Friday, June 17, 2011

Jangan Tinggal Maya 6

1 comment:


* sorry kalau tak best. idea dah lama tak datang. huhu.. :D
mcm biasa, enjoy reading n may Allah grant all of us happiness here and hereAfter.
thanx in advance :)


Setelah hampir dua jam perjalanan, akhirnya mereka tiba juga ke destinasi yang dituju. Dua buah van yang dipenuhi dengan para penghuni Ar – Rayyan diparkir berhampiran dengan tempat penginapan yang terdapat di situ iaitu di Teluk Gorek Chalet and Campsite (TGCCS).

Mereka akan menginap di dalam dorm yang boleh memuatkan seramai lebih kurang 25 orang penghuni. Namun bagi Luqman dan Aiman, mereka akan berkhemah di tapak perhkemahan yang terdapat di situ memandangkan hanya mereka berdua sahaja kaum Adam yang turut serta dalam percutian ini.

Setelah selesai segala urusan dengan pemilik TGCCS, mereka dibenarkan untuk berehat memandangkan masing-masing kelihatan tidak bermaya dan akan berkumpul semula untuk makan tengahari memandangkan mereka sudah berhenti untuk bersarapan semasa dalam perjalanan.

Kesemua mereka berasa teruja apabila melihat pemandangan yang menjamu pandangan mata mereka semasa dalam perjalanan ke dorm. SubhanAllah.. maha suci Allah.. cantiknyaaa!! Mungkin itu yang terlintas di benak masing-masing kalau dilihat dari riak wajah mereka. Semua sudah tidak sabar untuk bermandi manda, tetapi memandangkan semua pun keletihan, mereka mengambil keputusan untuk tidur dan merehatkan diri terlebih dahulu. Tak lari gunung dikejar, lepas rehat boleh tengok pemandangan tu puas-puas.


Kini mereka sedang menjamu selera setelah berehat dan selesai menunaikan fardhu Zohor. Masing-masing menikmati juadah yang terhidang dengan penuh berselera. Selesai menjamu selera, Ummi Khadijah memberi sedikit taklimat berkenaan apa yang akan mereka lakukan sepanjang mereka bercuti ini.

“ Memandangkan semua nampak sangat teruja ni, petang nanti kita akan adakan aktiviti di tepi pantai. Anak-anak akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kita akan adakan pertandingan membina istana pasir. Ok? Since kita ke sini bertujuan untuk bercuti dan untuk merehatkan minda, jadi Ummi plan kita buat aktiviti yang boleh buat kita rasa happy dan tak stress. Setuju?” kata Ummi Khadijah.

“ setuju…!!!” semua yang mendengar menjawab dengan penuh bersemangat. Masing-masing sudah tidak sabar lagi.

“ ok, sekarang kita buat aktiviti bebas. Kamu boleh lah jalan – jalan kat tepi pantai ke, nak rehat di bilik saja pun boleh juga. Tapi pastikan tepat pukul 5 semua dah siap solat Asar dan berkumpul depan dorm. Kita akan bahagi kumpulan dulu sebelum kamu semua beredar. Kamu akan dipecahkan kepada 3 kumpulan, setiap kumpulan diketuai oleh seorang warden. Boleh?” Ummi Khadijah bersuara lagi.

“ boleh, Insya Allah..” jawab mereka yang berada di situ. Luqman dan Aiman hanya memerhati sahaja. Walaupun Ummi mereka sudah memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukan aktiviti mereka sendiri, mereka tetap setia mengikut kumpulan pelatih – pelatih tersebut.

Selesai membahagi kumpulan, mereka berpecah mengikut haluan masing – masing. Ada yang terus menuju ke pantai untuk bermandi – manda, ada yang hanya duduk di bawah pokok yang terdapat di tepi pantai itu.

Maya mengambil keputusan untuk berjalan menyusuri teluk itu sambil menikmati pemandangan sahaja. Dengan angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa, sangat menenangkan jiwa dan fikiran. Fatin pula sudah selamat bermandi – manda  bersama beberapa rakan mereka yang lain.

Luqman hanya memerhati tingkah laku Maya dari jauh. Dia dan Aiman kini berada di bawah pokok kelapa bersama gitar kapok di tangan. Sambil memetik gitar entah memainkan lagu apa, mata Luqman sesekali dihalakan ke arah Maya. Tanpa disedari dia tersenyum sendiri mengingatkan kejadian di pintu masuk Ar-Rayyan pagi tadi. ‘She is cute’ desis hati Luqman. Automatik tangannya memetik gitar, memainkan lagu Jatuh Cinta Lagi (Matta band).

Aiman hanya mengikut rentak nyanyian abangnya itu tanpa menyedari mata Luqman sedang asyik memerhatikan Maya yang berada tidak jauh daripada mereka. Selesai lagu tersebut dimainkan, Luqman memainkan lagu Penghujung Cintaku (Pasha Ungu feat. Adelia) pula. 

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri..

Aiman yang pada mulanya hanya mengikut, mula berasa pelik apabila abangnya terus-terusan menyanyikan lagu berunsur cinta.



‘Abang aku ni dah buang tabiat ke apa tiba-tiba jadi jiwang semacam ni?’ terdetik di hati Aiman. Seraya itu, dia mengalihkan matanya dari komik yang berada di tangan dengan niat untuk bertanya kepada abangnya itu, tetapi niatnya terbantut apabila melihat abangnya itu sedang ralit memerhati sesuatu walaupun tangannya masih setia memetik gitar di tangan.

Aiman menurut pandangan abangnya itu. ‘ohhh.. patut la pun. Memang betul jatuh cinta gamaknya abang aku ni. Tengok anak dara orang tak lepas. Kalau kantoi dengan ummi memang hijau la muka kena gula.haha..’ Aiman bermonolog seorang diri apabila melihat apa yang dipandang oleh abangnya itu.

