bulan bergelar suaminya, tapi mereka tidak pernah menjadi suami isteri dalam erti kata yang sebenar. Sepasang suami isteri yang hanya termaktub di atas kertas sahaja. Dia masuk ke biliknya. selimut yang telah jatuh ke lantai diambil dan diselimuti suaminya itu sehingga ke paras dada. Lelaki itu tidak mungkin sedar perbuatannya setelah meminum air haram itu. Dia hanya mampu menggeleng kesal. Sungguh, dia sudah mati akal untuk mengubah lelaki ini.

Dia berlalu dan menuju ke ruang tamu yang terdapat di bahagian atas rumah itu bersama senaskhah al-Quran di tangan. Dia menyambung bacaannya. Apabila selesai membaca beberapa muka surat al-Quran itu, dia menyimpannya dan terus menghampar comforter yang diambil dari dalam biliknya, lalu membaringkan tubuhnya di situ. Dia perlu berehat. Kerana sebentar lagi dia perlu bangun untuk bersahur pula.
Hani terjaga apabila mendengar bunyi seperti orang sedang muntah dari arah biliknya. Pintu bilik yang memang dibiarkan terbuka memudahkan dia untuk terjaga sekiranya lelaki itu memerlukan apa-apa. Dia bergegas bangun dan melangkah ke arah biliknya yang hanya beberapa langkah dari tempat tidurnya itu.

Tiba di bilik, kelihatan katil yang menjadi tempat beradu lelaki itu semalam sudah kosong. Dia segera ke arah bilik air yang terdapat di dalam bilik itu pula. Kelihatan lelaki itu terbongkok-bongkok meluahkan segala isi perutnya. Hani mengurut perlahan belakang suaminya dengan niat dapat membantu, namun pantas tangannya ditepis oleh tangan kasar itu.

“Kau jangan sibuk! Keluar dari sini! Pergi balik bilik kau tu lah! hishhh!!” lelaki itu mengherdiknya kasar. Hani terkaku. Tembok kesabaran masih cuba dikukuhkan.

“Err.. hmm.. tapi ni la bilik saya.” Hani menjawab perlahan. Haziq yang mendengar jawapan itu terus terasa segar. Kepalanya yang berpusing kerana terjaga secara mengejut sebentar tadi sedaya upaya ditahan. Matanya dipejam celikkan supaya penglihatannya yang agak berbalam menjadi lebih jelas. Dia termalu sendiri apabila menyedari kesilapannya itu, tetapi egonya masih ingin dipertahankan.

“ Sedar diri sikit. Rumah ni rumah aku. Jadi, apa yang ada dalam rumah ni pun semua hak aku. Kau tu menumpang je dekat sini. Jangan nak perasan sangat bilik ni bilik kau. Aku bagi tumpang pun sebab ibu, tahu? Kalau tak, jangan harap.” Haziq bersuara kasar dan terus berlalu keluar.

Hani terkesima mendengar bicara kasar suaminya itu. Diakui bahawa selama 5 bulan perkahwinan mereka, lelaki itu tidak pernah bercakap secara lembut dengannya. Sepatutnya dia sudah kebal. Tetapi entah mengapa, ayat lelaki itu pada pagi Jumaat ini sangat menyentap perasaannya. Terasa dirinya terlalu hina bagi lelaki itu, dan juga terasa dirinya tidak pernah diterima di rumah ini.

Haziq terus berjalan menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Hani. Dalam hati menyalahkan kecuaian dirinya sendiri. Dia melihat jam di dinding. 4 pagi. ‘Ahh… sambung tidur lagi bagus’. Desis hatinya. Terus dia menuju ke katil dan menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi.

Hani menuju ke dapur di tingkat bawah rumah itu. Seleranya sudah mati berikutan rasa kecewa yang telah dihadiahkan oleh Haziq sebentar tadi. Namun dia masih perlu memasak untuk bersahur. Jika tidak dikhuatiri dia tidak mempunyai tenaga yang mencukupi untuk membersihkan setiap inci rumah banglo milik suaminya itu.

