Saturday, September 10, 2011

wireless hati kita









Mariam melangkah masuk ke dalam biliknya. Laptop yang memang sedia ada di atas katil dibuka. Setelah memasukkan password, wallpaper desktop pemandangan air terjun menyapa matanya. ‘Seronoknya kalau dapat mandi air terjun. Dah lama tak pergi camping.’ Katanya dalam hati. Kali terakhir dia menyertai aktiviti perkhemahan adalah semasa dia berada di awal semester semasa belajar di university dahulu. Kini dia sudah berjaya menghabiskan diplomanya, sedang menunggu tawaran untuk menyambung ijazah pula.

Mariam tersedar apabila skrin laptopnya tiba-tiba menjadi hitam. Tu la, berangan sangat. Dia kembali kepada tujuan asalnya. Nak online facebook, tengok ada apa-apa yang menarik tak. Kalau tak ada, buka la apa-apa yang menarik. Marathon movie pun macam best ni. Mariam berkira-kira di dalam hati. Broadband maxis yang terletak di meja sisi katilnya dicapai dan dipasang.

Sementara menunggu, dia membuka folder senarai lagu. Mencari-cari lagu yang sesuai untuk didengar pada malam Sabtu begini. “hurmm.. layan je la apa-apa pun. Ungu, Avril Lavigne, Rossa, S Club 7, blue October, yellowcard, bla..bla..bla..” mulutnya menyebut nama-nama artis yang menjadi pilihannya untuk malam ini. Genre lagu pun random. Ada yang sentimental, tak kurang juga yang berentak laju.

Selesai mengaktifkan winamp, dia kembali kepada connection manager untuk broadbandnya pula. ‘Eh? Kenapa merah pulak lampu kat usb broadband ni? Awatnya tak boleh nak connect pulak ni??’ Mariam menggaru kepala yang tidak gatal. Beberapa saat kemudian, dia menepuk dahinya. Handphone di atas bantal dicapai, calendar dibelek. “patut la pun. Dah sampai deadline kena bayar bil. Dah kena potong la ni.” Dia mengeluh. Mati kutu, tak tahu nak buat apa. ‘Macam mana ni? Ayah tak nak tolong bayar dah bil broadband ni sebab aku dah tak belajar lagi. Ayah cakap kalau nak pakai broadband jugak, bayar sendiri bil tu. Nak bayar macam mana kalau kerja pun tak?huhu..’ hatinya mula bermonolog.

Dalam dia sibuk berfikir, matanya terpandangkan bintang kecil berwarna kuning di bahagian sudut tepi desktop laptop Acer itu. Tanda wujudnya wi-fi di situ. ‘ahahhh.. try la usha jap kut ada free wi-fi ke..’ semangat untuk online yang merudum sebentar tadi kembali semula. Dia klik di bahagian tepi tersebut, beberapa senarai wi-fi terpapar. ‘alaaa.. semua ada password..’ Mariam kembali kecewa apabila nama-nama wi-fi yang terpamer, mempunyai symbol seperti mangga pagar, menandakan password adalah diperlukan.

Tangannya terus scroll apabila didapati masih ada yang belum dilihat lagi. ‘yeeehaaaa…!!’ hatinya melonjak girang. Nama ‘K. Aiman’ yang tersenarai itu tiada mangga di tepinya. ‘try la connect, kut boleh dapat. Untung aku kalau dapat connect. Dpt internet free.haha..’ dia ketawa jahat. Anak panah dihalakan ke arah nama itu dan mouse di klik untuk mengaktifkan talian internet tersebut. ‘connected to : aiman’. “wahhhhh…..” Mariam teruja. “encik Aiman, kita kongsi-kongsi la internet access ni ok? Tapi awak bayar sorang.” Mariam tersenyum lebar. Entah siapa la K. Aiman ni, dia pun tak tahu. Ada ke anak-anak jiran sebelah-menyebelah ni nama Aiman? Tak pernah pula dia ambil tahu akan hal itu. Yang penting, mesti Aiman tak kisah kan?

Setelah log in ke facebook, dia mula melihat-lihat apa yang menarik. Status di update. “aarghhh~~ broadband dah kena potong. Siapa baik hati nak bayarkan?” itu ayat untuk status facebook dia. Beberapa minit kemudian, notification menunjukkan angka 1. Dia klik. Oh, Ain bagi komen.