“Ehem.. ehem.. dah-dah la tu tengok anak dara orang. Kantoi dengan ummi karang baru abang tahu.” Kata-kata Aiman mengembalikan Luqman ke alam realiti.

“ Errkk?? Man cakap apa tadi?” kata Luqman, cover line. ‘a..duhh.. kantoi terang-terangan tak payah nak suluh.’ Dia berkata dalam hati.

“Abang tu.. duk tengok anak dara orang tak lepas kenapa? Marah ummi nanti kalau tahu abang tengok anak dara dia macam tu.” Aiman membalas kata-kata Luqman. Dahi Luqman berkerut.

“Eh? Bila masa ummi ada anak dara pulak? Bukan kita berdua je ke anak ummi? Ke Aiman ni……” Luqman membiarkan kata-katanya tergantung sambil tersengih macam kerang busuk ke arah adiknya itu.

“Ewah.. sesedap oren je berkata-kata ye? Aiman straight, oke? Tu, Maya kan nama budak yang abang duk tenung dari tadi tu? Kira anak dara ummi la tu sebab ummi kan dah anggap semua yang kat Ar-Rayyan tu macam anak-anak dia. Ye la, ummi bukan ada anak perempuan pun.” Aiman menjelaskan maksudnya sebentar tadi.

“Hehe.. ala.. chill la bro. Abang tahu la. Saja nak usik anak manja ummi ni tadi.” Luqman masih mengusik Aiman. Memang diakui antara dia dan adiknya itu, Aiman lebih manja dengan ummi mereka. Mungkin kerana Aiman anak bongsu.

Aiman ketawa mendengar kata-kata abangnya yang tidak dapat disangkal lagi. “Hahaha..  tak patut betul la abang Luq ni cakap Aiman manja. Kalau dengar dek awek-awek cun kat luar sana, jatuh la saham Aiman yang macho ni.” Aiman berkata sambil tergelak-gelak.

“Amboi, bukan main lagi. Awek-awek ye? Abang Luq report dekat Safiyya kang, baru tahu.” Luqman mengugut adiknya. Memang diakui Aiman seorang yang good-looking dan macho. Dengan muka baby face itu, mungkin ramai yang memendam perasaan terhadap adiknya itu.

Paras rupa Luqman pula biasa sahaja, tidak terlalu kacak seperti adiknya itu. Lebih-lebih lagi dengan kerjanya sebagai juru ukur tanah yang menuntut dia untuk selalu berada di bawah terik matahari menyebabkan kulitnya sedikit gelap berbanding adiknya. Mungkin boleh dikategorikan dalam kategori sedap mata memandang. Namun begitu, Luqman mempunyai daya tarikannya sendiri. Lesung pipit yang terserlah di pipi kirinya setiap kali dia tersenyum membuatkan dia kelihatan kacak dengan cara tersendiri.

“ Alaaa.. apa la abang Luq ni. Tak back-up adik langsung. Tak sporting. Hehehe..” Aiman tersengih apabila melihat abangnya memandang dia dengan rasa tak percaya.

‘Aku yang sikit punya baik ni dia kata tak sporting? Tak bersyukur punya adik’ Luqman berkata di dalam hati.

“Hahaha.. gurau je la abang. Abang Luq la abang terbaik dalam dunia ni. Kan??kan??” Aiman berkata sebelum sempat Luqman bersuara. Memang bagi dia, Luqman abang yang terbaik. Hampir semua yang diminta olehnya akan diberikan oleh Luqman. Kalau tak cukup duit belanja pun Luqman la tempat dia meminta. Walaupun boleh je nak minta dekat ummi, tapi abangnya telah berpesan supaya tidak menyusahkan ummi mereka.

Semenjak kematian bapa mereka beberapa tahun yang lalu, ummi telah banyak bersusah payah untuk menyara mereka yang pada ketika itu masih belajar. Kini Luqman sudah bekerja manakala adiknya masih belajar di universiti. Jadi memandangkan Luqman anak sulung, dia ingin menyara kehidupan mereka sekeluarga dan tidak mahu menyusahkan ummi mereka lagi.

“Haaa.. tahu pun. Ingat tak tahu tadi. Haha..” Luqman menjawab bangga. Mendengarkan kata-kata Luqman itu, Aiman tergelak kecil.

“ Abang Luq.. abang dah jatuh cinta dengan Maya ey?” Aiman bertanya direct, tak ada simpang. Luqman yang sedang minum air mineral itu tersedak. Aiman ketawa lagi melihat abangnya itu tersedak.

“Aiman!! Memang saja nak kenakan abang ke ni?” suara Luqman sedikit tinggi. ‘Budak ni.. boleh dia tanya soalan macam tu punya direct. Buat malu kat aku je..’ Luqman mendiamkan diri memikir jawapan untuk pertanyaan adiknya itu.

“Tak la.. mana ada.. pandai-pandai je la Man ni main serkap jarang.” Luqman berkata, menutup debar di dada.

“Eleh.. tengok tak lepas, nak deny pulak. Ingat Aiman ni budak dua tahun ke? Aiman dah 22 tahun tahu?” Aiman membidas kata-kata abangnya. ‘Nak menipu pun agak-agak la. Macam la aku tak nampak tadi macam mana dia tenung anak dara orang tu.’ Kata-kata itu hanya berlegar di dalam kepalanya.

“Hehe.. Entah la.. Abang tak tahu nak describe macam mana. Tapi bila abang terserempak dengan Maya kat depan pintu tadi, rasa berdebar semacam je la.” Luqman berkata jujur. Aiman tersenyum sahaja.

“Love at the first sight la ni ey? Hehe..” Aiman mengusik abangnya.

