Friday, June 10, 2011

jangan tinggal maya 5







*ole2 dr kuala lumpur. haha.. ni la hasil bila dh jumpe ank buah sume kan. hati tgh gumbira. n aku rase yg 5 ni mcm lbih pnjg dr biasa. hoho.. as usual, enjoy reading n comments r loved :) [thanx in adnvance]
may Allah grant all of us happiness here and hereafter, insyaAllah. 



Semua penghuni ar-Rayyan sudah berkumpul di ruang solat rumah itu. Ruang solat tersebut turut menjadi tempat untuk para penghuni berkumpul sekiranya ada perkara yang perlu dibincangkan. Di situ juga menjadi tempat untuk kelas tilawah yang dilakukan pada setiap petang. Tidak ketinggalan, pengurus ar-Rayyan, Ummi Khadijah bersama kaunselor di ar-Rayyan, ibu Maisarah juga berada bersama mereka. Masing-masing tertanya-tanya apa tujuan mereka berkumpul kali ini. Kelihatan seperti ada sesuatu yang penting kerana ibu Maisarah biasanya datang untuk mengadakan sesi kaunseling dengan para penghuni setiap hari  Selasa dan Khamis sahaja, sedangkan hari ini hari Jumaat.

“Ehem..” deheman Ummi Khadijah mematikan segala persoalan yang berlegar di fikiran semua yang berada di situ. Masing-masing member tumpuan kepada apa yang akan disampaikan oleh Ummi Khadijah. Ibu Maisarah di sebelah Ummi Khadijah hanya tersenyum melihat remaja-remaja itu yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

“Assalamualaikum semua. Ummi harap semua sihat-sihat saja ye? Mesti anak-anak semua pelik kenapa Ummi tiba-tiba suruh berkumpul kan?” Ummi Khadijah bersuara tanpa melengahkan masa. Dia melihat mereka yang berada di situ hanya menganggukkan kepala masing-masing.

“ Ok. Ummi dan ibu Sarah dah berbincang, dan kami bercadang untuk bawa anak-anak semua pergi bercuti. Kita akan bercuti di Teluk Gorek selama 2 hari 1 malam bermula esok. Esok pagi, selepas subuh dalam pukul 8 macam tu, kita akan bertolak ke sana. Boleh anak-anak?” ummi Khadijah tersenyum setelah habis berkata-kata.

Mereka yang berada di situ semuanya tersenyum lebar. Memang mereka sudah lama tidak keluar dari Ar-Rayyan ini kerana selama ini, segala aktiviti dilakukan di dalam Ar-Rayyan. Ini pertama kali Ummi Khadijah mengadakan aktiviti luar. Masing-masing sudah bersemangat dan tidak sabar untuk pergi bercuti.

“ Ehem..ehem.. jangan seronok sangat.. apa-apa pun, Ummi mahu kamu semua behave sepanjang aktiviti dijalankan. Di sana kita akan adakan beberapa aktiviti yang bersesuaian. Jadi Ummi harap, semua akan memberikan kerjasama kerana jika Ummi lihat semua dapat bekerjasama dengan baik, Ummi mungkin akan pertimbangkan untuk mengadakan aktiviti luar lagi pada masa akan datang. So, sekarang, semua boleh bersurai dan bersiap untuk solat Maghrib. Ummi dan ibu Sarah akan solat sekali dengan kamu, lepas tu baru kami pulang. Lepas solat kamu semua boleh mula packing untuk bercuti esok.” Ummi khadijah berucap panjang lebar.

Tanpa membuang masa, mereka semua bersurai setelah mengucapkan terima kasih. Senyuman lebar terukir di bibir mereka tanpa dapat ditahan. Berita yang disampaikan oleh Ummi Khadijah sangat menggembirakan hati mereka.



Usai subuh, mereka semua mula sibuk menyediakan barangan yang akan dibawa ke Teluk Gorek. Beg pakaian telah diletakkan di tepi pintu. Jam menunjukkan pukul 7.15 pagi. Masing-masing sudah selesai bersarapan sesudah solat Subuh tadi. Beberapa pelatih yang telah diberi tugas untuk menyediakan makanan sibuk menyediakan makanan di dapur sebagai bekal sepanjang perjalanan mereka nanti. Yang lain-lain pula berbual sesama mereka sementara menunggu ketibaan Ummi Khadijah dan Ibu Maisarah.

