Wednesday, November 30, 2011

Contest Blog Simple But Awesome

No comments:



Syarat - syaratnya :
- A Malaysian blogger
- Mesti ada blog
- Follow blog ini ( tak wajib )
- Buat satu entry tentang contest ini dan letak banner contest itu sekali
- Tag rakan blogger ( tak wajib )
- Paste link entry di tapak komen 

accidentally read an entry about this contest from afiqah airil's blog. organized by Nurul Hanani. ni first time nak join contest yang dianjurkan oleh blogger. kenapa nak join contest ni? kenapa tak join mana-mana contest lain? sebab..aku rasa blog aku menepati syarat simple tu (bagi aku, xtau orang lain rasa simple ke x). tapi adakah cukup ohsem? wallahualam. join for fun. kalau ada rezeki, maka ada lah. hehe.. :D nak tag adindaku, cikyayah sebab aku mmg suka paksa dia join contest2 ni. haha (gelak jahat)

Friday, November 25, 2011

jangan tinggal maya 8

2 comments:



Dia melangkah longlai menuju ke biliknya. Sampai sahaja di bilik, terus dia buat kuak lentang atas katil. Penat!! Penat badan, penat otak juga. Ingatannya mengimbau kejadian malam itu.
“Kenapa Maya masuk Ar-Rayyan?”
Soalan Luqman benar-benar buat lidahnya terkelu. Dan jelas lelaki itu turut rasa serba salah setelah mengutarakan soalan tersebut. Dia nampak Luqman menjentik bibirnya. Tanda terlepas cakap.
Dan dia masih ingat apa yang dia jawab masa tu.
“Angah saya terpaksa tinggalkan saya dekat situ sebab dia tak nak saya makin rosak. Mungkin saya dah terlalu disenangkan oleh angah saya, sampai saya lupa diri. Angah bagi saya duit untuk saya belajar, tapi saya guna duit tu dengan cara salah. Saya lupa susah payah angah jaga saya lepas kami hanya tinggal berdua. Saya leka dengan syurga dunia, sampai lupa dosa pahala. Angah buat semua ni untuk kebaikan saya. Dan saya sendiri pun rasa bersyukur sebab angah buat keputusan ni. walaupun sakit, tapi saya terima. Salah saya sendiri. Angah cuma nak pastikan saya selamat.”
Panjang lebar dia menjawab. Luqman hanya diam di sebelah. Dia sendiri tak pasti, kenapa dia senang luahkan jawapan tu bila Luqman tanya. Jatuh cintakah dia? Semestinya bukan. Mungkin sebab Luqman macam angah. Dia selalu nampak macam mana baiknya Luqman layan adik dia Aiman. Ikatan antara adik beradik itu sangat rapat. Melihat keakraban mereka, dia jadi rindu pada angah. Bukan sikit, tapi sangat banyak. Dan matanya mula bergenang. Rindu itu menyesakkan dadanya.
“Selagi Angah tak yakin adik angah yang dulu dah kembali, jangan harap Maya akan jumpa angah!”
            Itu ayat angahnya semasa dia merayu, minta dirinya jangan dihantar ke Ar-Rayyan. Memang angah kotakan apa yang dia kata. Sampai sekarang angah tak pernah datang melawat dia. Dan memang dia menyesal sebab terleka dengan syurga dunia. Nyaris dia menggadaikan maruahnya. Mujur angah tiba tepat pada waktu itu. Sebab hari kejadian itu berlaku, angah risau dia tak balik rumah lagi sedangkan jam hampir dua pagi. Dan disebabkan kejadian itu angah nekad hantar dia ke Ar-Rayyan.

Maya tersedar dari lamunan apabila terdengar pintu biliknya dikuak seseorang. Fatin melangkah masuk bersama senyuman. Nampak ceria benar rakannya ini. Mungkin rasa gembira dapat bercuti belum habis lagi.
Kakinya melangkah menuju ke bilik air. Ingin mandi dan bersiap sedia untuk solat Maghrib berjemaah. Tadi mereka sempat singgah untuk solat Asar semasa dalam perjalanan pulang dari Teluk Gorek. Fatin masih terbaring di atas katil. Merehatkan diri, mungkin.
“Ha-chumm~~”
Dia menggaru hidungnya. Aihhh.. dah nak selesema pulak ke ni? Maya masih menyambung langkah untuk ke bilik air. Hidung yang mula berair diabaikan. Perkara kecil saja tu. Nanti boleh mintak panadol dari Fatin.
Usai solat Maghrib bersama, penghuni Ar-Rayyan tidak terus bersurai. Ibu Sarah mengajak mereka berkumpul dan berkongsi apa yang dirasa apabila dapat bercuti ke Teluk Gorek selama dua hari. Macam-macam reaksi yang diterima, tetapi semuanya menyatakan rasa gembira yang tidak terhingga.
Sedang rakan-rakannya seronok mengimbau kenangan percutian mereka, Maya hanya bersandar di dinding. Badan terasa amat letih. Suhu badannya juga dirasakan lebih hangat berbanding sebelum dia mandi tadi. Sendi-sendi terasa lenguh dan dia tiada mood untuk turut sama bergurau senda dengan rakan-rakannya. Dia hanya mampu menjadi pendengar sahaja.
Suara azan yang berkumandang dari surau berhampiran menandakan masuknya waktu solat Isyak. Saf dibetulkan, dan mereka berjemaah bersama. Suasana yang tadinya agak riuh, kini sunyi. Hanya suara Hani yang menjadi imam untuk solat mereka kedengaran mengisi ruang solat itu.