“ Maybe yes.. and maybe no. Maybe abang just rasa curious tentang dia. Abang tak pasti la. Abang bukan pernah bercinta pun. Tapi abang rasa dia macam special dari yang lain-lain kat Ar-Rayyan tu. She is mystery. Dia senyum, dia ketawa, tapi abang rasa macam ada something yang dia sembunyikan jauh kat sudut hati dia. Dia macam sedih. Tengok tu, jalan pun sorang-sorang, duduk termenung je dari tadi.” Luqman berkata panjang lebar. Matanya dipakukan ke arah Maya yang sedang leka memandang air di hadapannya.

“Betul. Dia pun macam tak banyak bercakap sangat kan?” Aiman berkata. Luqman hanya mengangguk.

“Tapi abang..” ayat Aiman tergantung di situ.

“Tapi apa?” Luqman bertanya kepada adiknya.

“Aiman rasa abang memang dah jatuh cinta la dekat dia. Siap dapat rasa ada yang tersembunyi bagai. Tak pernah-pernah abang macam ni dengan perempuan lain tau..” Aiman berkata penuh bersemangat. Luqman terdiam.

“Ye ke?” dia berkata perlahan. Bertanya kepada diri sendiri, sebenarnya. Namun tetap sampai ke pendengaran Aiman. Aiman mengangguk penuh bersemangat. Namun Luqman tidak melihat perbuatan adiknya itu kerana dia leka memandang ke hadapan dan tenggelam dalam fikirannya sendiri.

‘Betul ke aku dah jatuh cinta?’ satu suara bertanya.

‘Tak kut.. Dia kan pelatih ummi. Nanti apa pulak orang kata. Macam tak elok je kalau aku nak bercinta dengan pelatih ummi sendiri. Dah la Luqman, kau jangan nak fikir hal cinta sangat. Sekarang tumpukan perhatian dengan kerja dulu. Awal lagi nak fikir pasal cinta. Kau baru 26 tahun la.. Masih ada masa lagi.’ Satu suara lain pula berkata. Akhirnya perkara tersebut dibiarkan begitu saja.

“Abang.. jom la pergi solat dekat surau tu. Dah masuk waktu Asar ni.” Aiman bersuara, menyedarkan Luqman yang sudah jauh mengelamun.

“Hmm?? Ohh.. ok, jom.” Luqman membalas dan terus berdiri. Gitar diletakkan ke dalam khemah mereka dan mereka beriringan ke arah surau yang berdekatan untuk menghadap Yang Maha Esa.

Penghuni-penghuni Ar-Rayyan yang tadi berada di sekitar mereka juga beransur pulang ke dorm untuk bersiap menunaikan solat Asar termasuk Maya.

Friday, June 10, 2011

jangan tinggal maya 5

6 comments:






*ole2 dr kuala lumpur. haha.. ni la hasil bila dh jumpe ank buah sume kan. hati tgh gumbira. n aku rase yg 5 ni mcm lbih pnjg dr biasa. hoho.. as usual, enjoy reading n comments r loved :) [thanx in adnvance]
may Allah grant all of us happiness here and hereafter, insyaAllah. 



Semua penghuni ar-Rayyan sudah berkumpul di ruang solat rumah itu. Ruang solat tersebut turut menjadi tempat untuk para penghuni berkumpul sekiranya ada perkara yang perlu dibincangkan. Di situ juga menjadi tempat untuk kelas tilawah yang dilakukan pada setiap petang. Tidak ketinggalan, pengurus ar-Rayyan, Ummi Khadijah bersama kaunselor di ar-Rayyan, ibu Maisarah juga berada bersama mereka. Masing-masing tertanya-tanya apa tujuan mereka berkumpul kali ini. Kelihatan seperti ada sesuatu yang penting kerana ibu Maisarah biasanya datang untuk mengadakan sesi kaunseling dengan para penghuni setiap hari  Selasa dan Khamis sahaja, sedangkan hari ini hari Jumaat.

“Ehem..” deheman Ummi Khadijah mematikan segala persoalan yang berlegar di fikiran semua yang berada di situ. Masing-masing member tumpuan kepada apa yang akan disampaikan oleh Ummi Khadijah. Ibu Maisarah di sebelah Ummi Khadijah hanya tersenyum melihat remaja-remaja itu yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

“Assalamualaikum semua. Ummi harap semua sihat-sihat saja ye? Mesti anak-anak semua pelik kenapa Ummi tiba-tiba suruh berkumpul kan?” Ummi Khadijah bersuara tanpa melengahkan masa. Dia melihat mereka yang berada di situ hanya menganggukkan kepala masing-masing.

“ Ok. Ummi dan ibu Sarah dah berbincang, dan kami bercadang untuk bawa anak-anak semua pergi bercuti. Kita akan bercuti di Teluk Gorek selama 2 hari 1 malam bermula esok. Esok pagi, selepas subuh dalam pukul 8 macam tu, kita akan bertolak ke sana. Boleh anak-anak?” ummi Khadijah tersenyum setelah habis berkata-kata.

Mereka yang berada di situ semuanya tersenyum lebar. Memang mereka sudah lama tidak keluar dari Ar-Rayyan ini kerana selama ini, segala aktiviti dilakukan di dalam Ar-Rayyan. Ini pertama kali Ummi Khadijah mengadakan aktiviti luar. Masing-masing sudah bersemangat dan tidak sabar untuk pergi bercuti.

“ Ehem..ehem.. jangan seronok sangat.. apa-apa pun, Ummi mahu kamu semua behave sepanjang aktiviti dijalankan. Di sana kita akan adakan beberapa aktiviti yang bersesuaian. Jadi Ummi harap, semua akan memberikan kerjasama kerana jika Ummi lihat semua dapat bekerjasama dengan baik, Ummi mungkin akan pertimbangkan untuk mengadakan aktiviti luar lagi pada masa akan datang. So, sekarang, semua boleh bersurai dan bersiap untuk solat Maghrib. Ummi dan ibu Sarah akan solat sekali dengan kamu, lepas tu baru kami pulang. Lepas solat kamu semua boleh mula packing untuk bercuti esok.” Ummi khadijah berucap panjang lebar.