“ Anis, kau tahu tak kita naik apa pergi sana nanti?” Fatin bertanya kepada Anis yang duduk dihadapannya. Ketika ini mereka sedang menghirup udara segar di taman botani yang terdapat di belakang rumah tersebut. Maya turut sama menyertai mereka di situ.

“ Semalam aku tanya Kak Farah, dia cakap Ummi bagi tahu dia, kita akan naik van. Ummi sewa van kut. Kita naik 2 van nanti.” Anis menjawab pertanyaan Fatin.

Fatin dan Maya hanya mengangguk. Maya mengerling jam tangannya, sudah pukul 7.30 pagi. Naik 2 van? Cukup la untuk penghuni rumah ni. Bukan ramai sangat. Pelatih dalam 10 orang, pegawai 5 orang. Cukup..cukup.. Maya berfikir sambil mengangguk.

“ Kau ni kenapa duk terangguk-angguk?” Fatin menyatakan kemusykilannya.

“ Tak ada apa lah.. aku tengah fikir muat ke tak van tu nanti. Eh, siapa yang drive nanti?” Maya pula bertanya kepada Anis.

Anis hanya mengangkat bahunya, tanda dia pun tak tahu. “ala.. ada la yang bawak nanti. Mesti Ummi dah plan semua. Tak pun Ummi ngn ibu Sarah yang drive. Hehe..” Anis berlawak. Fatin dan Maya turut ketawa. Membayangkan Ummi Khadijah dan Ibu Sarah memandu van.

“ Tak logik betul la kau ni. Mana la Ummi dengan Ibu larat nak pandu van? Ingat senang ke nak pandu van tu?” Maya bertanya.

Fatin dan Anis memandang Maya dengan pandangan hairan.

“kenapa?” Maya bertanya apabila menyedari pandangan rakan-rakannya itu.

“ Macam mana kau tahu susah nak pandu van? Kau pernah ke pandu van?” Anis bertanya. Fatin mengangguk setuju dengan pertanyaan Anis itu.

Maya menayangkan giginya. “ hehe.. tak pernah pun. Aku main cakap je..haha..”

Mereka bertiga ketawa serentak. Fatin dan Anis menggelengkan kepala. Mati-mati mereka ingat Maya pernah pandu van tadi. Huhu..

“Eh, korang. Aku nak pergi tandas kejap ni. Kalau ummi dengan ibu sampai, minta tunggu sekejap ok? Aku nak memerut la. Tiba-tiba sakit perut pula pagi-pagi ni. Ni mesti sebab pagi-pagi makan pedas. Aku memang tak tahan makan pedas-pedas sangat.” Maya mengomel sebelum cepat-cepat melangkah ke tandas. Memang bihun yang mereka makan pagi tadi agak pedas daripada biasa.

“ Maya, Ummi dengan Ibu dah sampai. Kitorang tunggu kau dalam van ok? Kunci ada kat pintu tu. Nnati kau jangan lupa kunci pintu.” Fatin bersuara dari luar tandas.

“ Ok..ok.. aku dah siap ni” Maya menjawab. Jam di tangan dikerling. 7.55 pagi. Setelah selesai, Maya segera keluar dari tandas dan menuju ke ruang hadapan, tempat mereka mengumpul beg pakaian tadi. Semua dah clear. Maya kelam kabut mencari sandalnya untuk dipakai.

“Eh? Mana pulak sandal aku ni?” Maya bersuara di hadapan pintu tanpa menyedari seseorang sedang berdiri di belakangnya. Kedudukan Maya di tengah pintu itu menghalang laluan orang tersebut yang hendak masuk ke rumah.

“ek ehem..” hamba Allah itu berdehem. Maya pantas berpaling apabila dia menyangkakan Fatin yang berdehem tadi.

“haa.. Fa.. tin..” Maya terdiam. Ternyata dia tersalah orang. ‘Eh? Siapa pula ni? Sejak bila Ar-Rayyan ada pelatih lelaki?? Setahu aku Ar-Rayyan ni tempat khas untuk perempuan. Ummi ubah polisi dah ke?’ Maya bermonolog sendiri.

“ehem.. tumpang lalu. Saya nak masuk dalam ni. Nak pergi tandas. If you don’t mind, can you move aside?” lelaki itu berkata.