“Ibu..Along..Angah…”
Fatin terjaga dari tidurnya apabila telinganya seakan terdengar suara seseorang. Dia memandang ke arah katil Maya. Gadis itu dilihat seakan resah. Sekejap badannya dipusing  ke kiri, sekejap ke kanan pula. Fatin hairan lalu mendekati sahabatnya itu. Mungkin Maya mengigau.
“Maya, kau ok ke tak ni?” Fatin bertanya. Tangannya menyentuh bahu Maya sedikit, sekadar cukup syarat untuk membangunkan rakannya itu dari tidur. Namun Fatin sedikit tersentak apabila merasakan suhu badan Maya yang berbahang. Tangan di bahu dialihkan ke dahi Maya. Maya membuka sedikit matanya, namun beberapa saat kemudian mata itu kembali dipejam. Sungguh, dia tak larat nak bangun. Buka mata pun macam tak mampu. Dia hanya nak tidur.
Dia nak ibu.. dia nak along.. dia nak angah.. Teringat bagaimana ibu, along dan angah cukup risau sekiranya dia demam semasa dia kecil dahulu. Antibodinya agak lemah, menyebabkan dia mudah jatuh sakit jika terkena hujan. Dan mereka akan memanjakan dia sehingga dia sihat semula. Air matanya menitis perlahan walaupun matanya terpejam. Fatin kalut. Segera dia keluar dari bilik tidur mereka untuk memanggil warden.
Beberapa minit kemudian, Fatin muncul kembali bersama Farah, Aminah dan Hani di belakangnya. Hani segera duduk di sisi katil Maya dan melekapkan tangannya di leher serta dahi gadis itu. Memang panas. Dia memandang Farah. Farah yang faham akan pandangan Hani mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Ummi Khadijah. Walaupun jam sudah menunjukkan hampir 12 tengah malam, mereka terpaksa mengganggu kerana risau jika terlewat sakit Maya akan semakin melarat.
“Assalamualaikum, ada apa Farah?” Kedengaran suara Ummi Khadijah di hujung talian.
“Waalaikumussalam, ummi. Maaf kalau mengganggu ummi tidur. Tapi Maya ni. badan dia panas. Dia meracau ni ummi. Demam panas kut..” Farah terus menyatakan sebab mengapa dia menelefon di tengah malam begitu.
Ummi Khadijah bingkas berdiri mencapai tudung di penyidai tudung. Kakinya melangkah ke bilik anak sulungnya. Minta tolong temankan dia untuk bawa Maya ke klinik atau hospital. Dia tak boleh memandu malam, penglihatannya kurang jelas.
“Awak tunggu sekejap. Dalam masa setengah jam nanti saya sampai. Sementara tu awak letak kain basah dekat dahi dia dulu.” Usai berbalas salam dan memutuskan talian, ummi Khadijah mengetuk pintu bilik anaknya itu. Selepas beberapa ketukan, barulah pintu bilik itu terkuak. Luqman memandang ibunya dengan wajah hairan.
“Kenapa ummi?” terus dia mengajukan soalan. Matanya yang masih lagi mengantuk digosok, cuba menghilangkan ngantuk.
“Luq boleh tolong bawa ummi pergi Ar-Rayyan tak sekarang?” soalan it uterus diajukan, tak mahu buang masa.
“Nak buat apa pergi sana dah malam-malam ni ummi? Pergi esok boleh tak? Luq ngantuk sangat ni ummi..” Luqman cuba tawar-menawar dengan ibunya. Sungguh, dia sangat ngantuk. Penat baru pulang dari Teluk Gorek pun tak habis lagi.
“Maya demam. Badan dia panas sangat. Farah baru telefon ummi tadi. Boleh tak ni Luq? Kalau tak boleh ummi mintak tolong dekat Aiman.” Ummi Khadijah mula melangkah kea rah bilik anak bongsunya yang terletak di hadapan bilik Luqman. Luqman yang mendengar nama Maya terus segar matanya. Hilang terus rasa mengantuknya, diganti dengan rasa bimbang.
“Errmm.. Ummi. Tak apa lah. Luq bawak ummi. Kesian Aiman. Esok dia ada kelas pagi.” Dia menawarkan diri. Ummi Khadijah berpaling ke arah Luqman semula.
“Ok, jom. Ummi tunggu Luq dalam kereta.” Ummi Khadijah terus menuruni anak tangga, mencapai kunci kereta anaknya dan menghidupkan enjin kereta tersebut. Beberapa minit kemudian, Luqman masuk ke dalam kereta itu dengan memakai t-shirt yang dipakainya semasa tidur tadi. Cuma seluar tidurnya sahaja diganti dengan seluar jeans. Tangannya menolak gear ke arah huruf ‘D’. Kereta Honda civic silver itu bergerak memecah kepekatan malam.