Tanpa membuang masa, mereka semua bersurai setelah mengucapkan terima kasih. Senyuman lebar terukir di bibir mereka tanpa dapat ditahan. Berita yang disampaikan oleh Ummi Khadijah sangat menggembirakan hati mereka.



Usai subuh, mereka semua mula sibuk menyediakan barangan yang akan dibawa ke Teluk Gorek. Beg pakaian telah diletakkan di tepi pintu. Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Masing-masing sudah selesai bersarapan sesudah solat Subuh tadi. Beberapa pelatih yang telah diberi tugas untuk menyediakan makanan sibuk menyediakan makanan di dapur sebagai bekal sepanjang perjalanan mereka nanti. Yang lain-lain pula berbual sesama mereka sementara menunggu ketibaan Ummi Khadijah dan Ibu Maisarah.

“ Anis, kau tahu tak kita naik apa pergi sana nanti?” Fatin bertanya kepada Anis yang duduk dihadapannya. Ketika ini mereka sedang menghirup udara segar di taman botani yang terdapat di belakang rumah tersebut. Maya turut sama menyertai mereka di situ.

“ Semalam aku tanya Kak Farah, dia cakap Ummi bagi tahu dia, kita akan naik van. Ummi sewa van kut. Kita naik 2 van nanti.” Anis menjawab pertanyaan Fatin.

Fatin dan Maya hanya mengangguk. Maya mengerling jam tangannya, sudah pukul 7.30 pagi. Naik 2 van? Cukup la untuk penghuni rumah ni. Bukan ramai sangat. Pelatih dalam 10 orang, pegawai 5 orang. Cukup..cukup.. Maya berfikir sambil mengangguk.

“ Kau ni kenapa duk terangguk-angguk?” Fatin menyatakan kemusykilannya.

“ Tak ada apa lah.. aku tengah fikir muat ke tak van tu nanti. Eh, siapa yang drive nanti?” Maya pula bertanya kepada Anis.

Anis hanya mengangkat bahunya, tanda dia pun tak tahu. “ala.. ada la yang bawak nanti. Mesti Ummi dah plan semua. Tak pun Ummi ngn ibu Sarah yang drive. Hehe..” Anis berlawak. Fatin dan Maya turut ketawa. Membayangkan Ummi Khadijah dan Ibu Sarah memandu van.

“ Tak logik betul la kau ni. Mana la Ummi dengan Ibu larat nak pandu van? Ingat senang ke nak pandu van tu?” Maya bertanya.

Fatin dan Anis memandang Maya dengan pandangan hairan.

“kenapa?” Maya bertanya apabila menyedari pandangan rakan-rakannya itu.

“ Macam mana kau tahu susah nak pandu van? Kau pernah ke pandu van?” Anis bertanya. Fatin mengangguk setuju dengan pertanyaan Anis itu.

Maya menayangkan giginya. “ hehe.. tak pernah pun. Aku main cakap je..haha..”

Mereka bertiga ketawa serentak. Fatin dan Anis menggelengkan kepala. Mati-mati mereka ingat Maya pernah pandu van tadi. Huhu..

“Eh, korang. Aku nak pergi tandas kejap ni. Kalau ummi dengan ibu sampai, minta tunggu sekejap ok? Aku nak memerut la. Tiba-tiba sakit perut pula pagi-pagi ni. Ni mesti sebab pagi-pagi makan pedas. Aku memang tak tahan makan pedas-pedas sangat.” Maya mengomel sebelum cepat-cepat melangkah ke tandas. Memang bihun yang mereka makan pagi tadi agak pedas daripada biasa.

“ Maya, Ummi dengan Ibu dah sampai. Kitorang tunggu kau dalam van ok? Kunci ada kat pintu tu. Nnati kau jangan lupa kunci pintu.” Fatin bersuara dari luar tandas.

“ Ok..ok.. aku dah siap ni” Maya menjawab. Jam di tangan dikerling. 7.55 pagi. Setelah selesai, Maya segera keluar dari tandas dan menuju ke ruang hadapan, tempat mereka mengumpul beg pakaian tadi. Semua dah clear. Maya kelam kabut mencari sandalnya untuk dipakai.

“Eh? Mana pulak sandal aku ni?” Maya bersuara di hadapan pintu tanpa menyedari seseorang sedang berdiri di belakangnya. Kedudukan Maya di tengah pintu itu menghalang laluan orang tersebut yang hendak masuk ke rumah.

“ek ehem..” hamba Allah itu berdehem. Maya pantas berpaling apabila dia menyangkakan Fatin yang berdehem tadi.

“haa.. Fa.. tin..” Maya terdiam. Ternyata dia tersalah orang. ‘Eh? Siapa pula ni? Sejak bila Ar-Rayyan ada pelatih lelaki?? Setahu aku Ar-Rayyan ni tempat khas untuk perempuan. Ummi ubah polisi dah ke?’ Maya bermonolog sendiri.

“ehem.. tumpang lalu. Saya nak masuk dalam ni. Nak pergi tandas. If you don’t mind, can you move aside?” lelaki itu berkata.

“ Eh? Awak ni siapa? Suka hati je nak masuk sini? Sini tempat untuk perempuan sahaja, awak tau?” Maya bersuara tanpa sempat berfikir. ‘Hisyy.. seram aku. Dah la aku sorang-sorang ni. Mana pulak yang lain-lain ni pergi? Tak nampak pun van? Kata dah sampai..’ baru Maya teringat yang dia seorang diri tadi. Dahinya mula mengeluarkan peluh. Tiba-tiba seram sejuk badannya.

“ Awak ni banyak tanya la. Saya nak cepat ni. Kang saya terkucil kat sini, awak nak bersihkan ke?” lelaki tadi menjawab tergesa-gesa. Dia menolak Maya ke tepi. Mujur beralas.