Ain Nadiah : habis ko online ni macam mana?

Mariam tersenyum secara automatik.

Mariam Kirana : ada orang baik hati nak share wi-fi dengan aku.

Dia membalas komen tersebut di dalam inbox. Ain merupakan sahabat baiknya. Rumah mereka sebelah lorong je.

Ain : wahhh.. sapa yang baik hati sangat tu?*excited

Mariam : tak tahu sapa. Aku pun tak kenal. Nama wifi dia K. Aiman. Aku try je connect tadi, tak sangka dapat access.

Ain : untung laaaa… hahaha..

Mariam : memang untung.. >.<

Mereka terus berchatting sehingga jarum jam melepasi angka 12. Hampir pukul 3 pagi, tiba-tiba sahaja talian internet terputus. Mariam mengeluh. ‘ ni la susah menumpang internet orang. Nak online pun kena ikut time dia. Aiseyhhh…’ Tangannya segera mencapai handphone, nama Ain dicari. Setelah jumpa, pantas tangannya menaip mesej untuk sahabatnya itu.

Ain, aku dah off. Sorry x sempat inform awal-awal. Aiman ni tiba-tiba je off. Butang send ditekan. Dia terus menutup laptopnya dan berbaring. Mata memandang jam yang terdapat di dinding. Elok la tu off, dah pukul 3 pun. Memang dah sampai masa untuk tidur. Bunyi handphone menandakan ada mesej masuk menghentikan lamunannya.

Its ok, aku faham. Aiman suruh kau masuk tidur la tu. Balasan daripada Ain. Mariam tergelak kecil. Ayat Ain tu, dah macam si Aiman ni laki aku je. Kepalanya digelengkan. Nonsense! Matanya dipejamkan, terus dia melayari mimpi.


“Ana!! Ohh.. Ana!! Kamu dah bangun ke belum ni?” Suara puan Khalidah kedengaran bersama ketukan di pintu. Mariam yang sedang lena terjaga. Dalam keadaan mamai, dia hanya mengangguk sahaja.

“Mariam Kirana!! Kamu dah bangun ke belum ni??” suara ibunya naik seoktaf. Mata yang kelat sebentar tadi terus segar.

“Dah.. Dah. Dah bangun dah ibu. Kenapa?” dia menyoal, kalut.

“Kenapa kamu tanya? Subuh dah nak sampai hujung dah. Jenuh ibu ketuk tak menyahut. Cepat pergi solat Subuh. Lepas tu jangan nak sambung tidur, tolong ibu masak sarapan.” Puan Khalidah berkata sebelum berlalu dari bilik anaknya.

Mariam melangkah longlai ke arah pintu bilik. Kakinya melangkah menuju ke bilik air yang terletak di hadapan biliknya dan juga bilik kakaknya, Mariam Sofia. Tetapi sekarang kakaknya tiada di rumah itu, dia sudah berkahwin. Jadi kakaknya tinggal bersama suaminya. Mereka hanya pulang ke rumah itu dua minggu sekali, bergantung kepada kelapangan waktu juga. Dan kini di rumah itu hanya tinggal dia, ibunya serta ayahnya sahaja.

Selesai mengambil wudhu’, dia segera menunaikan solat Subuh, bimbang sekiranya terlepas, apa nak dijawab depan Allah nanti? Lambat bangun sebab online sampai 1 pagi? Huhu.. usai bersolat, dia segera turun ke dapur, berniat untuk membantu ibunya.

Sampai sahaja di dapur, ibunya sedang menggoreng mihun. Perut terus terasa lapar apabila menghidu bau mihun yang sedang digoreng. Dia hanya memerhatikan ibunya yang sedang leka memasak. Matanya dipejamkan, rasa mengantuk masih bersisa.

“eh? Boleh pulak kamu tidur sambil berdiri kat situ? Tak senonoh betul perangai.” puan Khalidah yang baru menyedari kehadiran anak gadisnya itu bersuara. Kepalanya digelengkan.

“ehehehe.. sorry ibu. Ngantuk la. Semalam tidur lambat.” Mariam tersengih menayang gigi.

“Kamu tidur lambat buat apa? Duk online kat dalam bilik tu?” puan Khalidah sudah mula masuk mode membebel. Mariam hanya tersengih, sedar kesalahan sendiri.

