Friday, September 14, 2012

Antara Dia dan DIA #2

5 comments:


Assalamualaikum.
ini part 2. sebab ada yg kata cerita ADDD haritu tergantung. hehe..
read and heed. thank you.
May Allah bless us all. :)




‘Bro, I’ve found her.’ Pesanan ringkas itu dihantar ke nombor Afif. Langkah kaki diatur kemas menuju ke tempat wudhuk bersama senyuman lebar.
‘Jumpa siapa? Adik kau? Adik kau bukan lelaki ke?’balasan daripada Afif selepas dia selesai solat Maghrib berjemaah di Pusat Islam kolej adiknya itu.
‘Adik aku tu memang la jumpa. Dah sah-sah aku nak hantar laptop dia. aku jumpa... Gadis jubah purple.’ Dia tersenyum seraya menekan butang send.
‘Serious???’ SMS dari Afif. Dia tergelak kecil membacanya. Kalau macam ni, hari-hari datang hantar barang adiknya pun dia sanggup. Haha..
‘Betul lah. Ingat aku main-main ke?’ Alarm Satria Neo yang berada di hadapannya itu ditekan. Kakinya melangkah masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Baru dia nak memasukkan gear, telefon bimbitnya berbunyi, ada panggilan masuk.
Afif.
Tangan mengenakan earphone ke telinga. Pandu cermat, jiwa selamat. Dia ingat itu.
“Assalamualaikum.” Dia memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam. Wehhh!! Kau betul jumpa gadis misteri yang kau cerita kat aku haritu?” cepat je si Afif ni terjah dia dengan soalan. Tak sempat nak bernafas.
“Kau ni. Berapa kali nak kena ulang? Betul lah. Aku ni belum rabun macam kau lagi lah.” dia ketawa. Ahaii.. bahagia betul. Dia tengok kad pelajar di atas dashboard keretanya itu.  Kad yang dia jumpa masa nak keluar dari Pusat Islam tadi. Mungkin rezeki dia untuk berjumpa gadis itu lagi. Senyum sampai ke telinga.
“Hahaha.. aku ingat kau berangan je. Kau berbual dengan dia tak? Siapa nama dia?” Afif bertanya tanpa sabar. Fariq geleng kepala. Amboi, ni siapa yang jumpa siapa ni?
“Aku nak berangan apa waktu-waktu macam ni? Hurmmm.. tak sempat nak berbual banyak, dia dah hilang dah. Nama dia Nur Farah binti Ahmad Farhan.” Dia senyum lagi. oh, my.. i just can’t stop smiling.
“Eh? Kau kata tak sempat berbual. Tapi ni siap nama penuh pun kau tahu?” Afif bertanya hairan. Senyuman Fariq semakin lebar.
“Kad pelajar dia, ada dengan aku.” Dia tergelak kecil.
“Ohhh.. patutlahhhh...” nada suara itu mengusik. Selepas beberapa ketika berbual, panggilan ditamatkan oleh Afif. Mahu menyambung kerja katanya. Rajin betul, siap bawa balik kerja ke rumah.
Hmmm.. macam mana nak pulangkan kad pelajar ni? Great! Apa guna ada adik belajar dekat sana kalau tak manfaatkan? Hahaha.. dia gelak jahat dalam hati. Telefon bimbit di dashboard segera diambil, dia mendail nombor adiknya. Handsfree dimanfaatkan.
“Assalamualaikum, Farid. Along nak mintak tolong dengan kau ni. Esok free tak?”

Suasana kelas yang hingar-bingar mengalahkan pasar borong sebentar tadi terus sunyi apabila mendengar ketukan di pintu. Melihatkan gerangan yang mengetuk pintu, masing-masing buat muka pelik. Gadis-gadis mula tersengih-sengih, tayang gigi. Fariq geleng kepala. Budak-budak baru nak naik memang macam ni. Haha.. Fariq tersenyum apabila melihat segala peralatan melukis yang bersepah di atas drafting table itu. Teringat zaman dia belajar dulu. Jadi, gadis berjubah purple nya itu, pelajar jurusan senibina? Dia bermonolog sendiri.
Dia melangkah ke dalam apabila dibenarkan. Selepas bercakap dengan pensyarah yang berada di hadapan kelas itu, dia keluar semula. Menunggu dengan penuh sabar.
“Farah, ada orang nak jumpa dekat luar.” Puan Azura melaungkan nama pelajarnya itu. Kemudian dia menyambung perbincangan dengan pelajar yang sedang dia krit sebentar tadi. Bila kelas design memang macam ni. Huru-hara kalah pasaraya. Mujur masing-masing jenis reti buat kerja sendiri. Kalau mereka bising sahaja tapi kerja tak siap, memang dia hempuk je dengan t-square tu.
“Farah. Wehhh.. tu ada orang nak jumpa kau kat luar tu.” Amalina menepuk lengan Farah yang tekun membuat sketches di belakang. Budak ni, puan Azura dah melaung macam tu dia boleh buat dang lagi? tangan yang sibuk melakar sebentar tadi, terhenti. Dia segera mencabut earphone di telinga.
‘Patut lahhhh..’ Amalina panas hati. Sabar je aku dengan budak ni.
“Apa dia?” Farah muka blur. Terkejut dia apabila konsentrasinya diganggu.
“Tu.. ada lelaki kacak nak jumpa kau dekat luar tu.” muka yang sedia blur makin bertambah kelam.
“Siapa?” Amalina rasa nak hempuk dah budak ni guna sketch book.
“A ah. Memang kerja aku pergi soal siasat setiap kali ada orang datang cari kau kat kelas ni.” Sinis lagi pedas.
Farah tersengih, tayang muka innocent dia. Tahu bahawa dia dah buat penolong ketua kelasnya ini panas hati.
“Ok.. ok.. aku keluar dulu.” Segera dia meninggalkan segala peralatan yang bersepah di atas mejanya itu. Matanya terpandang akan Nadwah yang juga sedang memandangya. Gadis itu hanya senyum. Dia angkat tangan sahaja, tanda menyapa. Dalam hati berdebar juga. Siapa pulak la yang tiba-tiba datang nak jumpa dia? Takkan abah nak datang tiba-tiba dari Johor tu semata-mata nak jumpa dia sebab rindu? Sangat tidak logik.

“Ehem..” dia berdehem sedikit kepada lelaki yang sedang membelakangkannya itu. Lelaki itu berpaling, tersenyum. Dahi Farah berkerut. Rasa macam pernah jumpa, tapi dia tak ingat kat mana. Dia senyum juga.
“Encik cari saya?” dia berbahasa formal. First impression tu penting. Ye la, lelaki ni siap berkemeja, berseluar slack lagi, mesti orang dari mana-mana pejabat ni. Tak kan la ada firma arkitek yang nak menawarkan kerja untuknya? Dia masih ada setahun lagi untuk tamat pengajian. Lagipun, keputusan peperiksaannya tak adalah segempak Azri yang sentiasa dapat 3.5 ke atas setiap semester tu sampai ada mana-mana wakil firma nak datang semata-mata untuk menawarkan kerja. Dia gelak dalam hati. mengarut!
“Farah?” lelaki itu bertanya. Dia angguk sahaja. Dia melihat lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari kocek kemejanya. Eh? Nak bagi duit raya ke? Puasa pun belum ni.
“Ni....” lelaki itu berjeda sekejap. “Saya jumpa dekat Pusat Islam semalam.” Dia menyambung.
Pap! Kalau dia boleh tepuk dahi, memang dia tepuk dahi dia on the spot tu jugak. Lelaki ni! Baru dia ingat kejadian dia menangis dekat tangga Pusat Islam tu semalam. Automatik mukanya terasa panas. Oh, mungkin kerana cuaca yang terik sekarang ni. Alasan!
“Ohhh..” dia kehilangan kata. Mana nak cover malu, mana nak berterima kasih. Dia pun jadi pening.
“Terima kasih.” Tangan menyambut huluran lelaki itu. Aaahhh... selamat duit sepuluh ringgit aku! Tak payah buat kad pelajar baru. Dia sengih dalam hati.
“Sama-sama. By the way.. Saya Fariq.” Fariq senyum lagi. Gadis berbaju kurung merah jambu di hadapannya ini sangat sweet lagi comel. Jantungnya dup-dap-dup-dap lain macam. Hai hati. Sila jaga diri elok-elok. Gadis itu kelihatan mengangguk sahaja.
“Oh.. hai Fariq. Terima kasih sekali lagi. Susahkan awak je, cari saya sampai ke sini.” Farah mula rasa serba salah.
“Eh.. Tak apa. Tak susah pun.” Ye la kau punya tak susah tu kan Fariq? Walhal dah berapa kali pusing sebab sesat semata-mata nak cari fakulti ni.
“Ok lah. Saya masuk dulu. Jumpa lagi, insya-Allah. Assalamualaikum.” Gadis itu melangkah masuk. Rasa kurang enak apabila dia menjadi perhatian rakan-rakan sekelasnya. Bukan dia tak nampak budak-budak ni asyik mengintai ke luar.
“Ok, waalaikumussalam.” Dan dia berlalu meninggalkan tempat itu.