“weh..” Maya tidak jadi bersuara apabila mendengar namanya dipanggil dari belakang.

“ Kau buat apa yang lama sangat ni Maya? Dah pukul 8.10 dah ni.” Fatin bersuara. Baru Maya teringat mereka semua sedang menunggunya dan baru dia teringat akan sandalnya yang belum dijumpai.

“Aku tengah cari sandal aku. Eh, Fatin. Siapa lelaki tadi?” Maya bertanya kepada Fatin. Dia pasti Fatin turut melihat lelaki tadi. Tapi kenapa Fatin cool je? Tak gelabah pun?

“ Ohh.. tu abang Luqman. Anak Ummi.. Dia yang drive nanti. Dengan adik dia, Aiman. Aiman drive van lagi satu. Kita naik van yang abang Luqman drive. Eh, cepatla Maya. Apa lagi duk tercegat kat sini?” Fatin menggesa Maya yang terangguk-angguk mendengar penjelasannya tadi.

“ Jap..jap.. aku tengah cari sandal aku ni.” Maya menjawab sambil matanya ligat mencari sandalnya yang hilang lagi sebelah. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu. ‘ceittt.. patut la aku tak jumpa. Mamat tu selamba badak je tindih sandal aku. Sabar je la…’ Maya berkata dalam hati apabila matanya mengesan sandalnya yang berada di bawah selipar Luqman. Setelah selesai memakai sandal, Maya dan Fatin sama-sama bergerak ke arah van yang sedang menunggu di luar pagar. Kunci di pintu dibiarkan, Luqman akan mengunci pintu itu nanti.  ‘Patut la tak nampak van ni tadi.’ Maya berkata dalam hati.

Beberapa minit selepas Maya dan Fatin masuk ke dalam van, Luqman muncul dan terus mengambil tempat pemandu. “ Lama betul Luq pergi tandas. Kamu pergi buang air ke pergi repair tandas tu?” Ummi Khadijah yang duduk di sebelah pemandu bersuara sambil tersenyum. Mereka yang berada di dalam van itu turut tersenyum mendengar kata-kata Ummi Khadijah.

“ Tak la Ummi. Tadi ada guard jaga pintu masuk tu. Tu yang lambat sikit.” Luqman berkata selamba apabila menyedari Maya turut berada di dalam van itu. Maya hanya buat muka selamba. Buat-buat tak dengar apa yang dikatakan oleh Luqman tadi. Fatin di sebelahnya menahan ketawa.

“hah?? Bila masa pulak Ummi upah guard jaga pintu kat Ar-Rayyan tu?” ummi Khadijah bertanya, musykil.

“ Hehe.. tak da apa la ummi. Abaikan je apa yang Luq cakap tadi. “ Luqman tersengih sambil memasukkan gear van tersebut.

Van bergerak dan masing-masing mula leka dengan kerja sendiri. Ada yang terlelap, ada yang berbual kosong sesama sendiri. Luqman dan Ummi Khadijah turut rancak berbual di hadapan. Van yang dipandu oleh Aiman mengekori dari belakang mereka.

Monday, June 6, 2011

jangan tinggal maya 4

No comments:




*mintak ampun awal2 kalau x best. sbb ngantuk masa menaip, ayat pun jd pelik2 ikut suke ati.hehe :D [thanx in advance kpd yg mmbaca n yg tgglkan jejak]




“Fatin…” Maya bersuara ragu-ragu. Pandangannya berpusat ke wajah Fatin yang sedang duduk di hadapannya. Fatin kelihatan begitu khusyuk merenung kolam ikan yang berada di hadapan mereka. 


Kini sudah hampir 3 bulan Maya menjadi penghuni di ar-Rayyan, hubungannya dengan penghuni yang lain sudah semakin baik walaupun masih belum sampai tahap boleh bergelak-ketawa-riang-ria dan berkongsi segala apa yang ada di benaknya selama ini. Dia bukan seorang yang mudah untuk meluahkan apa yang dirasa, melainkan kepada mereka yang dia percaya. Dan di sini belum ada yang dia percayai sepenuhnya untuk dijadikan tempat meluahkan apa yang tersimpan.

“Fatin..” Maya bersuara sekali lagi apabila panggilannya tadi tidak mendapat respon daripada temannya itu. Fatin tersedar, lalu mengalihkan pandangannya dari  kolam  ikan yang entah kenapa sangat menarik perhatiannya hari ini kepada Maya. Jelas riak wajahnya terpinga-pinga. ‘Sah la duk termenung budak ni tadi’ desis hati Maya apabila melihat reaksi Fatin tadi.

“Kau panggil aku ke?” Fatin bertanya apabila Maya hanya mendiamkan diri.

“Tak la. Aku panggil ikan patin kat dalam kolam tu la. Bukan panggil kau.” Maya menjawab dengan selamba.

“Nampak sangat menipunya tu. Bila masa ummi bela ikan patin dalam ni? Ni semua ikan koi je. Kau ni betul la tak mesra ikan. Nama ikan pun tak tahu.” Fatin pula membalas sambil tersengih menayang giginya yang cantik tersusun.

“cehhh.. aku nak kenakan kau, kau kenakan aku balik ey?” Maya buat muka tak puas hati.

“haha.. tak payah la nak berangan kenakan aku. Ada apa tadi panggil aku? Sorry, aku tak perasan. Tiba-tiba rasa nak layan perasaan lak tadi. Hehe..” Fatin berkata bagi menutup rasa malunya. Kantoi terang-terangan tengah layan jiwang, mau aku tak malu?

“Ermm.. tak de apa sangat pun. Aku just nak Tanya kau, if you don’t mind. No offense, aku Tanya je. Kalau kau tak nak jawab pun takpe. It may be personal things to you.” Maya berkata teragak-agak.