“Assalamualaikum..” ummi Khadijah memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu. Kakinya pantas menuju ke bilik Maya dan Fatin. Luqman hanya menunggu di luar. Dia menikmati angin malam di bangku yang terdapat di halaman rumah tersebut.
“Luq.. boleh tolong ummi tak?” suara ummi khadijah menyedarkan Luqman dari lamunan.
“Tolong apa tu ummi? InsyaAllah boleh..” Luqman menjawab sopan.
“Kita bawak Maya pergi hospital sekarang. Badan dia panas sangat. Risau pulak ummi tengok.” Luqman hanya mengangguk. Dia mendekati keretanya, lalu pintu tempat duduk belakang dibuka. Dia memberi laluan kepada Aminah dan Fatin yang sedang memapah Maya yang nyata lemah untuk menampung berat badannya sendiri. Mata pun terpejam macam tak larat nak dibuka.
‘Ni bahana berembun dekat Teluk Gorek malam tu ke?’ Luqman bertanya pada diri sendiri. Rasa bersalah sedikit mengetuk hatinya kerana dia yang sibuk nak berbual dengan Maya sampai hampir pukul 3 pagi.
Fatin memangku kepala Maya yang berbaring di tempat duduk belakang manakala Ummi Khadijah duduk di tempat sebelah pemandu. Luqman segera ke tempat pemandu. Siap memakai tali pinggang keselamatan, gear dimasukkan. Kereta Honda Civic silver itu meluncur laju membelah kepekatan malam untuk ke hospital.

“Angah!! Angah!! Ibu!! Along!!”
Luqman yang terlena di sofa yang terdapat di sudut bilik itu terjaga. Dia segera mendapatkan Maya. Titis-titis peluh kelihatan di dahi gadis itu yang berkerut-kerut. Tak pasti peluh akibat suhu badan yang tinggi ataupun kerana gadis itu mengalami mimpi ngeri.
“Maya!! Maya!! Awak ok tak ni?” Luqman cuba mengejutkan gadis itu. Tangannya menggoncang bahu Maya. Mujur beralas.
“Angah!!” usai jeritan itu, mata yang tertutup tadi pantas terbuka. Badan yang terbaring turut tegak di atas katil. Maya terpinga-pinga melihat keadaan di sekelilingnya. Lebih terpinga-pinga melihat Luqman di hadapannya.
“Err.. Saya kat mana ni? Awak buat apa kat sini?” Maya bertanya kalut. Dilihat ruang bilik itu, serba putih.
“Awak kat hospital ni. Awak demam panas. Ummi dengan Fatin turun beli air dekat kantin sekejap tadi. Mereka minta saya tengokkan awak sekejap.” Luqman pantas menjawab walaupun dia masih terkejut mendengar gadis itu meracau tadi. Siapa Angah??
Maya hanya mengangguk. Dia kembali berbaring. Matanya kembali berat. Badannya masih letih. Dia memang selalu begitu kalau demam. Seluruh badan terasa letih. Rindunya pada ibu.. mata dipejamkan dan dia menyambung tidurnya. Mimpi yang dialami tadi tidak dihiraukan. Dia sangat letih sekarang.
Luqman kembali ke arah sofa dan berbaring di situ. Matanya yang tadi mengantuk sudah segar apabila mendengar jeritan Maya tadi. Dalam kepalanya ligat berfikir, siapa gerangan Angah yang dijeritkan tadi?
‘Kenapa Angah? Kenapa tidak ibu atau along yang menjadi persoalan, Luqman?’
‘Sebab Maya ulang nama Angah tu banyak kali. Ibu dan along dia sebut sekali je’ Luqman menjawab dalam hati. Memberi jawapan yang boleh diterima akal sendiri.
Dia mencapai majalah yang terdapat di atas meja kecil berdekatan sofa itu. Membelek apa yang patut bagi menghilangkan rasa bosan dan mengalih tumpuannya terhadap persoalan ‘siapa angah?’ itu. Entah bila, dia tidak sedar dia kembali tertidur di atas sofa tersebut.

click-click