“Awak balik kampung tak awal Ramadhan ni?” Nadwah bertanya. Farah pantas mengangguk. Semangat nak balik kampung! Ramadhan kali ni, dia akan pastikan berbeza daripada Ramadhan sebelum ni. Kalau sebelum ni mungkin dia tak merasa roh Ramadhan tu, kali ni dia nak ambil sebanyak mungkin peluang untuk buat pahala. Bulan Ramadhan kan pahala digandakan.
“Awak balik tak?” dia bertanya kembali. Nadwah mengangguk saja. Dan bibir itu tidak pernah lekang dengan senyuman.
“Minggu depan usrah terakhir sebelum mula puasa. Awak boleh join?” muka dia glowing terus. Semangat!
“Boleh.. boleh.. nak buat kat mana?”
“Buat dekat rumah awak boleh tak?” Farah mengangguk.
“Buat hari Khamis lah. Boleh kita iftar sekali, kan?” Nadwah mengangguk.
“Ok, boleh. Lepas iftar kita berbincang sikit-sikit, lepas tu, isyak kita pergi Pusat Islam, nak? Iktikaf then sambung terus buat qiamullail sekali.” Nadwah mencadangkan. Farah angguk laju. Setuju sangat!
“Ok, jom. Bagitau yang lain.” Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya, menghubungi rakan-rakan usrah mereka.
“Set. Semua on.” Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam beg selepas selesai menghubungi ahli-ahli usrah mereka.

 “Along, nanti tolong hantar orang balik kolej, boleh?” Farid angkat muka dari pinggan nasi. Tengok muka ibu, tengok muka along. Hari kedua Ramadhan 1433 H. Nak kena balik kolej dah malam ni. Esok ada kelas pukul lapan pagi. Lepas ni kembali kepada rutin berbuka dengan Maggie, atau makanan-makanan yang dibeli di bazaar Ramadhan. Mesti rindu nak makan makanan yang ibu masak nanti. Ok, ayat macam la jauh sangat rumah ni kalau nak balik. Manja!
“Boleh je. Pukul berapa nak balik tu? Ibu, ayam masak merah ibu ni sedap sangat lah. tak puas makan.” Sempat lagi puji masakan ibu mereka yang sedap tu. Fariq cubit ayam masak merah di dalam pinggan. Ini adalah sangat awesome. The best ayam masak merah ever. Sayang ibu! Mujur la dia memang tinggal di rumah keluarganya sahaja. Kalau kerja dekat negeri lain, mesti kempunan. Farid buat muka. Cemburu, nanti along boleh berbuka dengan ibu tiap-tiap hari.
“Mestilah sedap. Ibu masak dengan penuh kasih sayang. Resepi rahsia tu. hehehe..” Amboi, pandai pulak ibu melawak.
“Along, is it ok with you, kalau hantar orang balik lepas sahur esok?” cuba nasib.
Puan Fatehah di sebelahnya hanya tersenyum. Tahu dah taktik anak bujangnya itu. Sengaja nak balik lambat-lambat la tu.
“Boleh.” Eh? Kening Farid bertaut. Sejak bila along aku ni baik hati semacam je? Tapi apa pun, dia senyum lebar. Boleh merasa masakan ibu lagi. haha..
Thanks along.” Sambung makan. Suapan terakhir. Nak pergi Maghrib jemaah dekat surau ni.
No sweat. Cepat lah. dah siap makan ke belum? Jom pergi jemaah dekat surau.” Sekali lagi kening itu bertaut. Fariq yang Farid kenal dulu, bukanlah seorang kaki surau. Solat pun selalu nak hujung-hujung waktu. Dia pandang puan Fatehah. Wanita itu hanya mengangguk dan tersenyum.
“Dah.. Dah.. jom lah.” mereka segera berlalu ke dapur. Cuci pinggan yang dah digunakan, bergegas ke surau. Dah dengar iqamat dari surau tu dah. Puan Fatehah hanya menggeleng kepala. Macam-macam. Kalut!

“Adik, along rasa, dah sampai masa along lah..” ayat itu tergantung. Farid di sebelah mula berpeluh dingin. Kenapa aku dengar semacam je ayat abang aku yang seorang ni? Macam orang dah nak...
I think, it’s time for me to get marry. Adik rasa macam mana?” Farid terlopong seketika. Lahhh.. nak menikah. Buat terkejut aku je. Buat penat keluar peluh dingin. Haha..
“Orang ok saja. Dah usulkan dekat puan seri dekat rumah tu ke?” Fariq ketawa lepas. Puan seri kata dia. tak senonoh adik aku ni.
“Belum. Tak tau nak cakap macam mana dekat ibu.” Dia sengih. Sejak abah meninggal semasa dia masih di universiti dua tahun lepas, memang dia sangat rapat dengan ibu. Ibu lah tempat dia mengadu dan kongsi segala cerita. Tapi apabila masuk bab nikah kahwin ni, tiba-tiba dia rasa segan sendiri.
“Lahhh.. tak dapat permission puan seri, macam mana nak menikah? Along, dah ada calon ke? Tiba-tiba je. Selama ni adik tak pernah tahu pun along dah ada steady girlfriend baru lepas Afifah? Cop.. cop.. bukan steady girlfriend je, kawan perempuan along pun berapa kerat lah sangat, kan? Adik kenal Afifah sorang je kawan perempuan along.” Farid mula nak korek rahsia. Mahu tak terkejut bila tiba-tiba masuk bab nikah ni?
Fariq geleng kepala. Hiperbola betul adik aku ni. Dikatanya aku tak ada kawan perempuan? Habis yang officemates dekat pejabat tu apa? Bukan kawan ke?
“Dah ada dah la. Baru jumpa haritu. Along ingat, tak nak la bercinta, bercouple bagai. Nanti takut jadi macam masa dengan Afifah. Trauma along. Mahu membujang sampai ke tua. Lagipun, bercouple tu kan haram. Kalau dah suka tu, masuk meminang je la terus. Senang. Cinta lepas nikah tu kan lagi indah. Hahaha..” gelak miang di situ. Farid mengangguk. Setuju sangat dengan apa yang Fariq cakap tu.
“Kalau macam tu, apa lagi? cepat-cepat lah suruh ibu masuk meminang.” Excited.
“Ermm.. Along bagitahu ibu, tapi hold dulu la bab meminang tu. Kena tanya tuan punya badan dulu.” Farid angguk. Ikut je la. Abangnya itu lebih tahu mana yang terbaik.
“Tapi along.. siapa calonnya ni? Adik kenal tak?” Fariq senyum.
“Kenal..” senyum penuh makna.
“Siapa? Siapa?” tak sabar.
“Farah.” Jawab sepatah. Farid dekat sebelah dah melopong. Biar benar? Ke Farah lain ni?
“Farah, budak kolej adik tu?” minta kepastian.
“Yup.” Rahang bawah jatuh. Oh my.. seriously??
“Jatuh cinta pandang pertama ke apa ni along?” Farid buat muka mengusik.
“A ah.” Meleret jawapan Fariq. Terus dia paut leher adiknya, geram! Pantang dapat mengusik orang.

“Ibu.” Fariq memanggil puan Fateha yang sedang menyusun bahan-bahan untuk memasak juadah berbuka yang baru dibeli tadi ke dalam peti sejuk. Hari ini Fariq cuti. Sengaja dia nak luangkan masa dengan ibunya itu.
“Kenapa?” puan Fateha menghentikan perbuatannya seketika.
“Along nak menikah la bu. Boleh?” buah-buahan yang tak sempat dimasukkan ke dalam peti sejuk berterabur di atas lantai dapur. Terkejut sangat la tu sampai terlepas buah yang dipegang. Mujur ibu tak pegang mangkuk kaca ke apa.
“Along serius ni?” puan Fateha segera mengutip buah-buahan yang terjatuh tadi. Mujur tak ada buah durian. Hahaha..
“Serius. Ibu rasa macam mana? Along boleh tak?” Fariq minta pendapat ibunya.
“Along boleh. Ibu yakin. Along yang jaga keluarga kita lepas abah meninggal. Dan ibu nampak, anak ibu tak pernah kecewakan ibu. you take the responsibility very well, along. You should have your own family. Umur along pun dah sesuai sangat pun nak berkeluarga.” Panjang lebar jawapan yang diterima. Dia rasa lega. Insya-Allah. Dia sudah bersedia.
“Tapi... siapa orangnya?” Fariq hanya tersengih. Aku betul-betul gamble je ni. Mahu pengsan budak sorang tu kalau tiba-tiba aku ajak dia kahwin. Hehhh..