“Shoot.” Fatin menjawab serius. Dah budak Maya ni pun serius semacam, tak kan aku nak gelak-gelak pulak, kan?

“Hmm.. aku just nak tanya. Dah berapa lama kau duduk sini? Sebab aku tengok kau rapat je dengan ummi Khadijah dan yang lain-lain tu.” Maya meluahkan kemusykilannya.

“ohhh.. tu je ke nak tanya? Soalan senang ni. Haha.. ada la lebih kurang 6 bulan jugak. Kenapa?” Fatin tanya Maya balik.

Enam bulan? Means Fatin akan ada kat sini dalam setahun lagi. Sebab pelatih-pelatih akan duduk dekat sini setahun setengah je. Tu polisi ar-Rayyan. Tapi kalau ada yang nak keluar lebih awal pun boleh, tapi bergantung pada keadaan tertentu.

“Tanya je.. ermm.. kalau kau tak kisah, boleh aku tahu kenapa kau masuk sini?” Maya terus bertanya tanpa sempat berfikir. Setahunya, rumah perlindungan ni merupakan tempat untuk remaja-remaja perempuan yang bermasalah. Tapi si Fatin ni nampak baik, macam tak bermasalah pun. ‘don’t judge a book by its cover, Maya’ Maya mengingatkan dirinya.

“Errr..” Fatin terkedu. Wajahnya yang ceria tadi berubah mendung. Tak menyangka soalan itu akan keluar daripada mulut Maya.

Maya yang perasan perubahan pada riak wajah Fatin segera bersuara “ sorry, aku tak bermaksud. Macam aku kata tadi, takpe kalau kau tak nak jawab.”

“eh, takpe-takpe. Aku terkejut sikit je tadi. Unexpected question. Hehe..hurmmm… aku masuk sini, sebab aku rasa tak selamat  tinggal kat rumah keluarga aku. Mesti kau pelik kan? Mana ada orang rasa tak selamat tinggal dengan keluarga sendiri. Tapi tu la kenyataannya.” Fatin berkata tenang.

“Kenapa rasa tak selamat?” automatic Maya bertanya. Dia pelik dengan kenyataan Fatin tadi.

“Family aku sederhana je Maya. Untuk pastikan keluarga kami tak kebulur, mak aku kerja juga untuk bantu ayah aku. Mak aku kerja kat kilang, ikut shift. Kadang-kadang kerja siang, kadang-kadang malam. Satu hari tu, mak aku terpaksa balik lewat sikit sebab ganti kawan dia yang pergi hospital sebab anak kawan dia sakit. Masa yang sama, adik –beradik aku takde kat rumah jugak. Adik aku camping, abang aku keluar dengan kawan-kawan dia. Aku tinggal berdua dengan ayah aku. Aku masuk tidur awal hari tu sebab dah tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba.." Ayat Fatin tergantung di situ.Fatin mengurut lehernya perlahan. 


"Tiba-tiba masa aku tengah tidur tu aku rase sesuatu macam hempap aku. Aku terjaga. Aku.. errr.. aku terkejut sebab rupanya yang hempap aku tu ayah aku. Dia nak rogol aku, Maya. Aku lawan balik. Aku pukul dia. Aku buat macam-macam just untuk pastikan maruah aku selamat. Aku tak tahu kenapa dengan ayah aku malam tu. Dia macam kena rasuk. Alhamdulillah, mak aku balik tepat pada masanya. Kalau tak aku tak tahu apa jadi dekat aku. Aku terselamat dari jadi mangsa nafsu ayah sendiri.” Terang Fatin panjang lebar. Mutiara jernih yang mengalir di pipi dikesat dengan tapak tangannya.

Maya terkesima. Sungguh, dia tak sangka itu yang berlaku. Di dunia akhir zaman ni, maksiat terlalu berleluasa. Haruan makan anak. Ya, itu yang boleh diumpamakan dengan perbuatan ayah Fatin tu. Allah.. mana perginya kasih sayang dan kewarasan seorang ayah? Mana perginya bapa yang sepatutnya menjadi pelindung anak?

“Maaf.. aku.. aku tak patut tanya soalan tu tadi. Maaf sangat-sangat.” Maya berkata serba-salah.

“takpe.. benda dah lepas. Aku pun dah makin pulih sekarang. Dulu memang la trauma juga. Tapi lepas duduk sini, semangat aku dah semakin pulih.” Fatin menjawab perlahan.

“Habis, apa jadi dekat ayah kau? Kenapa kau masuk sini?” Maya bertanya lagi. Perasaan ingin tahunya memuncak.

“Mak aku taknak lapor pada polis. Mak tak mampu nak laporkan ayah aku kat polis. Siapa nak bagi belanja kami sekeluarga kalau ayah masuk penjara? Gaji mak aku kerja kilang bukannya banyak sangat. Tapi mak pun takut benda sama berlaku lagi. Mak aku tak sanggup. Jadi, untuk keselamatan aku, mak hantar aku kat sini. Sebab bagi mak, keselamatan aku lebih terjamin kalau tinggal kat sini. Mula-mula aku susah nak terima juga, tapi bila ingat apa yang berlaku, aku ikut je.” Fatin menyambung ceritanya.

Maya tekun mendengar. Dia hanya mendiamkan diri. Itu rupanya sebab sahabatnya ini ke sini. Sebelum ini dia memikirkan semua yang masuk ke sini mempunyai masalah sosial yang kronik. Untuk seketika, masing-masing mendiamkan diri. Lebih senang hanyut dalam fikiran sendiri.

“Maya..” Fatin memanggil. Maya menoleh. Kening diangkat, isyarat bertanya kenapa.