“Assalamualaikum..” suara ayahnya kedengaran dari ruang hadapan. Ayah baru pulang dari surau, solat Subuh di sana. Hari ini ayah pulang agak lewat. Mungkin ada meeting kut. Ayahnya merupakan salah seorang AJK di surau berdekatan rumah mereka itu.

“Waalaikumussalam..” serentak Mariam dan ibunya menjawab.

“Apa yang bising sangat tadi? Sampai ke depan saya dengar suara kamu tu, Ida.” Encik Fauzi bertanya lagi.

“Anak dara awak ni ha. Tak padan dengan anak dara, boleh dia tidur berdiri kat tepi tu tadi?” kata puan Khalidah. Kepalanya masih lagi menggeleng tidak percaya.

Encik Fauzi ketawa kecil. Anak bongsunya ini, ada-ada sahaja.

“Kenapa Ana ngantuk sangat sampai tidur kat dapur? Tidur pukul berapa semalam?” encik Fauzi pula mengaju soalan.

“Ana tidur dalam pukul 3 kut. Hehe..” dia menjawab jujur, bersama sengihan.

Mata encik Fauzi membulat. “Online sampai pukul 3 pagi??”

“err.. a ah. Heeee~~”Gigi yang putih tersusun masih ditayang.

“Ana buat apa online lama-lama sangat? Nasib baik tak terlepas Subuh, kalau tak kan dah berdosa? Daripada Ana tidur lambat-lambat tu, baik Ana buat qiam ke, baca Al-Quran ke..” encik Fauzi menasihati anaknya itu. Mariam hanya diam dan mengangguk. Sedar salah sendiri. Dia memang jarang tidur awal. Masa belajar dulu lain la. Tapi bila dah habis belajar, tinggal di rumah, dia memang tidur awal. Sebelum pukul 12 dah masuk alam mimpi.


Sebulan kemudian….


Mariam berjalan pulang ke rumahnya dari stesen bas berdekatan. Baru pulang dari kerja. Bekerja sebagai kerani sementara di sebuah syarikat perakaunan sementara menunggu tawaran ijazah. Mencari pengalaman bekerja sebenarnya. Mungkin boleh digunapakai apabila dia sambung belajar nanti.

Beberapa minit berjalan, dia sudah nampak bumbung rumahnya. Langkah dilajukan. Semangat nak balik, nak landing atas sofa. Sungguh dia penat hari ini. Kerja tiba-tiba agak banyak. Mungkin kerana sudah hampir hujung bulan. Hendak tutup akaun dan segala macam lagi. Letak beg di bahu kanan diperkemaskan lagi. Dia terus berjalan dan berjalan.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba terasa seseorang menarik begnya dari arah belakang. Dia yang terkejut terus terduduk di atas jalan. Mulutnya menjerit meminta tolong. Dia sudah sangat hampir dengan rumahnya, hanya 5 buah rumah sahaja lagi yang perlu dilalui. Tuan rumah di mana dia terduduk di hadapannya keluar. Seorang lelaki dlm lingkungan 27 tahun, memakai kemeja dan berseluar slack. Mungkin baru pulang dari kerja.

“Cik.. cik ok?” lelaki itu bertanya prihatin.

“o..ok..saya ok.” Mariam menjawab sangkut-sangkut. Rasa terkejutnya masih belum hilang.

“Betul ke ok ni? Pucat je muka tu. Rumah dekat mana? Mari saya hantarkan.” Lelaki itu menawarkan bantuan. Mariam berdiri perlahan-lahan. Begnya yang terjatuh tadi diambil. Mujur begnya terputus, jadi peragut itu tidak mendapat apa-apa. ‘Alhamdulillah..’ dia memanjat kesyukuran di dalam hati.

“Takpe encik. Rumah saya depan tu je. Yang pagar warna biru tu. Terima kasih banyak-banyak. Saya pergi dulu.” Mariam terus berlalu. Langkahnya terhenti apabila lelaki itu memanggilnya.

“Ye? Ada apa?” dia bertanya setelah kembali menoleh.


" Mintak maaf tanya. tapi boleh saya tahu nama cik? saya baru juga pindah ke sini. jadi nak la kenal jiran-jiran." Aiman bertanya yakin.

“Err.. hmm.. Ana.” Mariam menjawab. Eh? Yang aku bagi nama Ana ni kenapa? Tu nama panggilan untuk keluarga aku je la.