“Farah?” Fariq memanggil gadis yang beratur di hadapannya di kaunter bayaran 7-Eleven itu. Dia menarik nafas lega. mungkin rezeki dia. Penat dia fikir macam mana nak jumpa gadis ini.
“Ye?” Farah kalih ke belakang. Oh.. Fariq. Eh? Kau ingat nama dia? Impressive! Selalu bukan main susah nak ingat nama orang. Pipi tiba-tiba terasa panas.
Can we talk after this?” Fariq tunjuk barang-barang yang dipegang. tanda na bercakap lepas habis bayar semua tu. macam la banyak sangat. Dia setakat beli sekotak santan yang ibu kirim je pun.
“Hmm?? Ok. Tapi saya panggil Sofiya untuk teman saya, boleh?” Fariq angguk laju. Dia tak kisah. Memang elok macam tu pun. Dalam hati rasa gugup semacam. Betul ke apa yang aku nak buat ni? Allah.. Please, make everything ease for me. For us. Dia berdoa dalam hati.
Selesai membuat bayaran di kaunter, dia keluar berjumpa dengan Farah dan Sofiya di sudut hujung blok bangunan kedai itu. Tak mahu mengganggu laluan orang lain.
“Farah.” Dia panggil gadis itu lagi.
“Ye, saya? Ada apa ye?” Farah jawab perlahan. Entah kenapa, dia pun rasa gugup tiba-tiba. Sofiya di sebelah hanya diam sahaja. Hanya jadi pemerhati.
Will you be my wife? Jadi teman saya menuju ke Jannah?” Fariq tarik nafas lega selepas meluahkan apa yang dirasa.
“Hah??” gadis di hadapannya hampir terduduk di atas lantai itu. Mujur gadis itu tak duduk betul-betul.Manakala sahabatnya di sebelah terus pusing kepala menghadap mereka.
Come again?” Sofiya yang terlebih semangat bertanya sedangkan Farah dah terdiam tak terkata. Mahu tak semangat? Live depan mata sahabat seorang ni kena lamar. KENAPA AKU TAK BAWA KAMERA???
Be my wife. Dan teman saya untuk cari syurga?” Mata masih terarah kepada Farah. Fariq tarik senyum. Entah kenapa. Dia rasa nak senyum. Sofiya bertepuk tangan. Terlebih gembira. Nasi minyak!
“Kenapa tiba-tiba?” Akhirnya soalan itu yang keluar.
“Bukan tiba-tiba. Cuma tak sempat jumpa awak. Saya tak ada nombor awak untuk saya call, or at least untuk saya mesej. Since kita dah terserempak ni, saya tak nak la tangguh-tangguh lagi. Mungkin awak rasa tempat ni tak sesuai...” Matanya melihat sekitar mereka. Kedai jual sayur, 7-eleven, restoran mamak. Apakah?? “But i just don’t want to waste any time anymore.” Dia sambung lagi.
Gadis itu hanya diam. Dahi berkerut-kerut. Besar sungguh masalah nampaknya.
“Bagi saya masa untuk fikir. Benda ni terlalu mengejut.” Dia picit dahi. Fariq angguk, faham. Dia perlu hormat permintaan gadis itu.
“Ini kad saya. Give me a call kalau ada apa-apa. Kalau tak nak call, mesej je pun boleh. No problem at all. Take your time to think about it. Saya tak akan paksa awak.”
“Ok.” Hanya itu yang mampu dibalas.
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Lelaki itu terus berlalu.
“Waalaikumussalam.” Mereka sama-sama melangkah ke arah kereta Myvi putih yang terparkir di bawah pokok di seberang jalan itu.
“Sofi, kau drive la ey? Lutut aku menggeletar.” Dia senyum tanpa rasa. Sofiya tergelak. Dahsyat sungguh penangan si Fariq tu.

“Farah. Apa keputusan kau?” Sofiya duduk di birai katil. Farah menghentikan bacaannya. Majalah JOM! edisi ke 3 itu ditutup.
“Keputusan apa?” buat-buat tanya. Tak nak jawab boleh tak?
“Pasal lelaki haritu lah. Fariq ey nama dia?” Sofiya minta kepastian. Sebab dia pun tak ingat dah nama lelaki tu. tengok sekejap je dalam kad haritu.
“A ah. Fariq. Entah lah Sofi. Aku tak tahu.” Dia diam. Muka kusut. Emang kusut. Dengan assignments yang melambak. Mujur bulan puasa. Tahap kesabaran lebih sikit dari biasa. Haha..
“Dah istikharah?” Sofiya tanya lagi. Mereka sekarang bukan sahaja housemate dan room mate, tapi dah jadi usrahmate juga.. Jadi lebih rapat lagi compared to before. Sebab dah semakin menghargai ukhuwah yang ada tu.
“Dah....” diam.
“Then? Negative or positive?” Sofiya semangat.
“Errrmmmm...”