Bahagian sejukbeku dibuka, ayam dikeluarkan. Kemudian dia melihat bahagian sayur pula, sayur kalian dikeluarkan. Ikan masin turut dikeluarkan dari peti sejuk itu. Melihat pada apa yang ada, dia memutuskan untuk memasak ayam goreng kunyit bersama kalian ikan masin. Dilihat bahan-bahan memasak sudah semakin berkurangan. Mungkin selepas suaminya pergi kerja nanti dia boleh ke kedai untuk membeli bahan-bahan untuk memasak.

Selesai memasak dan menghidang, Hani bergegas ke tingkat atas untuk mengejutkan Haziq. Rasa kecil hatinya diletakkan ke tepi dahulu. Yang penting dia harus mencuba sedaya upaya untuk membawa suaminya ke jalan kebenaran. Kerana telah jelas di dalam al-Quran, di dalam surah An-Nur ayat 26 menyatakan “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.

Dan apabila telah ditetapkan jodohnya dengan lelaki yang bernama Haziq, yang bersifat seperti itu, mungkin ia merupakan dugaan dari Allah untuknya. Untuk menguji keimanan serta kesabarannya. Samada dia mampu atau tidak untuk membawa lelaki itu yang sudah jauh terpesong, untuk pulang semula kepada penciptanya. Dan apabila difikirkan semula, ia boleh menjadi suatu kelebihan kepada dirinya. Kerana dia telah diberikan peluang untuk berdakwah. Walaupun sepatutnya yang menjadi pemimpin di dalam bahtera rumahtangga adalah sang suami.

Dia menerima lelaki itu kerana tidak mahu mengecewakan ibu bapanya. Dan setelah dia melakukan solat istikharah, meminta petunjuk, hatinya berat untuk menerima lamaran keluarga lelaki itu. Haziq merupakan anak kepada kenalan rapat ibu bapanya. Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia tetap bersetuju kerana dia yakin dengan petunjuk yang telah diberikan. Dia yakin Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Walaupun pada awalnya dia agak kecewa apabila mengetahui sifat sebenar Haziq, namun dia tetap terus bersabar. Kerana dia telah dididik oleh ibu dan bapanya dengan ilmu agama yang mencukupi. Apabila dia bergelar isteri, adalah menjadi tanggungjawabnya juga untuk mempertahankan rumahtangga mereka itu dan dia sememangnya ingin menjadi seorang isteri yang solehah.

Melalui bacaannya, dia ada terbaca sebuah artikel yang menyatakan  

Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.”

Dan kerana itu, dia redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan untuknya. Biar 5 bulan yang berlalu bagaikan belum menampakkan hasil, tetapi dia akan terus menunggu sehingga dibukakan pintu hati lelaki itu untuk menerima kebenaran.

“Awak.. bangun sahur. Dah nak pukul 5 dah ni. Nanti tak sempat pula nak sahur.” Hani mengejutkan Haziq yang masih nyenyak tidur. Melihatkan Haziq yang bagaikan tidur mati, dia memberanikan diri untuk menggerakkan tubuh lelaki itu. Walaupun dia telah menerima tengkingan setiap kali dia mengejut lelaki itu bersahur sebelum-sebelum ini, dia tetap tidak mahu berputus asa. Perjuangannya masih belum selesai.

Tubuh Haziq bergerak sedikit. Kali ini Haziq tidak menengkingnya. Hani memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Semoga lelaki ini akan terus berubah sedikit demi sedikit. Haziq dilihatnya melangkah ke bilik air. Mencuci muka barangkali. Hani tersenyum sendiri. Dia betul-betul lega. Lalu dia terus melangkah ke bawah semula, menunggu Haziq dia meja makan. Dia tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat kemunculan Haziq di meja makan itu. Kerana setakat ini, Haziq tidak pernah bersahur bersamanya. Dan lebih menyedihkan, lelaki itu bukan hanya tidak bersahur, tetapi dia tidak berpuasa juga.

Bagaimana Hani mengetahuinya? Kerana setiap pagi sebelum pergi kerja, Haziq pasti akan ke dapur dan membancuh air milo sendiri. Dan dengan tanpa perasaan malu sedikitpun, dia menikmati air milonya di meja makan rumah mereka. Dan sudah beberapa kali dia terserempak dengan Haziq yang sedang menikmati air milo itu. Dia mencuba untuk menegur Haziq, tetapi setiap kali dia menegur, pasti Haziq akan mengherdiknya kembali.