“ Eh? Awak ni siapa? Suka hati je nak masuk sini? Sini tempat untuk perempuan sahaja, awak tau?” Maya bersuara tanpa sempat berfikir. ‘Hisyy.. seram aku. Dah la aku sorang-sorang ni. Mana pulak yang lain-lain ni pergi? Tak nampak pun van? Kata dah sampai..’ baru Maya teringat yang dia seorang diri tadi. Dahinya mula mengeluarkan peluh. Tiba-tiba seram sejuk badannya.

“ Awak ni banyak tanya la. Saya nak cepat ni. Kang saya terkucil kat sini, awak nak bersihkan ke?” lelaki tadi menjawab tergesa-gesa. Dia menolak Maya ke tepi. Mujur beralas.

“weh..” Maya tidak jadi bersuara apabila mendengar namanya dipanggil dari belakang.

“ Kau buat apa yang lama sangat ni Maya? Dah pukul 8.10 dah ni.” Fatin bersuara. Baru Maya teringat mereka semua sedang menunggunya dan baru dia teringat akan sandalnya yang belum dijumpai.

“Aku tengah cari sandal aku. Eh, Fatin. Siapa lelaki tadi?” Maya bertanya kepada Fatin. Dia pasti Fatin turut melihat lelaki tadi. Tapi kenapa Fatin cool je? Tak gelabah pun?

“ Ohh.. tu abang Luqman. Anak Ummi.. Dia yang drive nanti. Dengan adik dia, Aiman. Aiman drive van lagi satu. Kita naik van yang abang Luqman drive. Eh, cepatla Maya. Apa lagi duk tercegat kat sini?” Fatin menggesa Maya yang terangguk-angguk mendengar penjelasannya tadi.

“ Jap..jap.. aku tengah cari sandal aku ni.” Maya menjawab sambil matanya ligat mencari sandalnya yang hilang lagi sebelah. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu. ‘ceittt.. patut la aku tak jumpa. Mamat tu selamba badak je tindih sandal aku. Sabar je la…’ Maya berkata dalam hati apabila matanya mengesan sandalnya yang berada di bawah selipar Luqman. Setelah selesai memakai sandal, Maya dan Fatin sama-sama bergerak ke arah van yang sedang menunggu di luar pagar. Kunci di pintu dibiarkan, Luqman akan mengunci pintu itu nanti.  ‘Patut la tak nampak van ni tadi.’ Maya berkata dalam hati.

Beberapa minit selepas Maya dan Fatin masuk ke dalam van, Luqman muncul dan terus mengambil tempat pemandu. “ Lama betul Luq pergi tandas. Kamu pergi buang air ke pergi repair tandas tu?” Ummi Khadijah yang duduk di sebelah pemandu bersuara sambil tersenyum. Mereka yang berada di dalam van itu turut tersenyum mendengar kata-kata Ummi Khadijah.

“ Tak la Ummi. Tadi ada guard jaga pintu masuk tu. Tu yang lambat sikit.” Luqman berkata selamba apabila menyedari Maya turut berada di dalam van itu. Maya hanya buat muka selamba. Buat-buat tak dengar apa yang dikatakan oleh Luqman tadi. Fatin di sebelahnya menahan ketawa.

“hah?? Bila masa pulak Ummi upah guard jaga pintu kat Ar-Rayyan tu?” ummi Khadijah bertanya, musykil.

“ Hehe.. tak da apa la ummi. Abaikan je apa yang Luq cakap tadi. “ Luqman tersengih sambil memasukkan gear van tersebut.

Van bergerak dan masing-masing mula leka dengan kerja sendiri. Ada yang terlelap, ada yang berbual kosong sesama sendiri. Luqman dan Ummi Khadijah turut rancak berbual di hadapan. Van yang dipandu oleh Aiman mengekori dari belakang mereka.

6 comments:

  1. huahaha kenapa tiba2 aku rasa luv is in the air ni bakal terjadi nnti ? btw i laik nama luqman :p

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    aku xtau ni..
    aku bkn penulis tahap gule overdose cm ko am.
    wakaka..
    u like? good then.
    haha..

    ReplyDelete
  3. hampeh cakap aku gula overdose. soooo not me =.='

    ReplyDelete
  4. i've wrote it already..
    muahaha..

    ReplyDelete
  5. Hero da muncul... hahaha suke!!! suke!!!

    ReplyDelete
  6. hahaha...
    tu dia.. tu dia..
    hero mai dah..
    lalala~~

    ReplyDelete

click-click