“Farah, bila balik cuti raya?” Suara puan Laili di hujung talian.
“Lusa balik ibu. kenapa?” dia bertanya pelik. Rasanya macam dah bagitahu dah hari tu, dah confirmkan pun.
“Balik macam mana?” puan Laili tanya lagi tanpa jawab soalan yang diajukan.
“Lahhhh.. naik kereta Farah la ibu. takkan nak naik motor abah pulak kut?” dia melawak. Puan Laili tergelak kecil. Baru perasan dia dah silap tanya soalan.
“Amboi, pandai nak kenakan ibu. haha.. elok-elok drive esok. Jangan nak tunjuk bakat anak didik Michael Schumacher tu sangat.” Ketawa kedengaran lagi.
“Ibu ni.. ada macam tu pulak. Farah kan pemandu paling berhemah abad ini. Hahaha.. tapi ibu, kenapa ibu tanya tadi? Bukan Farah dah confirmkan dengan ibu ke haritu?” dia kembali menyatakan kemusykilannya.
“Ohhh.. ibu lupa la. Penat sangat agaknya buat kuih raya apa semua ni.” Puan Laili bersuara tenang.
“Ibu ni. Kalau penat tak payah la buat banyak sangat kuih raya tu. Sikit-sikit je sudah lah.” dia mula risau. Ibunya tu bukan sihat sangat pun.
“Iye.. ibu tahu. Jangan risau. Abah kan ada nak jaga ibu kat sini?” Puan Laili membalas. Tahu anaknya yang seorang itu memang mudah risau akan dirinya.
“Ok, ibu. Nanti kalau ada apa-apa Farah call ibu lagi. Assalamualaikum.” Talian dimatikan selepas salam berjawab. Dia mula mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang untuk cuti raya nanti.
“Dah habis cakap dengan ibu kau?” Sofiya muncul tiba-tiba entah dari mana. Bersama secawan milo.
“Dah. Eh, Sofi? Kau balik dengan aku kan nanti?”
“A ah. Kenapa?”
“Tak ada apa. Just nak reconfirm je. Boleh la gilir-gilir drive nanti.” Dia menarik nafas perlahan. Mujur juga rumah mereka dalam satu taman sahaja. Dekat. Senang.
“Eh, Farah.” Sofiya tiba-tiba teringat sesuatu.
“Apa dia?” Tangan masih lincah mencapai apa yang mahu dibawa pulang.
“Fariq apa cerita? diam macam tu je?” Air muka Farah berubah sedikit, tapi dia cuba berlagak biasa.
“Tak tahu. Aku tak contact dia since that day. Takut. Dia pun tak ada contact aku. Tapi logic la dia tak contact aku pun. Dia tak ada nombor telefon aku.” Dia mengurut pangkal hidung. Aksi biasa apabila kepala tiba-tiba rasa sesak. Kenapa sesak tiba-tiba ni?
“Hmm.. kau tak text dia?” Sofiya tanya elok-elok.
“Hisssyyy.. tak nak lah.” dia geleng kepala laju-laju.
“Kenapa? Bukan kau memang harapkan perkara macam ni ke? Bercinta selepas kahwin? Kan?” Sofiya tanya lagi.
“Memang lah. tapi macam mana kalau dia dah tak tunggu aku lagi? mungkin aku ambil masa panjang sangat? Macam mana? Malu la aku nanti.” Dia masih ragu-ragu.
“Farah. Ajal, maut, jodoh, pertemuan tu semua kan di tangan Allah. Kau dah dapat jawapan bila kau buat istikharah haritu. Kenapa masih nak ragu-ragu? Insya-Allah kalau niat kita baik, lillahi ta’ala, segalanya akan Allah permudahkan. Ada mintak pendapat Nadwah?” Farah mengangguk.
“Dia cakap benda elok, kenapa tidak?” senyum tawar. Dia masih kurang yakin dengan diri sendiri. cukup bersediakah dia?
“Make sure lepas raya dah ada perkembangan.” Tiba-tiba je Sofiya cakap macam tu.
“Perkembangan apa??” Farah dah jegil mata.
“Perkembangan kau orang la. Terima ke, tak terima ke. Kau kena share dengan aku!” Sofiya bagi peringatan.
“Weeehhhhhh!!!” Farah dah terjerit. Speechless tak tahu nak jawab apa. Hisyyy!! Dictator!
“Farah, duduk sini kejap.” Farah yang baru nak melangkah masuk bilik berpaling semula. Abah dengan ibu dah tunggu dekat ruang tamu. Dia telan air liur. Kenapa serius semacam je ni? Esok kan dah nak raya? Eh? Kaitan??
“Kenapa abah?” dia beranikan diri bertanya. Abah ni bekas tentera. Memang la muka tu nampak garang je. Tapi kadang-kadang abah reti jugak buat lawak.
“Farah kenal Fariq?” errrkkk?? Farah telan air liur. Bala apa pulak ni?
“Kenal. Kenapa?” jari kaki sibuk menguis permaidani.
“Dia datang rumah few days back.” Mata yang sibuk tengok bucu meja kopi terus terhala ke arah ibu bapanya. Serius??
“Bila? Dia datang buat apa? Datang dengan siapa?” Ambik.. berapa banyak soalan daaa??
“Last week. Hari Jumaat. Dia mintak izin dengan abah nak menikah dengan kamu. Dia cakap dia dah tanya kamu, betul?” sekali lagi air liur ditelan. Ah, sudah! Salah dia sebab tak beritahu ibu dengan abah awal-awal. Kononnya bila balik kampung ni la nak beritahu. Ahaiii..
“Betul. Farah baru ingat nak bincang dengan ibu, dengan abah, esok. Sebab haritu Farah sibuk nak periksa, tak sempat nak fikir benda ni.” ye la sangat tak sempat fikir. Cissss..
“Habis tu, dah ada jawapannya?” eh? Kenapa abah maca relax je ni? abah tak kisah ke?
“Abah dengan ibu, rasa macam mana?” dia pulak tanya balik.
“Abah dengan ibu dah bincang, kami serahkan pada kamu. Kalau kamu rasa dia boleh jadi imam kamu, boleh bimbing kamu sama-sama masuk syurga, apa salahnya? Kalau kamu risau pelajaran kamu terganggu, abah yakin. Kamu boleh handle semua ni.” encik Ahmad beri kata semangat.
“Abah dengan ibu tak kisah?” Farah masih ragu-ragu.
“Farah.. benda baik kenapa nak ditangguh-tangguh? Kami tengok Fariq tu baik budaknya. Sekurang-kurangnya dia berani untuk datang jumpa kami, bukan setakat hangat-hangat tahi ayam je nak jadikan kamu isteri.” Puan Laili pula mainkan peranan. Farah tersenyum.
“Honestly, Farah rasa takut. Farah takut tak bersedia lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri orang. Lagi takut kalau menjejaskan pelajaran. Tapi Farah yakin, dengan berkat dan doa ibu serta abah, insyaAllah semuanya dipermudahkan, kan?” dia senyum lagi.
“Maknanya, kamu terima la ni?” farah hanya mengangguk.
“Ok. Nanti abah telefon Fariq. Sebulan lagi kenduri kamu. Tak payah buat besar-besaran sangat. Bersanding, pelamin besar-besar semua tu tak payah la ye?” Farah angguk laju. Memang dia tak nak pun semua tu. Pembaziran. Tapi..
“Abah? kejap..kejap.. Sebulan lagi?” Dia maca tak percaya. Mungkin salah dengar.
“Ye lah. sebulan lagi. kenapa?” Farah terdiam.
“Fariq cakap dia tak nak tunggu lama-lama. Perkara baik elok dipercepatkan. Tak payah bertunang, nikah terus. Boleh?” Farah telan air liur. Kalau abah dah cakap macam tu, dia nak kata apa lagi? Ikut saja lah.
“Boleh..” diam. Dia terus berlalu ke biliknya apabila encik Ahmad dan puan Laili tidak berkata apa lagi.
Fariq menghirup air milo panas yang baru dibancuh tadi. Sambil matanya terus leka menonton televisyen. Entah cerita apa, dia pun tak tahu. Mata tengok TV, otak ke lain.
“Along, tu telefon bunyi. Tak dengar ke?” Farid tiba bersama Chipster di tangan. Gaya macam nak tengok wayang. Walhal duduk tengok TV dekat rumah je pun.
“Eh? Ye ke?” telefon bimbit diambil dari tangan Farid. 2 missed calls. Eh? Siapa pulak dah?
‘Uncle Ahmad’ hatinya berdetak apabila melihat nama yang terpapar di skrin. Dalam dia berkira-kira untuk menghubungi nombor itu semula, telefon itu sekali lagi berbunyi. Jantung terasa dipam laju. Dia tarik nafas dalam-dalam bagi menenangkan diri.
“Assalamualaikum.” Dia memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam...” Salam bersambut dan dia hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh encik Ahmad. Cuma sesekali dia menjawab. Selepas hamper satu jam perbualan, talian dimatikan.
“Alhamdulillah...” Dia meraup muka dengan kedua tapak tangan.
“Kenapa along?” Farid pandang pelik. Tadi bukan main serius lagi bila bercakap dalam telefon tu.
“Awak bakal dapat kakak ipar sebulan dari sekarang. Ibu mana??” Fariq terus bangun mendapatkan ibunya. Farid terdia seketika sebelum turut tersenyum. Alhamdulillah.. dia turut tumpang gembira.

+ Assalamualaikum. Pak cik baru call saya tadi. Terima kasih untuk jawapan tu. semoga masjid yang bakal kita bina nanti kekal sehingga ke syurga, insyaAllah.
- Waalaikumussalam. Sama-sama. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.
Dan masing-masing tersenyum lebar. Semoga segalanya dipermudahkan. Ameen.


END : 13.09.2012 : 22:35

Thursday, May 31, 2012

Antara Dia dan DIA

1 comment:
Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama x update, so here we go.

Maaf, kalau tak best.
Maaf, kalau banyak typo or kesalahan tatabahasa.
Maaf, kalau x menepati citarasa.

May Allah bless u and grant u happiness here and hereAfter, Insya Allah.