“Oh, Ana. Saya Khairul.” Lelaki itu memberitahu namanya tanpa ditanya.

Mariam hanya mengangguk. Terus berpusing dan melangkah ke rumahnya. Dia masih belum dapat berfikir dengan tenang. Rasa terkejutnya masih belum hilang.

Tiba di rumah, encik Fauzi dan puan Khalidah terkejut melihat anak mereka membawa pulang beg tangan yang putus.

            “Ana, kenapa ni?” ibunya bertanya cemas.

“takde apa ibu. Ana hampir kena ragut tadi.” Dia menjawab perlahan.

“takde apa Ana kata? Ni sampai putus tali beg ni. Nasib baik kamu tak apa-apa. Abang, eh? Mana ayah kamu ni? Tadi ada dekat sini?” puan Khalidah pelik apabila suaminya tiba-tiba tiada.


Encik Fauzi terus keluar apabila anaknya memberitahu tentang kejadian ragut itu. Dia melihat kiri kanan jalan di hadapan rumahnya itu. Lalu dia terpandang seorang anak muda tidak jauh dari rumahnya. Anak muda itu seperti ingin berkata sesuatu, tapi tidak terucap.

“Aiman. Kenapa tengok pakcik macam tu?” dia bertanya kepada anak muda itu. Anak muda ini dikenali semasa dia bersolat di surau. Selalu juga dia melihat anak muda ini ke surau.

“Takde apa pakcik. Nak tanya, yang tadi, pakai baju kurung hijau tu anak pakcik ke?” anak muda itu bertanya kembali. Encik Fauzi memandang hairan. Sambil mengingati warna baju anaknya.

“A ah, anak pakcik la tu. Kenapa?” terus ditanya kepada anak muda itu.

“Anak pakcik, kena ragut depan rumah saya tadi. Dia ok tak? Saya minta maaf sebab tak dapat nak tolong, saya keluar rumah, peragut tu dah lesap. Saya keluar pun sebab dengar anak pakcik jerit minta tolong tadi.” Jelas Aiman panjang lebar.

“Oh, takpe. Dia terkejut sikit je kut tadi. Kejap lagi ok la tu.” Encik Fauzi berkata sambil tersenyum.

“Anak pakcik dari mana tadi?” Aiman bertanya spontan.

“Dia baru balik dari kerja. Dia tak bawa kereta, sebab dia tak ada lessen. Pakcik dah suruh pergi ambil lessen, dia tak mahu. Malas katanya. Dah jadi macam ni, memang nak kena suruh pergi ambil lessen juga la tu.” Aiman yang mendengar mengangguk.

“Dia kerja kat mana?” Aiman bertanya, berminat nak tahu.

“Dekat Bukit Indah. Kerani di syarikat perakaunan.” Encik Fauzi menjawab tanpa banyak soal.

“Bukit Indah? Sama tempat kerja saya la. Saya kerja di Bukit Indah juga. Kalau pakcik tak kisah, saya boleh je tumpangkan anak pakcik pergi dan balik kerja.” Aiman menawarkan bantuan tanpa segan silu.

“Eh? Kamu ni. Kamu lelaki, anak pakcik perempuan. Tak manis.” Jawab encik Fauzi. Aiman terdiam.

“Pakcik.. errr..” Aiman berfikir adakah betul apa yang bakal diluahkan ini.

“ye? Ada apa?” encik Fauzi masih menunggu ayat Aiman yang tergantung.

“Pakcik, kalau saya nak masuk meminang anak pakcik boleh tak?” Aiman berkata senafas. Encik Fauzi terdiam. Terkejut sebenarnya. Tidak menyangka ayat itu yang akan diluahkan oleh anak muda ini.

“Kamu ni.. kalau kamu nak kahwin dengan anak pakcik sebab nak bawak dia naik kereta je, tak payah la. Pakcik boleh hantar dia pergi kerja nanti.” Encik Fauzi menjawab sambil menggeleng tidak percaya.

“Tak, pakcik. Saya serius. Saya dah lama suka kat anak pakcik. Saya jatuh cinta dari hari pertama saya nampak dia lalu depan rumah saya ni lagi.” Aiman bersungguh-sungguh. Encik Fauzi pula terkelu.