Hani berasa tersentuh dan gembira apabila mendengar derap kaki yang sedang menuruni tangga rumah banglo itu. Namun kegembiraan itu disembunyikannya. Dia tidak mahu Haziq menengkingnya lagi.

Haziq duduk di kerusi berhadapan dengan Hani. Sekali lagi Hani berasa terharu. Ini kali pertama mereka makan semeja di rumah ini. Sebelum ini Haziq tidak pernah sudi untuk makan semeja dengannya.

Haziq hanya diam. Dia sendiri bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilakukannya. Namun dia hanya diam sahaja. Apabila nasi dihidangkan oleh Hani, dia hanya menerima dan terus makan tanpa banyak soal. Dia keliru dengan perasaannya sendiri.

“Awak, pagi nanti saya nak pergi beli barang dapur. Bahan-bahan nak memasak semua dah hampir nak habis. Boleh ye?” Hani meminta izin dari suaminya setelah mereka selesai makan dan sedang menunggu azan Subuh.

“Hmm.. pergi je la. Kau nak pergi mana-mana pun aku tak kisah. Tak nak balik terus pun takpe. Aman sikit hidup aku ni.” Haziq menjawab dingin. Hani terkedu, lalu terus terdiam. Dia bangun dan terus mengemas pinggan-pinggan kotor yang berada di atas meja itu.

Beberapa minit kemudian, kedengaran suara azan berkumandang dari surau berhampiran. Hani segera menyudahkan kerjanya untuk menunaikan solat pula. Apabila dia keluar dari dapur, Haziq masih berada di  meja makan. Langkah Hani terhenti.

“Awak, jom solat sekali?” Hani mencuba nasib.

“Kau solat la dulu. Kejap lagi aku solat sendiri. Tak payah tunggu aku.” Suara Haziq masih dingin. Hani berasa sedikit kecewa. Namun dia tetap tersenyum.

“Ok, saya solat dulu lah kalau macam tu. Assalamualaikum.” Hani terus berlalu ke biliknya. Seperti biasa, usai solat Subuh, dia mengaji dahulu sebelum memulakan rutin hariannya iaitu mengemas rumah dan sebagainya.

Di bilik sebelah,Haziq hanya berteleku di sisi katilnya. Suara merdu milik Hani yang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran itu memberikan dia ketenangan. Wajahnya diraup. Sudah terlalu lama dia hidup bergelumang dosa. Walaupun dia sudah tidak menyentuh air haram itu lagi sejak sebulan yang lalu, tetapi dia masih tidak mampu menepis ajakan rakan-rakannya ke kelab-kelab untuk bersuka ria. Dan disebabkan itu, malam tadi badannya berbau hanyir. Bukan kerana dia menyentuh air haram itu, tetapi bau itu melekat akibat dari rakannya yang termuntah di atas bajunya.

Dia sengaja pulang seperti dalam keadaan mabuk untuk menyakiti hati gadis itu. Dan betapa dia kagum dengan ketabahan gadis bernama Nur Izhani ini. Betapa dia seorang yang sangat penyabar. ‘Lalu apa lagi yang aku mahu? Aku sudah memiliki seorang isteri yang sempurna. Apa lagi yang kau mahukan, Haziq?’ Haziq bertanya pada diri sendiri.

‘Aku tidak mempunyai keberanian untuk berhadapan dengannya.’ Dia menjawab sendiri persoalan itu.

‘Dan disebabkan itu kau berkasar dengannya?’ Satu suara bertanya kembali.

‘Ya. Aku berkasar dengan dia kerana ego ku. Aku terlalu ego.’ Haziq meraup wajahnya lagi.

‘Rendahkan egomu. Terus teranglah dengan dia selagi kau mempunyai kesempatan.’ Suara itu seakan memujuknya.

‘Aku takut.. aku takut dia tak mahu terima aku. Aku telah melayannya dengan sangat buruk. Aku tidak mengangkat martabatnya sebagai seorang isteri. Aku sering menengkingnya. Aku menghinanya.’ Suara hatinya masih bertingkah.

