Wednesday, June 1, 2011

jangan tinggal maya 3





*pesanan pihak penaja : sori kalau x best. hit some comments. so that i can repair mane2 yg patut. kalau rase mls nk comment, shout dkt shoutbox tu je pun ok je.ahaks!! btw, entry kali ni biase2 je la. x mampu nk pk yg thrill2 sgt. hehe.. enjoy reading :D


Setelah yakin mereka telah jauh daripada rumah dan ayah mereka, Mirza menghentikan lariannya. Warung Pak Mat kelihatan tidak jauh dari tempat dia berdiri. Dia membawa Maya ke warung Pak Mat, yang pada ketika itu agak lengang. Mungkin disebabkan ketika ini waktu tengahari, penduduk kampong lebih gemar menikmati makanan tengahari di rumah masing-masing bersama keluarga.

“hah, Mirza. Kamu ni kenapa? Tercungap-cungap tak cukup nafas je pakcik tengok? Siap bawak adik kamu sekali ni, nak ke mana?” Pak Mat terlebih dahulu menyoal tanpa sempat Mirza membuka mulutnya untuk berkata-kata.

“Pak Mat.. tolong kami, Pak Mat..” Mirza berkata cemas. Sesekali matanya meliar ke sekeliling, memastikan kehadiran ayahnya.

“Eh, kamu ni.. cuba cakap betul-betul. Apa yang cemas sangat ni?” Pak Mat bertanya lagi.

“Ayah.. Ayah naik hantu. Ayah mengamuk sakan kat rumah tu. Mak dengan along..errr…errmmm… ayah bunuh mak dengan along tadi.” Mirza menjawab pertanyaan Pak Mat sambil mengesat air mata yang mengalir tanpa disedari.

“Astaghfirullahalazim.. macam mana boleh jadi macam tu??!!” Pak Mat bertanya dengan rasa terkejut. Dua orang pekerja di warung Pak Mat turut terkejut mendengarkan kata-kata Mirza tadi. Masing- masing melemparkan pandangan simpati kepada kedua beradik itu.

“Angah tak tahu.. Balik dari sekolah tadi tengok mak dah terbaring, berdarah-darah, tak sedarkan diri. Adik menangis-nangis kat sebelah mak. Ayah pulak tengah pegang pisau masa tu, nak bunuh adik. Tapi tak sempat sebab along sempat halang. Pastu ayah terus nak bunuh kami semua. Tapi along sempat halang ayah, along suruh kami lari. Tapi tadi angah nampak ayah tikam along tadi. Pak Mat.. tolong kami.. Ayah dah gila.. Angah tak tahu nak buat apa.” Mirza berkata sayu. Dalam keadaan begini, dia tidak mampu berfikir harus melakukan apa.

Terlalu sedih memikirkan tindakan kejam ayahnya, sedih memikirkan ibu dan alongnya.. lebih bertambah sedih memikirkan masa depan dia dan maya. Dia masih terlalu muda untuk memikirkan masalah sebesar ini. Dia baru tiga belas tahun. Beban ini terlalu berat untuk dia tanggung bersama. Tapi bila difikirkan, lebih berat lagi beban yang ditanggung Maya. Dia terlalu kecil, baru enam tahun. ‘Ya, Allah.. Bantulah kami..’ Mirza berdoa di dalam hati.

Pak Mat terkedu mendengar cerita Mirza. Masih belum hilang rasa terkejutnya. Terlalu kejam tindakan Ismail, bapa kepada Mirza dan Maya. Minda Pak Mat berputar ligat mencari jalan penyelesaian.

“ Angah, kita lapor pada polis. Sekejap, Pak Mat telefon polis. Man, kau jaga budak-budak ni.” Pak Mat sempat berpesan kepada pekerjanya, Azman sebelum berlalu ke tempat telefon di bahagian dalam warung.

Mirza hanya mengangguk untuk membalas kata-kata Pak Mat. Dia hanya mendiamkan diri sementara menunggu Pak Mat. Maya masih kekal di dalam pelukannya. Dia memandang adiknya yang hanya berdiam diri dari tadi. Muka adiknya pucat lesi. Bibirnya bergetar. Pasti Maya trauma dengan apa yang telah berlaku.

“Pak Mat dah telefon. Kejap lagi polis datang.” Ujar Pak Mat usai melakukan panggilan.

Tidak sampai 15 minit kemudian, pihak polis tiba di warung Pak Mat, diikuti sebuah van ambulans. Adik-beradik itu dibawa masuk ke dalam kereta polis untuk dibawa ke rumah mereka bagi memastikan mereka dilindungi daripada sebarang bahaya.