“Errr.. kita orang Melayu, orang Islam lagi. Ada adatnya, Aiman. Kalau betul Aiman serius, Aiman tahu apa yang Aiman perlu buat, kan? insyaAllah kalau bagi pihak pakcik tak ada masalah. Tapi pakcik perlu juga tanya dengan tuan punya badan.” Encik Fauzi menjelaskan panjang lebar. Aiman mengangguk, bersemangat. Dia tahu apa yang perlu dibuat. Nak kena telefon mak dengan abah di kampung ni. ASAP!!


6 bulan kemudian..


“Mariam, tahniah.. tak sangka aku, kawan aku ni dah nak kahwin dah…” Ain memeluk temannya itu.

Mariam tersipu malu. Dia pun tak sangka sebenarnya yang dia akan setuju. Tapi setelah melakukan istikharah, jawapan ini yang diterimanya, maka apa lagi yang hendak dia risaukan? Mungkin ini yang terbaik untuknya.

“Thanks Ain. Aku pun macam tak percaya juga.” Tangannya memandang cincin yang baru sahaja tersarung di jarinya siang tadi. Disarungkan oleh Hajah Fatimah, ibu Khairul Aiman.

“Dah la dengan sepupu aku pulak tu. Hahaha.. lagi 3 bulan, kau pun jadi sepupu aku la jugak.” Ain ketawa bahagia. Mariam geleng kepala. Dia pun tak percaya, Khairul tu sepupu Ain rupanya. Ain tak pernah pun cerita dekat dia. Tak penting katanya. Masa Ain dan ibu bapanya datang bersama rombongan meminang dari pihak Aiman siang tadi, Mariam baru tahu mereka bersepupu. Sabar je lah kawan aku ni. Kata tak dapat datang la, apa la. Rupanya nak buat kejutan. Memang aku terkejut. Huhu..

“Ain.” Mariam memanggil sahabatnya itu. Ain menoleh.

“Apa?” kepalanya diangkat sedikit, bertanya.

“Kau ingat tak aku online menumpang wi-fi orang selama broadband aku ni tak boleh pakai?” Ain terdiam, cuba mengingat.

“A ah, kenapa?” Ain bertanya pelik. Tiba-tiba masuk cerita pasal wi-fi pulak.

“Ingat tak nama wi-fi yang aku tumpang tu?” Mariam bertanya lagi.

“Tak. Apa ey nama dia? Lupa la.” Ain rasa makin pelik. Apa kawan aku ni tanya soalan pelik-pelik je? Effect lepas bertunang ke apa?

“Nama wi-fi tu, K. Aiman.” Mariam memberi masa untuk sahabatnya itu berfikir. Ain diam. Kening bertaut, menunjukkan dia sedang betul-betul berfikir.

“K. Aiman.. dah tu?” Mariam tepuk dahi apabila kawannya masih tidak dapat menangkap apa yang dia maksudkan.

“Ya Allah.. lambat betul kawan aku ni hari ni, kenapa?” Mariam menyimpan ketawanya. Ain makin blur.

“Apaaaa???” Ain bertanya tak puas hati.

Mariam membuka cincin yang tersarung di jarinya. Bahagian dalam cincin itu ditunjuk kepada Ain. Ain membaca apa yang tertulis di situ. K.Aiman & M.Kirana

Ain menggeleng tidak percaya. “Don’t tell me its him?”

“I think yes, he is.” Mariam tersengih bahagia.

“weeeeeeeee… tak sangka!!hahahaha…” bilik itu gamat dengan suara ketawa mereka walaupun jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi.

8 comments:

  1. Waaa cerpen baru... smpat lg ek taip cerpen... Best cite ni... mcm kisah am la plk, tumpang wi-fi org... Part mariam bagi name dia tu en, mcm ade ayat yg kurang. Coz aiman xde ckp "nama awk sape?" tbe2 je mariam bpaling n ckp nama dia ana...

    ReplyDelete
  2. alamak sweetnya. tapi situasi tu macam kenal je la

    ReplyDelete
  3. @Wild Cherry ecah, nab taip ngntuk2.nab igtkan dh taip yg dia tnye name tu.haha..nnt blk nab btulkan.huhu..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. @Amanie Ashraff haha..cm knl kan am??ngehehe..kite2 je yg tahu.hoho..

    ReplyDelete
  6. woah..
    dulu saya pun menumpang wifi orang gak.
    nama dia azam. huh.harap2 tak jadi la macam dalam cerita ni. ngeh2.

    ReplyDelete

click-click