Regards, MK


What??!! Are you insane??” suara itu melengking. Bahu gadis yang duduk di hadapannya jelas terangkat, terkejut.
“Dah lima tahun, tahu? Kenapa tiba-tiba je ni?” masih tidak puas hati. Si gadis masih tertunduk bisu.
I need time for my own. I need to find my own self back. I have to get back to the track.” Perlahan suara itu membalas. Berat untuk dia menuturkan, tapi itu yang perlu dilakukan. Untuk kebaikan dirinya, juga untuk kebaikan lelaki di hadapannya ini. Dia tak mahu menambah dosa yang sudah sedia banyak.
I don’t understand. Please, explain.” Suara itu masih beku.
“Saya dah fikir. For quite a long time before i made this decision. I admit I do love you. But lately, saya rasa ada sesuatu yang kosong. Semua yang saya buat rasa ada yang tak kena. I need to change, i guess so. To find out what is lack inside here.” Tapak tangannya menyentuh dada. Saya tak nak hidup macam ni lagi. Bercouple, keluar berduaan, pegang-pegang tangan dengan yang bukan mahram. Semua tu, dosa.” Si gadis membalas perlahan. Masih takut-takut. Cuba menyusun ayat sebaiknya, supaya lelaki di hadapannya ini faham. Perubahan yang tiba-tiba, siapa yang dapat nak terima?
“Tapi tak kan dengan break off? Dah lima tahun, Farah. Satu jangkamasa yang panjang. Saya sayang awak. Awak tak boleh pertimbangkan perkara ni ke?” lirih suara itu. Si gadis hanya diam.
“Farah, saya tak main-main apabila saya jadikan awak sebagai girlfriend saya. Saya serius untuk jadikan awak sebagai yang halal untuk saya. Cuma masanya belum tiba.” Masih cuba memujuk.
“Buat masa ni, kita jadi kawan sahaja, boleh? Bila tiba masanya, awak tahu apa yang patut awak buat. Insya-Allah pada masa tu, saya akan terima. Tapi tolong, saya tak mahu hubungan yang macam ni. Bercinta tanpa ikatan yang sah. Kalau bercinta sepuluh tahun pun, tapi dah tertulis awak bukan jodoh saya, buat lah macam mana pun, kita tetap tak akan bersama, kan?” Gadis itu cuba memujuk.
I can’t live without you, sayang. Tolong lah tarik balik keputusan awak tu. Please. I’m begging you.” Tangannya cuba mencapai tangan si gadis. Namun tangan itu pantas dilarikan sebelum sempat dicapai.
“Maaf, saya tak boleh tarik balik keputusan ni. Mungkin lebih elok kita jadi kawan sahaja buat sementara waktu ni. Lagi satu, jangan jadi bodoh. You can live without me. Awak ada Allah sebagai tempat untuk awak mengadu. Mengadulah pada Dia. Dekatkan diri padaNya, pasti awak akan dapat lalui semua ni dengan tenang. Saya cuba untuk perbaiki diri saya, cuba menjadi seorang yang betul-betul Islam. Yang bukan Islam hanya di dalam kad pengenalan san nama. Dan saya harap awak pun akan cuba untuk berubah juga. Tinggalkan segala perkara yang sia-sia. Dah tiba masa untuk kita cari balik siapa sebenarnya kita, dan apa tujuan kita dijadikan di muka bumi ni. Make ourselves be better than the old us. Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Kakinya melangkah pantas. Dada yang terasa sesak, cuba ditenangkan.
Tiba di kereta, dia masuk dan mengurung diri di dalamnya. Enjin dihidupkan, penghawa dingin mengisi ruang di dalam kereta Myvi putih miliknya itu. Allah... hatinya merintih. Sakit, sangat sakit. Terlalu sakit apabila terpaksa meninggalkan apa yang disayangi. Sakit apabila terpaksa melupakan perkara yang sudah menjadi rutin setiap hari. Setitis mutiara jernih jatuh menimpa pipi namun pantas tangannya menyeka. Dia perlu kuat!
‘Untuk berubah itu susah, namun cubalah walaupun payah.’ Kata-kata itu menyuntik sedikit semangat buat dirinya. Insya-Allah. Jika niat itu benar-benar ikhlas kerana Allah, Allah akan permudahkan.


Dia menyanyi sekuat hati. Melepaskan segala kesakitan yang dirasai. Sungguh, dia sangat sayang gadis itu. Dan kenapa? Kenapa tiba-tiba?
“Fariq.” Bahunya disentuh seseorang. Afif.
“Kau okey?” suara itu lagi. Dia hanya mengangguk.
“Aku okey. Penat, kot.” Cuba melindungi tekanan yang dialami.
“Tapi kau tak nampak macam penat. Kau nampak tension. Kenapa?” Afif masih setia di sisi.
Don’t pretend like you know nothing, Afif. Kau tahu apa yang dah jadi, kan?” Matanya merenung sahabatnya itu. Sahabat baik sejak umur tiga belas tahun, sampai sekarang. Afif mengangguk. Ya, memang dia tahu.
She told me yesterday. You guys were not being together anymore. Sorry, bro. Aku tak tahu kenapa adik aku tiba-tiba nak break off dengan kau. Sedangkan selama ni aku tengok korang ok je berdua. Tak ada tanda-tanda akan putus macam ni pun.” Afif berkata perlahan.
“Aku sayang dia, Fif. She is my first love, and I hope that she will be the last. Tapi nampak gayanya macam kita orang tak ada jodoh. Tak tahu la, mungkin aku bukan yang terbaik untuk dia.” Kepalanya digelengkan. Cuba untuk terima hakikat itu. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Sabar, Fariq. Mungkin kau akan jumpa seseorang yang lebih baik untuk kau nanti. Whatever it is, we both are still best friends, right?” Afif bersuara tenang. Putusnya hubungan antara Fariq dengan Afifah, tak bermakna putus juga hubungan persahabatan antara mereka berdua. Sebab mereka hanya manusia. Jodoh pertemuan, ajal maut kan di tangan Allah. Siapa kita nak menghalangnya?


Kereta Myvi putih itu memasuki kawasan parkir taman rekreasi berdekatan dengan rumah sewanya. Farah melangkah keluar daripada kereta tersebut, membawa dirinya ke bangku kosong yang tersedia di situ. Pandangan ditebarkan ke seluruh taman rekreasi. Pelbagai ragam manusia. Ada yang sedang berjogging, ada yang sedang berkelah dan tidak kurang juga yang sedang duduk-duduk sepertinya.
Akram. Lelaki itu baru sahaja dia tinggalkan sebentar tadi. Atas desakan rasa hati yang mungkin mula disapa rasa bersalah apabila menyedari hakikat bahawa segala benda yang dilakukan selama ini adalah sia-sia dan salah. Seharusnya, hatinya ini dijaga untuk seorang lelaki yang akan menjadi suaminya. Dan tidak sepatutnya ia dicemari oleh rasa cinta terhadap lelaki yang belum tentu akan menjadi pemimpinnya suatu hari nanti. Dia menggeleng kepala, kesal.
“Farah?” Bahunya disentuh. Dia membuka mata yang terpejam sebentar tadi. Melihat pemilik suara lembut yang memanggilnya. Nadwah.
“Wawa.” Dia cuba mempamerkan senyum semanis mungkin. Tak mahu kesedihan ini terkesan di mata Nadwah.
“Awak.. menangis?” Nadwah serba-salah bertanya. Farah hanya tersenyum. Ketara sangatkah bahawa dirinya baru sahaja lepas menangis?
“Ada masalah? Nak kongsi?” suara lembut itu masih tidak jemu bersuara.
“Wawa..” Dia terdiam.
“Awak seorang je?” Lain yang nak disebut, lain pula yang keluar.
“Tak. Saya dengan ahli usrah saya tadi. Kami buat aktiviti riadah sikit hujung minggu ni.” Senyum.
“Ohhh.. mana dia orang semua?” Matanya meliar.
“Dah balik dah. Saya pun nak balik sebenarnya. Tapi ternampak awak dekat sini. Nampak awak macam ada masalah. Kenapa?” masih mencuba.
Nothing. It’s just..” Ayatnya terhenti. Rasa malu pula nak beritahu baru lepas menangis kerana putus cinta?
“Saya.. errrmmm..” ragu-ragu. Nak kongsi ke tak nak?
“Saya baru lepas break-off. Jadinya, melayan perasaan sikit la dekat sini.” Tersengih. Cuba untuk menghiburkan hati sendiri, mungkin.
“Ohhh...” hanya itu reaksi gadis bertudung labuh warna merah jambu itu. Farah tertunduk malu.
“Kalau awak tak kisah, boleh saya tahu, kenapa awak break-off tu.?” Nadwah masih biasa. Tiada pandangan sinis yang dilemparkan.
I’m the one who asked for it. Walaupun hati saya rasa sangat sakit, but I have to face it. Saya tak tahu kenapa. Tapi sejak kebelakangan ni, saya rasa serba tak kena. Hati saya tak tenang. I want to be a better me, but I don’t know how.” Lirih suara itu mengadu.
“Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Nadwah tersenyum lagi.
“Tak apa. Perlahan-lahan. Nak berubah ni, bukannya boleh terus berubah secara mendadak. Step by step. Ubah sikit-sikit. Sebagai permulaan, pastikan solat kita cukup dan sempurna. Kerana solat itu tiang agama. Dan mungkin awak boleh cuba pakai tudung? Rambut kan, mahkota seorang wanita. Aurat wanita, sepatutnya disimpan hanya untuk lelaki yang bergelar suami, betul tak?” Farah mengangguk. Hatinya sedikit tersentuh dengan kelembutan Nadwah. Bagaimana dia menegur dengan cara yang sangat berhemah tanpa mengguris perasaan insan yang mendengarnya. Dan petangnya pada hari itu dihabiskan bersama Nadwah. Apabila hampir senja baru mereka pulang ke rumah.