“Tak semua yang masuk sini sebab bermasalah dari segi sosial. Ada yang masuk sebab terpaksa, macam aku ni. Kau tengok Alin tu.. Nampak dia senyum, semua. Tapi kisah dia lagi tragik. Dia mangsa rogol dulu. Ummi Khadijah jumpa dia kat tengah jalan, berjalan sorang-sorang tak tentu arah. Ummi hampir nak terlanggar dia masa tu, tapi nasib baik sempat break kereta. Ummi cakap masa ummi pergi kat Alin at that time, Alin jerit-jerit cakap nak mati, macam orang kena hysteria. Ummi bawa dia masuk kereta dan bawa dia ke sini." Fating berjeda. Mengingati saat di mana Ummi Khadijah membawa Alin pulang ke Ar-Rayyan.


"Kau tak tengok keadaan dia masa tu. Aku rasa bersyukur sangat aku terselamat. Ada lagi yang lagi teruk nasib daripada aku, baru aku sedar. Tapi lepas diberi kaunseling kat sini, baru dia ok sikit. Dulu dia selalu meracau, meraung-raung. Kesian aku tengok dia masa tu. Memang jahanam lelaki-lelaki yang melampiaskan nafsu diorang dekat insan-insan yang lemah ni. Sedangkan diorang sepatutnya melindungi kita kaum hawa.” Fatin bersuara penuh emosi. Maya hanya mendiamkan diri, otaknya ligat berputar.

Walaupun ada yang berada di sini disebabkan oleh masalah sosial seperti terlanjur, lari daripada rumah, seks bebas dan sebagainya, juga diakui remaja di luar sana semakin leka dengan keseronokan duniawi dan menolak Allah ke tepi, tetapi tidak semua menjadi begitu atas kerelaan mereka sendiri. Ada yang menjadi begitu ekoran daripada ibu bapa yang mengabaikan mereka. Ada yang terpaksa apabila diri dijual kepada bapa ayam oleh keluarga sendiri dan tak kurang juga yang terpaksa demi mencari sesuap rezeki.Tetapi apa yang dapat dilihat, masyarakat menganggap semua yang berada di dalam rumah perlindungan itu dimasukkan atas kesalahan mereka sendiri yang tidak pandai menjaga diri. Lantas menghukum tanpa usul periksa dan memandang hina wanita yang tinggal di rumah perlindungan ini tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya.

“Maya..” Fatin menyentuh lembut tangan Maya yang terus hanyut dalam dunianya sendiri.

Maya tersedar. “Kenapa?” tanyanya.

“Ummi Khadijah panggil semua pelatih berkumpul. Ada benda nak diberitahu katanya tadi. Jom la.” Fatin menjelaskan kepada Maya.

“ohh..ok..ok..jom masuk.” Balas Maya.

Mereka berdua melangkah bersama ke dalam rumah perlindungan itu. Dalam hati tertanya-tanya apakah yang hendak diberitahu oleh Ummi Khadijah kepada mereka.

Wednesday, June 1, 2011

jangan tinggal maya 3

6 comments:




*pesanan pihak penaja : sori kalau x best. hit some comments. so that i can repair mane2 yg patut. kalau rase mls nk comment, shout dkt shoutbox tu je pun ok je.ahaks!! btw, entry kali ni biase2 je la. x mampu nk pk yg thrill2 sgt. hehe.. enjoy reading :D


Setelah yakin mereka telah jauh daripada rumah dan ayah mereka, Mirza menghentikan lariannya. Warung Pak Mat kelihatan tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia membawa Maya ke warung Pak Mat, yang pada ketika itu agak lengang. Mungkin disebabkan ketika ini waktu tengahari, penduduk kampong lebih gemar menikmati makanan tengahari di rumah masing-masing bersama keluarga.

“hah, Mirza. Kamu ni kenapa? Tercungap-cungap tak cukup nafas je pakcik tengok? Siap bawak adik kamu sekali ni, nak ke mana?” Pak Mat terlebih dahulu menyoal tanpa sempat Mirza membuka mulutnya untuk berkata-kata.

“Pak Mat.. tolong kami, Pak Mat..” Mirza berkata cemas. Sesekali matanya meliar ke sekeliling, memastikan kehadiran ayahnya.

“Eh, kamu ni.. cuba cakap betul-betul. Apa yang cemas sangat ni?” Pak Mat bertanya lagi.

“Ayah.. Ayah naik hantu. Ayah mengamuk sakan kat rumah tu. Mak dengan along..errr…errmmm… ayah bunuh mak dengan along tadi.” Mirza menjawab pertanyaan Pak Mat sambil mengesat air mata yang mengalir tanpa disedari.

“Astaghfirullahalazim.. macam mana boleh jadi macam tu??!!” Pak Mat bertanya dengan rasa terkejut. Dua orang pekerja di warung Pak Mat turut terkejut mendengarkan kata-kata Mirza tadi. Masing- masing melemparkan pandangan simpati kepada kedua beradik itu.

“Angah tak tahu.. Balik dari sekolah tadi tengok mak dah terbaring, berdarah-darah, tak sedarkan diri. Adik menangis-nangis kat sebelah mak. Ayah pulak tengah pegang pisau masa tu, nak bunuh adik. Tapi tak sempat sebab along sempat halang. Pastu ayah terus nak bunuh kami semua. Tapi along sempat halang ayah, along suruh kami lari. Tapi tadi angah nampak ayah tikam along tadi. Pak Mat.. tolong kami.. Ayah dah gila.. Angah tak tahu nak buat apa.” Mirza berkata sayu. Dalam keadaan begini, dia tidak mampu berfikir harus melakukan apa.

Terlalu sedih memikirkan tindakan kejam ayahnya, sedih memikirkan ibu dan alongnya.. lebih bertambah sedih memikirkan masa depan dia dan maya. Dia masih terlalu muda untuk memikirkan masalah sebesar ini. Dia baru tiga belas tahun. Beban ini terlalu berat untuk dia tanggung bersama. Tapi bila difikirkan, lebih berat lagi beban yang ditanggung Maya. Dia terlalu kecil, baru enam tahun. ‘Ya, Allah.. Bantulah kami..’ Mirza berdoa di dalam hati.