‘Belum cuba, belum tahu. Jangan sampai kau menyesal suatu hari nanti.’ Suara itu terus menyepi.

Haziq bangun. Menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’ dan terus menunaikan solat Subuh. Mujur dia masih ingat bagaimana untuk bersolat walaupun dia hanya mampu untuk mebaca surah-surah pendek sahaja. Sekurang-kurangnya masih ada ingatannya terhadap kalam Allah walaupun tidak banyak. Usai bersolat, dia berdoa.

“Ya, Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu yang hina. Telah jauh aku tersasar dari jalanMu. Telah lama tidak ku hamparkan sejadah untuk sujud menyembahMu. Aku telah lalai dengan syurga dunia, ya Allah. Aku telah hanyut mengikut nafsuku. Aku telah melupakanMu. Ya Allah, Kau redhailah perjalananku agar aku tidak tersesat lagi. Kau tunjukkanlah kepadaku jalan yang lurus, jalan untuk menuju syurgaMu. Dan jadikan cintaku terhadap isteriku adalah kerana cintaku terhadapMu. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Amin..” kedua tapak tangannya diraup ke wajah. Hatinya menjadi tenang.

Haziq bingkas Bbrsiap untuk ke pejabat. Setelah sempurna, dia melangkah turun ke bawah. Kelihatan Hani sedang mengemas ruang tamu rumah mereka. Haziq tiba-tiba berasa kekok. Hatinya berbelah bahagi.

“Hani..” dia bersuara perlahan, namun dapat didengari oleh Hani. Hani berpaling menghadap Haziq.

“Awak panggil saya?” Hani bertanya meminta kepastian.

“Err.. hurmm..” Haziq mati kata. Tangannya menggaru kepala yang tidak gatal.

“Kenapa?” Hani bertanya hairan.

“Ermm.. nothing.. nothing. Not a thing.” Haziq menjawab kalut. Hani semakin pelik.

“Ohh.. ok.. awak nak pergi kerja dah?” Hani bertanya juga walaupun dia tahu jawapannya. Sungguh dia pelik. Haziq tidak pernah berbicara lembut begini dengannya. Berbicara dengan baik. Selalunya dia sering dihidang dengan kata-kata yang kesat.

“ Aaa… a ah. Abang pergi dulu.” Haziq mengubah panggilannya tiba-tiba. Dia terkejut dengan apa yang diucapkan sebentar tadi. Namun dia nampak, Hani juga terkejut dengan apa yang keluar dari mulutnya sebentar tadi.

Hani terkaku seketika. Dulu apabila dia memanggil Haziq dengan panggilan ‘abang’ semasa awal perkahwinan mereka, Haziq pasti akan memarahinya. Matanya akan mencerlung setiap kali Hani memanggilnya ‘abang’. Disebabkan itu, Hani hanya membahasakan dirinya saya-awak sahaja. Kerana untuk ber ‘aku-kau’, terlalu kasar baginya.

Melihat Hani bagaikan tidak memberi respon, hati Haziq disapa sedikit kecewa. Dia terus melangkah untuk ke keretanya. Hani yang bagaikan baru tersedar, segera mengekori langkah Haziq ke kereta. Sebelum Haziq masuk ke kereta, Hani terlebih dulu memanggilnya.

“Abang..” Panggilan itu bagaikan air yang disimbah ke taman hati Haziq. Haziq merasakan hatinya berbunga-bunga walaupun hanya dengan mendengar panggilan itu. Dia berpusing menghadap Hani.

“Ye?” dia pula bertanya kepada Hani. Giliran Hani pula kalut sendiri.

“err..ermm.. errrr..salam?” Hani menghulurkan tangan untuk bersalam setelah selesai berkata-kata. Haziq terus menyambut huluran tangan itu. Buat kedua kalinya selepas sesi pembatalan air sembahyang, Hani berpeluang untuk bersalaman dan mencium tangan suaminya. Tanpa teragak-agak, Haziq mencium dahi isterinya. Hatinya terasa lapang. Hani tersenyum gembira. Rasanya inilah hari yang paling gembira buatnya sepanjang dia bergelar isteri. Dan perasaan ini lebih gembira berbanding semasa dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang setahun yang lalu.