Beep.. Beep..
Bunyi telefon bimbit Nokia 2300 itu mengganggu konsentrasinya yang sedang membuat nota. Tangan yang laju menulis turut terhenti. Telefon kecil berwarna kelabu yang terletak bersebelahan buku notanya itu dicapai.
+ Esok ada usrah. Wanna join us?
Mesej dari Nadwah.
Dia termenung seketika, berfikir. Nak pergi ke tak nak? Memang sejak azali, dia seakan alergi dengan perkataan ‘usrah’ itu. Kerana setiap kali mendengar perkataan itu, dia akan terbayang mereka yang bertudung labuh, pakai baju besar-besar. Sedangkan dia, baru je nak mula pakai tudung. Tapi..
‘Kalau bukan sekarang, bila lagi, Farah?’ satu suara seakan berbisik di telinganya.
-          Ok, boleh. Esok pukul berapa? Dekat mana?
+ Pukul 6 petang. Dekat rumah saya. J See you tomorrow, insyaAllah.
Dia tersenyum membaca balasan mesej itu.
It’s time to change, I guess. Kalau bukan sekarang nak tunggu bila lagi? Nak tunggu dah terbaring tak sedar diri baru nak menggelabah?
“Assalamualaikum.” Farah membuka sandalnya di hadapan rumah sewa milik Nadwah selepas mengetuk pintu rumah itu. Pintu dibuka dari dalam, muncul Nadwah bersama senyuman. Tangan dihulurkan, bersalam. Tubuh Farah dipeluk seketika. Farah tersenyum sedikit. Gugup bercampur segan. Tak tahu nak kena senyum macam mana. Awkward smile, pastinya.
“Waalaikumussalam. Jom, Farah. Kawan-kawan semua dah tunggu dekat dalam.” Ayat itu membuat dia semakin gugup. Ngaaaa... sangat segan. Nafasnya ditarik sedalam mungkin sebelum mengikut langkah Nadwah. Tangan terasa seram sejuk.
Tiba di ruang tamu rumah itu, terdapat tiga orang wanita yang kemas berbaju kurung dan berjubah, tidak termasuk Nadwah. Dia melihat pakaian yang dipakainya. Blaus kuning cair bersama slack berwarna khakis. Tudung krim tersarung kemas di kepala. Tudung yang dipinjam daripada Sofiya, teman serumahnya. Farah menayang sengih (itu je yang mampu dia buat sebab dia sangat segan). Tangan dihulurkan dan mereka bersalaman. Seperti Nadwah, ketiga-tiga gadis itu juga memeluk dirinya selepas bersalam. Terasa lapang dadanya. Rasa sangat dihargai dan sangat dialu-alukan kehadirannya di situ.
“Ok, sekarang kita taaruf dulu lah dengan kawan baru kita, boleh?” Nadwah memulakan perbualan. Yang lain mengangguk, setuju.
“Farah mula dulu, ok?” Farah terkedu. Ah, sudah. Nak cakap apa ni?
“Assalamualaikum, selamat petang. Errr.. Nama saya Nurfarah binti Ahmad Farhan. Classmate Nadwah. Anak tunggal. Asal dari Johor. Dan errr.. Saya baru first time join usrah. Mohon tunjuk ajar kawan-kawan.” Dan dia tersenyum lagi. Tak tahu nak buat apa lagi dah. Senyum je lah.
Dan sesi taaruf itu diteruskan dengan Nadwah (naqibah), Fatimah (pelajar jurusan akaun), Hanani (pelajar jurusan akaun merangkap teman serumah dan kawan sekelas Fatimah), dan juga Azrin (pelajar kejuruteraan awam). Dan rupanya, ada antara mereka, tidak mempunyai background sekolah agama pun. Satu lagi teori yang telah dia set di mindanya perlu dibuang, usrah bukan hanya untuk mereka yang berasal dari sekolah aliran agama sahaja, usrah adalah untuk semua.
Sesi usrah mereka diteruskan dengan membincangkan tentang hadith 1, iaitu hadith yang berkaitan dengan niat. Jadi kesimpulannya, segala perkara yang dilakukan hendaklah dimulai dengan niat kerana Allah. Dan niat itu perlu selalu diperiksa dari semasa ke semasa iaitu sebelum, semasa dan setelah pekerjaan itu dilakukan. Pada setiap saat, perlu dipastikan, niat adalah kerana Allah semata-mata. Dan Farah, kau nak berubah ni kerana apa? Dia terfikir sendiri. lalu dia beristighfar. Betulkan niat.. betulkan niat.
Azan Maghrib yang berkumandang dari surau berhampiran menghentikan perbincangan mereka. Solat Maghrib ditunaikan secara berjemaah. Satu lagi perkara baru untuknya. Sebelum ni kalau di rumah sewanya, dia dan rakan-rakan serumahnya lebih senang solat sendirian. Sedangkan boleh je kalau nak solat berjemaah. Rugi! Dah banyak dah peluang nak dapatkan pahala sebanyak 27 kali ganda yang dia terlepas. Lepas ni dia nekad, nak ambil sebanyak mungkin peluang untuk buat pahala yang dia ada.
“Ok lah. Sampai sini saja usrah kita minggu ini. InsyaAllah kita jumpa lagi minggu akan datang.” Mereka berdiri dan bersalaman. Masing-masing bersedia untuk pulang.
“Farah. Tunggu sekejap.” Nadwah menahan Farah daripada pulang. Farah memandang pelik. Curious apabila dia seorang sahaja yang dipanggil. Dia hanya menghantar Hanani, Fatimah dan Azrin dengan pandangan mata.
“Kenapa?” Dia bertanya apabila ketiga-tiga rakan barunya itu hilang dari pandangan. Nadwah tersenyum cuma. Isy, budak ni. Aku tahu lah dia senyum tu comel. Duk buat muka comel kat sini pulak. Dia tertawa kecil.
“Awak ni kenapa ni? Scary je buat muka comel macam tu.” dia ketawa di hujung kata-katanya.
“Awak nak kata saya scary ke saya comel? Tak apa lah, dalam scary saya pun tetap comel, kan?” Nadwah pula tertawa suka apabila Farah hanya mencebik.
I’m joking. Ye lah. awak lah yang paling comel.” Nadwah tersengih. Dalam kelembutan dan kesopanannya, kaki mengusik rupanya gadis ni. Dia jarang nampak side Nadwah yang ni. Kerana apabila waktu kelas, Nadwah menjadi seorang yang sangat fokus dan agak serius. Ke dia je yang tak perasan Nadwah memang ada side seorang kaki mengusik ni? Sebab dia dengan Nadwah memang tak berapa rapat masa dalam kelas pun.
“Farah.” Dia kembali memfokuskan pandangan ke arah Nadwah. Sempat je nak berangan. Hishhh..
“Ye?” Dia bertanya lurus. Blur sekejap.
“Nah. This is for you.” Tangan Nadwah menghulur satu beg plastik berwarna coklat gelap. Eh?
“Apa ni?” masih blurBirthday aku ke hari ni? Eh? Mana pulak? Baru bulan lepas sambut dengan Sofiya dekat Secret Recipe.
“Hadiah..” Senyuman masih tak lupus di wajah itu.
“Hadiah? Sempena apa?” Jari telunjuk kanan menggaru kening.
“Hadiah sebagai salam perkenalan.”
“Kita kan dah lama kenal dalam kelas?”
“Itu dalam kelas. Lagipun, dulu kita tak kenal betul-betul sangat pun kan? So, ini hadiah sebagai tanda persahabatan kita. Ukhuwah fillah till Jannah, insyaAllah.” Tubuhnya ditarik ke dalam pelukan. Dia terkedu. Tapi turut membalas pelukan itu. Terasa ikatan persahabatan yang baru bermula ini, sangat bermakna. Alhamdulillah. Apabila niat untuk berubah adalah kerana Allah, Allah pasti akan menghadirkan insan-insan yang baik di sekeliling kita, yang akan membantu kita untuk berubah. Itu sangat betul.
“Jumpa lagi nanti. Assalamualaikum.” Farah menyarung sandal hijau miliknya dan terus berlalu ke arah kereta yang diparkir di bawah pokok mempelam di hadapan rumah Nadwah.