Pak Mat terkedu mendengar cerita Mirza. Masih belum hilang rasa terkejutnya. Terlalu kejam tindakan Ismail, bapa kepada Mirza dan Maya. Minda Pak Mat berputar ligat mencari jalan penyelesaian.

“ Angah, kita lapor pada polis. Sekejap, Pak Mat telefon polis. Man, kau jaga budak-budak ni.” Pak Mat sempat berpesan kepada pekerjanya, Azman sebelum berlalu ke tempat telefon di bahagian dalam warung.

Mirza hanya mengangguk untuk membalas kata-kata Pak Mat. Dia hanya mendiamkan diri sementara menunggu Pak Mat. Maya masih kekal di dalam pelukannya. Dia memandang adiknya yang hanya berdiam diri dari tadi. Muka adiknya pucat lesi. Bibirnya bergetar. Pasti Maya trauma dengan apa yang telah berlaku.

“Pak Mat dah telefon. Kejap lagi polis datang.” Ujar Pak Mat usai melakukan panggilan.

Tidak sampai 15 minit kemudian, pihak polis tiba di warung Pak Mat, diikuti sebuah van ambulans. Adik-beradik itu dibawa masuk ke dalam kereta polis untuk dibawa ke rumah mereka bagi memastikan mereka dilindungi daripada sebarang bahaya.

Tiba di hadapan rumah kayu itu, kereta polis diberhentikan. Mirza dan Maya kembali menggigil. Seorang anggota polis menenangkan mereka. Beberapa anggota polis bergegas masuk ke dalam rumah tersebut. Ismail dilihat sedang memencilkan diri di suatu sudut rumahnya sambil memeluk lutut. Mulutnya menyebut “aku tak sengaja..aku tak bersalah..” berulang-ulang kali. Apabila dibawa masuk ke dalam kereta polis pun, Ismail hanya menurut tanpa membantah. Dia seperti tidak sedar  dan berada di dalam dunianya sendiri. Mirza dan Maya hanya melihat ayah mereka dibawa pergi oleh pihak polis. Mereka tidak berani untuk mendekati ayah mereka setelah apa yang terjadi.

Setelah kereta polis yang membawa Ismail sudah jauh meninggalkan perkarangan rumah itu, Mirza dan Maya segera berlari mendapatkan tubuh kaku ibu dan along mereka. Mereka meraung sekuat hati. Petugas hospital membiarkan keadaan tersebut untuk beberapa ketika sebelum bertindak membawa tubuh-tubuh kaku itu ke dalam van ambulans untuk diuruskan jenazahnya. Pak Mat dan isterinya, Mak Jah mendapatkan Mirza dan Maya yang meronta-ronta apabila ibu dan abang mereka dibawa pergi. Di luar rumah, penduduk kampung mula memenuhi perkarangan rumah itu. Masing-masing hanya mampu melihat dengan penuh rasa simpati terhadap dua beradik yang baru ditimpa nasib malang itu.

*************

Orang ramai beransur-ansur meninggalkan tanah perkuburan itu. Masing-masing tidak sanggup melihat dua beradik yang sedang berpelukan dan saling meratapi di sisi kubur yang masih merah tanahnya itu. Terlalu pilu, terlalu menusuk kalbu. Sungguh berat dugaan yang diberikan buat mereka berdua. Seberat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikulnya.

Pak Mat mendekati kedua beradik itu. Bahu Mirza disentuh lembut. Mirza menoleh, memandang kea rah pemilik tangan yang menyentuh bahunya itu.

“ Jom, balik. Nanti esok-esok kita datang sini lagi.” Pak Mat bersuara perlahan. Hatinya turut berasa pilu mengenangkan nasib kanak-kanak yang masih kecil ini.

“ Kami nak balik ke mana Pak Mat? Saya tak sanggup nak balik rumah tu lagi. Saya takut.” Mirza menjawab. Hampir tidak kedengaran suaranya.

“ Kamu tak perlu balik ke sana. Biar orang-orang kampung tolong bersihkan rumah kamu tu dulu. Buat masa ni, kamu tinggal dengan Pak Mat, dengan Mak Jah. Mulai hari ni, kamu dengan Maya jadi anak pakcik dengan makcik.” Kata Pak Mat bagi menjawab pertanyan Mirza sebentar tadi. Pak mat dan Mak Jah tidak mempunyai anak, jadi mereka sangat berbesar hati untuk menjaga Mirza dan Maya. Maya yang dari tadi hanya diam di sebelah Mirza, cuma melihat mereka dengan pandangan tidak mengerti apa-apa. Bagi Maya, dia hanya mahu berada di sisi angahnya sahaja. Biarlah ke mana pun mereka akan pergi, yang penting angah ada bersamanya.

Mirza memandang ke arah Pak Mat. Dia tersenyum. Pak Mat turut membalas senyuman tersebut sambil mengangguk. Mirza bangun, diikuti oleh Maya. Mereka berpimpin tangan mengikut Pak Mat ke keretanya untuk pulang ke rumah.

************************************************************************

Kejadian ngeri yang berlaku ketika dia masih hijau untuk mengenal dunia ini, perlahan-lahan berlalu pergi apabila rintik hujan mula mengenai dirinya yang sedang bersendiri di bangku yang terdapat di taman mini Ar-Rayyan. Maya mengesat air jernih yang mengalir di pipinya tanpa disedari. Sungguh, dia rindu ibunya, dia rindu alongnya. Lebih rindu kepada angahnya yang telah menjadi pelindungnya sejak kejadian ngeri itu berlaku. 'Angah.. Maya rindu.. Mana angah hilang? Angah tak rindu Maya ke?' hatinya berdesis hiba. Langkah kaki diatur untuk masuk ke bilik. Dia ingin berehat. Dia ingin melupakan semua kenangan hitam itu.

click-click