Tiba di hadapan rumah kayu itu, kereta polis diberhentikan. Mirza dan Maya kembali menggigil. Seorang anggota polis menenangkan mereka. Beberapa anggota polis bergegas masuk ke dalam rumah tersebut. Ismail dilihat sedang memencilkan diri di suatu sudut rumahnya sambil memeluk lutut. Mulutnya menyebut “aku tak sengaja..aku tak bersalah..” berulang-ulang kali. Apabila dibawa masuk ke dalam kereta polis pun, Ismail hanya menurut tanpa membantah. Dia seperti tidak sedar  dan berada di dalam dunianya sendiri. Mirza dan Maya hanya melihat ayah mereka dibawa pergi oleh pihak polis. Mereka tidak berani untuk mendekati ayah mereka setelah apa yang terjadi.

Setelah kereta polis yang membawa Ismail sudah jauh meninggalkan perkarangan rumah itu, Mirza dan Maya segera berlari mendapatkan tubuh kaku ibu dan along mereka. Mereka meraung sekuat hati. Petugas hospital membiarkan keadaan tersebut untuk beberapa ketika sebelum bertindak membawa tubuh-tubuh kaku itu ke dalam van ambulans untuk diuruskan jenazahnya. Pak Mat dan isterinya, Mak Jah mendapatkan Mirza dan Maya yang meronta-ronta apabila ibu dan abang mereka dibawa pergi. Di luar rumah, penduduk kampung mula memenuhi perkarangan rumah itu. Masing-masing hanya mampu melihat dengan penuh rasa simpati terhadap dua beradik yang baru ditimpa nasib malang itu.

*************

Orang ramai beransur-ansur meninggalkan tanah perkuburan itu. Masing-masing tidak sanggup melihat dua beradik yang sedang berpelukan dan saling meratapi di sisi kubur yang masih merah tanahnya itu. Terlalu pilu, terlalu menusuk kalbu. Sungguh berat dugaan yang diberikan buat mereka berdua. Seberat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikulnya.

Pak Mat mendekati kedua beradik itu. Bahu Mirza disentuh lembut. Mirza menoleh, memandang kea rah pemilik tangan yang menyentuh bahunya itu.

“ Jom, balik. Nanti esok-esok kita datang sini lagi.” Pak Mat bersuara perlahan. Hatinya turut berasa pilu mengenangkan nasib kanak-kanak yang masih kecil ini.

“ Kami nak balik ke mana Pak Mat? Saya tak sanggup nak balik rumah tu lagi. Saya takut.” Mirza menjawab. Hampir tidak kedengaran suaranya.

“ Kamu tak perlu balik ke sana. Biar orang-orang kampung tolong bersihkan rumah kamu tu dulu. Buat masa ni, kamu tinggal dengan Pak Mat, dengan Mak Jah. Mulai hari ni, kamu dengan Maya jadi anak pakcik dengan makcik.” Kata Pak Mat bagi menjawab pertanyan Mirza sebentar tadi. Pak mat dan Mak Jah tidak mempunyai anak, jadi mereka sangat berbesar hati untuk menjaga Mirza dan Maya. Maya yang dari tadi hanya diam di sebelah Mirza, cuma melihat mereka dengan pandangan tidak mengerti apa-apa. Bagi Maya, dia hanya mahu berada di sisi angahnya sahaja. Biarlah ke mana pun mereka akan pergi, yang penting angah ada bersamanya.

Mirza memandang ke arah Pak Mat. Dia tersenyum. Pak Mat turut membalas senyuman tersebut sambil mengangguk. Mirza bangun, diikuti oleh Maya. Mereka berpimpin tangan mengikut Pak Mat ke keretanya untuk pulang ke rumah.

************************************************************************

Kejadian ngeri yang berlaku ketika dia masih hijau untuk mengenal dunia ini, perlahan-lahan berlalu pergi apabila rintik hujan mula mengenai dirinya yang sedang bersendiri di bangku yang terdapat di taman mini Ar-Rayyan. Maya mengesat air jernih yang mengalir di pipinya tanpa disedari. Sungguh, dia rindu ibunya, dia rindu alongnya. Lebih rindu kepada angahnya yang telah menjadi pelindungnya sejak kejadian ngeri itu berlaku. 'Angah.. Maya rindu.. Mana angah hilang? Angah tak rindu Maya ke?' hatinya berdesis hiba. Langkah kaki diatur untuk masuk ke bilik. Dia ingin berehat. Dia ingin melupakan semua kenangan hitam itu.

6 comments:

  1. pehh dasatnye bapak die. takut aku :-s

    ReplyDelete
  2. am : dasat kan2??
    aku pun cm rase kejam gile la plak..
    ahahahaha..
    xleh bla ni.

    ReplyDelete
  3. ecah : hahaha..
    tu la..
    dh wat yg kejam2, kne la ade unsur perikemanusiaan pulak.
    ngehehe..

    ReplyDelete

click-click