“Fariq, free tak petang ni?” Afif bertanya kepada sahabatnya yang sedang meneguk air limau ais itu.
“Free jugak. Kenapa?” keningnya diangkat, tanda bertanya.
“Teman aku boleh tak?” Afif mencapai pisang goreng yang berada di dalam piring di hadapannya.
“Pergi mana?” kepala memikir, mengingatkan kembali sekiranya dia ada aktiviti lepas balik dari kerja nanti.
“Jumpa kawan dekat Senai. Boleh tak?” Fariq hanya mengangguk, menyatakan persetujuannya.
“Tapi naik kereta kau lah ey?” dia tersengih.
“Boleh.. boleh..” Afif terus tersenyum. Semoga segalanya dipermudahkan.

Kereta Proton Wira warna biru itu diparkir di hadapan sebuah rumah teres setingkat. Brek tangan ditarik, Afif melangkah keluar ke rumah di hadapan mereka. Fariq mengikut jejak langkah Afif.
“Rumah siapa ni, bro?” Fariq mula curious. Entah rumah siapa lah si Afif ni bawak dia.
“Rumah kawan aku. Ada discussion sikit dengan dia.” Fariq hanya mengangguk. Ikut je lah. Yakin je gaya si Afif ni pun.
“Assalamualaikum.” Afif memberi salam seraya tangannya mengetuk pintu kayu itu. Kedengaran bunyi pintu dibuka dari dalam.
“Waalaikumussalam. Afif, masuklah.” Seorang lelaki berbaju melayu coklat dan berkain pelikat muncul apabila pintu rumah itu dibuka. Fariq tersenyum dan bersalam dengan tuan rumah yang dipanggil sebagai Abang Am oleh Afif.
“Abang Am, ni kawan saya. Fariq.” Afif tersenyum. Fariq juga.
“Ohh.. kacak orangnya ni, Afif.” Amran memerhati lelaki berkemeja hitam dan berseluar slack itu. Tanda baru pulang dari pejabat.
“Kerja dekat mana ni? Satu pejabat dengan Afif ke?” ramah Amran bertanya. Fariq mengangguk lagi. 
“Ye, satu pejabat, Abang Am. Ni pun ikut sebab dia mintak tolong temankan dia jumpa kawan, katanya. Dari pejabat terus datang sini. Tu yang siap berkemeja bagai ni.” Fariq menjawab, dan tersengih. Sedikit segan apabila Abang Am kata dia kacak tadi. Heh!
“Ohh.. ye lah. kita tunggu sepuluh minit lagi. Sekejap lagi dia orang ni sampai lah. Tadi dia orang call, kata dah dalam perjalanan.” Amran meminta diri berlalu ke dapur sebentar. Beberapa minit kemudian, dia muncul bersama tangan yang menatang dulang berisi sejag air. Fariq sedikit hairan apabila abang Am menyebut ‘dia orang’ tadi. Macam ramai je gayanya.
“Assalamualaikum..” Tak sempat Fariq buka mulut untuk bertanya, terdengar suara memberi salam dari luar. Mulut yang baru hendak dibuka, ditutup semula.
“Waalaikumussalam...” Abang Am membuka pintu dan muncul lebih kurang sepuluh orang lelaki bersamanya. Fariq semakin hairan apabila melihat pemakaian mereka yang siap bersongkok dan berkopiah di kepala. Dia memandang Afif. Afif hanya tersenyum.
“Ok, kawan-kawan. So harini kita akan buat mini ISK.” Fariq tercengang. Apa benda alah pulak ISK ni? Dia menggaru kepala. Matanya menumpu ke hadapan apabila projector yang terpasang mengeluarkan imej. Oh, Ini Sejarah Kita rupanya. Ok, fine. Apa benda belajar sejarah malam-malam buta ni? Hati dah rasa panas, rasa nak menerkam Afif di sebelahnya tapi dia bersabar. Siap kau Afif!
Dalam kelekaan mendengar apa yang disampaikan oleh Abang Am di hadapan, tanpa sedar hampir empat jam telah berlalu. Matanya mengerling ke arah jam tangan. Hampir pukul satu pagi. Namun matanya masih segar. Kalau ikutkan rutin hariannya, pukul satu mungkin dia sudah bersenang lenang dibuai mimpi di atas katil rumahnya. Atau mungkin juga dia sedang berjamming, menjerit, melalak di dalam studio.
Tapi hari ini? Dia di rumah Abang Am, mendengar tentang sejarah Islam? Tentang tujuan dia dilahirkan dan juga tanggungjawabnya sebagai seorang muslim? Sungguh, dia rasa seperti terhantuk. Betapa selama ini dia berada di dalam zon selesa. Tanpa dia sedar, zon selesa itu adalah zon yang tidak selamat sebenarnya. Betapa dia sudah terleka dengan kenikmatan dunia hingga lupa akhirat yang menanti di hadapannya. Dan perasaan geram kepada Afif pada awal tadi serta merta hilang dan dia rasa dia harus berterima kasih kepada sahabatnya itu.
“Fif, thanks.” Dia tersenyum. Mereka dalam perjalanan pulang ke pejabat. Nak ambil kereta Fariq sebelum masing-masing balik rumah sendiri.
“Thanks? Untuk apa?” Afif kerut dahi, tak faham. Tiba-tiba nak berterima kasih bagai.
“Thanks untuk tadi. ISK tu, betul-betul bukak mata aku yang selama ni tak perasan pun apa yang berlaku depan mata.” Dia senyum lagi.
“Ohhh.. tak ada hal lah. Perkara kecik je tu. lagipun, aku tak nak buat pahala sorang-sorang. Benda baik kena la buat ramai-ramai, betul tak?” Fariq mengangguk.
“Fif..” dia berjeda seketika. “Lepas ni, kalau ada lagi benda-benda macam ni, ajak aku sekali, boleh?” Afif tersenyum lebar. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
“Sure, will do.” Afif tersenyum lagi.

“Kau nak balik rumah terus ke nak singgah minum kat mamak ke, mana-mana dulu?” alarm kereta berbunyi. Fariq masuk ke keretanya. Enjin Satria Neo berwarna hitam itu dihidupkan. Kasi panas enjin dulu.
“Balik terus lah kut. Esok aku ada meeting nak kena attend. Kau?” Afif bertanya dari dalam kereta sahaja. “Balik jugak lah. Badan penat, otak pun penat jugak memikir intipati ISK tu tadi.” Sengih. Memang sangat penat. Tapi dia tak kisah. Penat yang sangat berbaloi.
“Ok lah. Jumpa esok, insyaAllah.” Masing-masing mengangguk dan berlalu menuju ke rumah masing-masing.



Milo ais di atas meja dikacau menggunakan straw sebelum dia meneguk sedikit air tersebut. Erghhh.. lega tekak. Matahari sangat terik hari ini.
            “Aku segan la dengan budak-budak band aku tu kadang-kadang.” Kepalanya ditundukkan.
Fariq jungkit kening. “Kenapa pulak kau tiba-tiba nak segan dengan budak band kau? Aku tengok kau ok je dengan dia orang tu.” Dia bertanya pelik mendengarkan soalan Luqman itu. Luqman, officemate merangkap kawan-kawan yang selalu jumpa masa gig juga. Kadang-kadang selisih dengan dia masa nak pergi jamming. Mahu dia tak pelik dengan soalan tu? Tak ada angin, tak ada rebut, tiba-tiba nak segan. Apa kes?
Air limau ais itu dihirup lagi sebelum dia menjawab. “Ye lah. band members aku, mostly layan lagu-lagu yang rock. Aku je yang macam layan lagu sentimental, lagu-lagu lama.” Tersengih.
“Lahh.. kau segan pasal tu je ke? Aku ingat apa lah masalahnya.” Fariq tergelak kecil.
“Hehe.. ye lah. Tu je pun. Tapi aku rasa dia orang semua ok je. Kita orang boleh je get along satu group. Tak ada timbul masalah apa-apa pun.” Masih tersengih.
Fariq tarik nafas panjang, lalu menghembus perlahan. “Tapi aku lagi rasa segan, apabila kawan-kawan aku dekat kampung, dah jadi imam, jadi bilal kat surau, sedangkan aku kat sini, nak jejak surau pun susah.” Senyum pahit.
Dan bibir yang tersengih di sebelahnya automatik membentuk satu garis lurus. Sentap.