Walau tiada kata cinta dan sayang diucapkan oleh Haziq, dia tetap rasa bahagia dengan perubahan Haziq itu. Mungkin berkat bulan Ramadhan yang mulia ini. Haziq pula ke pejabat dengan senyuman yang lebar, selebar-lebarnya. Mindanya ligat merancang kejutan untuk diberikan kepada isterinya apabila pulang dari kerja nanti. Azamnya hanya satu, dia ingin berubah. Bukan hanya untuk dirinya, tapi juga untuk isteri dan bakal anak-anak mereka, jika Allah memberikan rezeki. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga itu akan dia galas sebaik mungkin, itu azamnya.


Hani sudah selesai melakukan rutin hariannya. Kini dia sudah siap untuk ke pasaraya pula. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Kenangan indah pagi tadi membuatkan dia tersenyum tanpa henti. Dalam masa yang sama, dia turut terasa segan untuk berhadapan dengan Haziq yang baru ini. Apabila hendak keluar dari biliknya, matanya tertancap kepada sebeban kertas kajang yang terdapat di atas rak bukunya. Rak yang menempatkan buku-buku yang dia gunakan semasa belajar dahulu, juga rak yang menempatkan bahan bacaan yang dibacanya.

Tangannya mencapai kertas kajang itu. ‘Tulis surat pun macam best juga ni. Kembali pada zaman dahulu, memandangkan nombor telefon Haziq pun aku tak tahu’. Hani berbisik sendiri. Tangannya mencapai pen di dalam mug yang turut terdapat di atas rak yang sama. Bersama senyuman yang tidak lekang, dia mencoretkan segala luahan hatinya terhadap Haziq.

Setelah selesai menulis surat tersebut, Hani masuk ke bilik Haziq. Pintu bilik lelaki itu dibuka. Mujur tidak berkunci, memudahkan kerjanya. Surat yang sudah dimasukkan ke dalam sampul, diletakkan di atas bantal yang terdapat di atas katil lelaki itu. Kemudian, terus dia melangkah keluar untuk membeli bahan masakan. Cadangnya dia ingin memasak sesuatu yang istimewa untuk meraikan hari yang indah ini.

Haziq menghidupkan telefon bimbitnya yang telah dimatikan sepanjang dia menghadiri mesyuarat tadi. Sudah menjadi kebiasaannya untuk mematikan telefon bimbit setiap kali bermesyuarat. Kerana dia tidak mahu diganggu sepanjang mesyuarat dijalankan.

            Dia terkejut apabila melihat 15 panggilan tidak dijawab. 10 panggilan dari ibunya dalam masa lebih kurang 20 minit yang lalu dan 5 panggilan lagi dari nombor yang tidak dikenali, juga pada masa yang hampir sama. Dia menelefon ibunya kembali setelah tiba di bilik pejabatnya. Pasti ada hal mustahak yang ingin ibunya sampaikan sehingga sanggup menelefonnya berkali-kali.

“Assalamualaikum, ibu. Ada apa ibu telefon Haziq tadi? Haziq tengah meeting. Ibu kan tahu kalau Haziq ada meeting Haziq off handphone.” Haziq terus menjelaskan keadaan sebenar. Dia diam sebentar untuk mendengar jawapan ibunya. tangannya tiba-tiba menggeletar.

“A..a.. apa??!! Tak mungkin!” Haziq bersuara bagaikan orang hilang arah. Dia yang tadinya sedang duduk di kerusi terus berdiri. Tiba-tiba kerusi itu dirasakan panas.

“Haziq.. ibu tak main-main. Hani dah tak ada. Dia dah pergi selama-lamanya. Dia accident masa lintas jalan nak ke kereta lepas beli barang dapur dekat pasaraya tadi.” Suara Hajjah Maimunah hampir tidak kedengaran. Dia juga tidak percaya menantunya telah pergi selamanya.

“Ibu tipu.. Haziq tak percaya. Baru pagi tadi dia salam Haziq.” Haziq bersuara lirih. Hanya dia faham apa yang dimaksudkan dengan ayatnya itu tadi. Betapa dia menyesal dengan tindakannya yang tidak menghargai Hani selama ini.