“Huuuu.. panasnya harini.” Tangan mengerling ke arah jam tanga, tepat satu tengahari. Patut lah pun. Matahari sah-sah tengah terpacak kat atas nun. Tangan masih ligat melakar pelan lantai untuk projek akhir semesternya itu. Nanti nak jumpa lecturer, nak krit sana sini sebelum nak betulkan semula apa yang patut.
“A ah. Panas weh. Kalau dapat makan ABC masa-masa macam ni memang heaven, kan?” Sofiya jungkit-jungkit kening. Harini sengaja dia tak balik rumah lepas habis kelas. Teman Farah buat kerja dekat studio. Lagipun awal lagi. Balik rumah duk melangut tengok tv je. Baik duduk sini, boleh jugak dia buat assignment sambil borak-borak dengan Farah.
Gulp..
Farah telan air liur. Mata bersilih ganti antara kertas-kertas yang bersepah di hadapannya dengan muka si Fiya. Budak ni memang sengaja nak pancing suruh aku stop buat kerja lah ni. Dahinya berkerut.
Sofiya tersengih. Keningnya dinaikkan beberapa kali. Tahu dah, kawannya tu dah mula terpengaruh. Biar lah, at least dapat jugak si kawan ni rehat sekejap dari tekanan menyiapkan final project.
“Makan ABC, jom?” Ayat pancing.
Farah berfikir buat beberapa saat. “Ok, fine. Jom pergi pekena ABC. Tekak aku pun dah kering macam duduk kat gurun.” Tangannya lincah mengemas sedikit barangan yang bersepah di atas meja itu. Tangannya mencapai kunci studio sebelum mereka melangkah keluar bersama. Studio itu dikunci bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Farah, sorry nak tanya. Tapi kau tak panas ke pakai jubah time cuaca terik macam ni?” Sofiya tanya elok-elok. Kang main tanya ikut dan, mengamuk makcik ni, mati aku.
“Tak pun. Ok je setakat ni aku pakai. Lagipun kalau nak compare panas pakai jubah dengan panas api neraka tu, panas kat dunia ni berapa percent lah sangat panas dia.” Farah tersenyum. Jubah ungu cair pemberian naqibahnya semasa kali pertama dia menyertai usrah itu dipandang sekilas. Teringat masa Nadwah menghulurkan bungkusan hadiah itu. Comel sungguh naqibah aku ni.
“Sangat betul!” Sofiya yang berbaju kurung itu tersenyum girang. Lepas ni nak cuba pakai jubah jugak lah!


“Farah.” Langkah kaki yang baru hendak melangkah menuruni tangga untuk pulang terhenti. Mata kedua gadis yang sedang rancak berbual sebentar tadi automatik melihat ke belakang. Farah telan air liur. Akram.
“Boleh saya jumpa awak sekejap?” lelaki itu terus bertanya.
“Fiya, teman aku?” Sofiya mengangguk pantas. Mereka bertiga melangkah ke arah wakaf yang berdekatan. Farah memerhati ke sekeliling. Sunyi. Dah pukul enam. Semua orang dah balik rumah kut.
“Ada apa awak nak jumpa saya ni?” Farah bertanya perlahan. Matanya hanya fokus memandang tanah. Tak berani bertentang mata dengan lelaki itu. Khuatir tidak mampu menahan rasa hati.
“Saya nak cakap pasal kita. I think..” lelaki itu berjeda. Farah menunggu penuh sabar.
“Macam yang awak kata dulu. Mungkin kita patut jadi kawan sahaja, sampai bila-bila. Sebab saya rasa, saya dah jumpa seseorang yang saya rasa lebih selesa dengan dia. saya tahu, saya pernah janji untuk tunggu awak walaupun awak tak suruh saya tunggu. Tapi saya rasa, mungkin dah sampai masa untuk saya back off. Awak dah banyak berubah. Awak bukan Farah yang saya kenal dulu. Awak.. terlalu.. baik..” Lelaki itu berkata perlahan.
Farah terkedu. Dadanya terasa pedih. Tapi dia cuba bertahan.
“It’s ok. Saya faham.” Senyum. Tak semua orang boleh terima perubahan. Walaupun perubahan itu adalah ke arah kebaikan.
“Maaf.” Dan lelaki itu terus berlalu pergi. Sofiya yang duduk tidak jauh dari wakaf yang menjadi tempat perbincangan Farah dan Akram menghampiri sahabatnya itu.
“Farah, kau ok?” wajah itu runsing apabila sahabatnya itu hanya menunduk.
“Aku ok. Fiya, kau balik dulu, boleh tak? Aku nak pergi Pusat Islam. Maybe stay dekat situ untuk solat Maghrib sekali. Kau bawak la kereta aku dulu.” Tangannya menghulur kunci kereta.
“Are you sure? Aku boleh teman kau.” Sofiya menawarkan diri. “Takpe, I need space for myself. Kau jangan risau. Aku tak buat yang tidak-tidak.” Farah senyum lagi.
“Nanti nak balik aku call kau. Kau tolong ambil aku, boleh?” Sofiya mengangguk faham.
Dia terduduk di tangga utama Pusat Islam itu. Pedihnya, ya Allah. Tapi dia redha, kerana mungkin ini adalah jawapan untuk doanya selama ini. Mungkin Akram bukanlah pasangan yang telah Allah tetapkan untuk dia. Tanpa sedar, mutiara jernih mengalir dari tubir matanya.


Kereta Satria Neo itu diparkir elok di perkarangan Pusat Islam yang terdapat di dalam kolej adiknya itu. Dalam hati membebel kerana terpaksa memandu ke kolej adiknya semata-mata untuk menghantar laptop yang tertinggal di rumah. Apa punya careless, laptop besar gedabak tu pun boleh lupa nak bawak balik ke? Nasib baik lah jarak antara kolej dengan rumah keluarganya hanya memakan masa 30 minit untuk sampai. Kalau tak, memang tak adanya dia nak pergi hantar laptop tu.
Kakinya terhenti apabila mendapati seseorang sedang elok terduduk di sudut tangga Pusat Islam itu. Matanya mengerling jam tangan yang elok terletak di pergelangan tangan kirinya itu. 10 minit lagi nak masuk waktu. Dan apa budak perempuan ni buat sorang-sorang kat sini? Dia teragak-agak untuk menegur. Dah lah tengah-tengah senja ni!
“Err.. cik?” dia memberanikan diri. Takkan nak biar budak ni duk melangut kat sini, ye tak?
Gadis itu kelihatan tersentak dan mengangkat mukanya yang sedari tadi tekun merenung jari kaki, mungkin. Fariq terpana. Gadis ini.. yang dia nampak dekat kedai ABC beberapa hari lepas. Yang masa orang lain duk berpeluh tahan panas, tapi dia relax je berjubah bagai. Yang membuatkan dirinya ditegur oleh Afif sebab duk tenung anak dara orang macam nak telan. Tak menjaga pandangan mata, kata Afif.
Tapi.. kenapa mata tu berair?
“Cik?” dia memanggil lagi sekali. Berdehem sedikit untuk membetulkan suaranya. Motif? Entah. Spontan.
“Lagi sepuluh minit nak masuk waktu Maghrib. Cik buat apa sorang-sorang dekat sini?” Fariq mengawal suara. Tenanglah wahai hati.
“Huh?” Farah terpinga-pinga sekejap. Baru tersedar dia terduduk dekat tangga ni dari tadi. Astaghfirullahalazim.. Terlalu ikutkan hati. Dia menggeleng. Lalu bingkas bangun. Nak pergi tempat jemaah wanita.
“Oh.. Maaf. Saya penat tadi. Ingat nak rehat sekejap dekat sini. Terduduk lama pulak.” Cover malu. Nasib baik lah orang tak ramai lagi. Ada lah dia nampak dua, tiga orang pelajar lelaki yang baru sampai. Mungkin bersedia untuk waktu Maghrib nanti.
“Ohhh...” Fariq tak sempat nak sambung ayat apabila Farah terus menonong pergi ke kawasan jemaah wanita. Eh? Dia terus berlalu untuk mengambil wudhuk dan bersiap untuk solat Maghrib.
Fariq mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar kerjanya.
‘Bro, I’ve found her!’ pesanan ringkas itu dihantar ke nombor Afif. Langkah kaki diatur kemas ke tempat wudhuk bersama senyuman lebar. Alhamdulillah~~

m k | 31052012 | 0300

notakaki :
people might not aware about the issue in Syria, in Palestine. about what is happening to our brothers and sisters out there. kita di sini bergembira, bergelak ketawa sedangkan mereka di sana menangis duka. mari doakan kemenangan untuk mereka. so, sy nak share 1 video, can I? but to be warned, siapa yg ada sakit jantung, x boleh tgk darah, jgn tgk, ok?
let's spread the words, ALLAHUAKBAR!


click-click