“Ibu tak tipu, Haziq. Pihak hospital dalam perjalanan nak hantar jenazah Hani ke rumah kita. Haziq balik cepat ye, nak?” Hajjah Maimunah sudah tidak dapat menahan sebak di dada. panggilan terus dimatikan.

Haziq terkaku. “Hani.. kenapa cepat sangat tinggalkan abang?”

‘Hmm.. pergi je la. Kau nak pergi mana-mana pun aku tak kisah. Tak nak balik terus pun takpe. Aman sikit hidup aku ni.’ Kata-kata yang dituturkannya pada Hani sewaktu mereka di meja makan pagi tadi menerjah ingatannya. Sungguh, dia menyesal kerana menuturkannya. Dan sekarang…..

Haziq terus berlari menuju ke kereta yang diparkir di basement. Kereta dipandu laju menuju ke rumah ibunya. Dia ingin menatap wajah itu, wajah yang telah berjaya mencuri sekeping hati miliknya. Wajah yang kini telah meninggalkannya.


“Haziq.. mari turun, berbuka. Dah nak masuk waktu dah ni. Tak elok melambat-lambatkan waktu berbuka.” Ibunya memanggil bersama ketukan di pintu. Haziq menatap kertas yang sudah kekuningan di tangan. Surat pertama dan terakhir dari Hani. Yang ditulis sebelum dia keluar ke pasaraya dan sebelum berlakunya kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu.
“Ya, ibu. sekejap.” Surat yang sudah setahun usianya itu dibaca lagi buat kesekian kalinya.

‘Assalamualaikum, suami yang dikasihi, disayangi dan dihormati.
Sungguh, Hani sangat bersyukur dengan perubahan abang pagi tadi. Tiada apa yang lebih menggembirakan Hani selain daripada melihat abang kembali ke jalan-Nya. Hani minta maaf kalau Hani ada melakukan kesalahan sepanjang kita bergelar suami isteri. Entah kenapa, Hani rasa ingin menulis surat ini untuk abang. Mungkin kerana terlalu bahagia, atau mungkin juga kerana Hani ingin menghargai setiap waktu yang ada.
Mungkin janji Hani dengan Allah akan tiba dalam masa terdekat ini, Wallahualam. Hani harap abang akan terima segala takdir yang telah ditetapkan dengan redha. Kerana pasti ada hikmah di sebalik segala apa yang berlaku.
Walaupun tidak diungkap dengan kata-kata, Hani tahu pasti sudah ada sedikit sayang dan cinta dari abang untuk Hani. Betul tak? Dan ketahuilah, Hani akan sentiasa sayang dan cintakan abang, dunia dan akhirat. *I can’t stop smiling even during I’m writing this letter for you. Hani terlalu gembira dengan apa yang berlaku pagi tadi.
Tetapi walau bagaimana cinta dan sayang Hani terhadap abang, masih tidak dapat menandingi cinta Allah untuk hambaNya. Dan sekiranya telah tiba waktu untuk Hani pergi, Hani harap abang akan terus berjuang di jalanNya. Dan jangan disebabkan pemergian Hani, abang berpaling dari Allah dan kembali menjadi abang yang dulu.
Jadikan cinta antara kita, cinta yang diredhai. Cinta yang dipertemukan untuk mencari jalan Allah. Kerana sebaik-baik cinta hanyalah cinta kepada Allah. Dia akan sentiasa membalas cinta hambaNya.
Salam sayang,
Hani.’
 “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Tempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman. Permudahkanlah segala urusannya di sana. Dan permudahkan juga jalannya untuk bertemu-Mu, Tuhan sekalian alam. Aku bersyukur kerana diberi kesempatan untuk kembali mengenali Mu, penciptaku, pemilik segala yang di langit dan di bumi. Dan sungguh, hanya cintaMu cinta yang abadi, cinta hakiki. Amin Ya Rabbal Alamin..”

Dia meraupkan wajahnya setelah selesai membaca doa dan terus bergerak keluar dari bilik yang telah kembali menjadi tempat tidurnya setelah pemergian Nur Izhani.

click-click