Friday, June 17, 2011

Jangan Tinggal Maya 6



* sorry kalau tak best. idea dah lama tak datang. huhu.. :D
mcm biasa, enjoy reading n may Allah grant all of us happiness here and hereAfter.
thanx in advance :)


Setelah hampir dua jam perjalanan, akhirnya mereka tiba juga ke destinasi yang dituju. Dua buah van yang dipenuhi dengan para penghuni Ar – Rayyan diparkir berhampiran dengan tempat penginapan yang terdapat di situ iaitu di Teluk Gorek Chalet and Campsite (TGCCS).

Mereka akan menginap di dalam dorm yang boleh memuatkan seramai lebih kurang 25 orang penghuni. Namun bagi Luqman dan Aiman, mereka akan berkhemah di tapak perhkemahan yang terdapat di situ memandangkan hanya mereka berdua sahaja kaum Adam yang turut serta dalam percutian ini.

Setelah selesai segala urusan dengan pemilik TGCCS, mereka dibenarkan untuk berehat memandangkan masing-masing kelihatan tidak bermaya dan akan berkumpul semula untuk makan tengahari memandangkan mereka sudah berhenti untuk bersarapan semasa dalam perjalanan.

Kesemua mereka berasa teruja apabila melihat pemandangan yang menjamu pandangan mata mereka semasa dalam perjalanan ke dorm. SubhanAllah.. maha suci Allah.. cantiknyaaa!! Mungkin itu yang terlintas di benak masing-masing kalau dilihat dari riak wajah mereka. Semua sudah tidak sabar untuk bermandi manda, tetapi memandangkan semua pun keletihan, mereka mengambil keputusan untuk tidur dan merehatkan diri terlebih dahulu. Tak lari gunung dikejar, lepas rehat boleh tengok pemandangan tu puas-puas.


Kini mereka sedang menjamu selera setelah berehat dan selesai menunaikan fardhu Zohor. Masing-masing menikmati juadah yang terhidang dengan penuh berselera. Selesai menjamu selera, Ummi Khadijah memberi sedikit taklimat berkenaan apa yang akan mereka lakukan sepanjang mereka bercuti ini.

“ Memandangkan semua nampak sangat teruja ni, petang nanti kita akan adakan aktiviti di tepi pantai. Anak-anak akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan, kita akan adakan pertandingan membina istana pasir. Ok? Since kita ke sini bertujuan untuk bercuti dan untuk merehatkan minda, jadi Ummi plan kita buat aktiviti yang boleh buat kita rasa happy dan tak stress. Setuju?” kata Ummi Khadijah.

“ setuju…!!!” semua yang mendengar menjawab dengan penuh bersemangat. Masing-masing sudah tidak sabar lagi.

“ ok, sekarang kita buat aktiviti bebas. Kamu boleh lah jalan – jalan kat tepi pantai ke, nak rehat di bilik saja pun boleh juga. Tapi pastikan tepat pukul 5 semua dah siap solat Asar dan berkumpul depan dorm. Kita akan bahagi kumpulan dulu sebelum kamu semua beredar. Kamu akan dipecahkan kepada 3 kumpulan, setiap kumpulan diketuai oleh seorang warden. Boleh?” Ummi Khadijah bersuara lagi.

“ boleh, Insya Allah..” jawab mereka yang berada di situ. Luqman dan Aiman hanya memerhati sahaja. Walaupun Ummi mereka sudah memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukan aktiviti mereka sendiri, mereka tetap setia mengikut kumpulan pelatih – pelatih tersebut.

Selesai membahagi kumpulan, mereka berpecah mengikut haluan masing – masing. Ada yang terus menuju ke pantai untuk bermandi – manda, ada yang hanya duduk di bawah pokok yang terdapat di tepi pantai itu.

Maya mengambil keputusan untuk berjalan menyusuri teluk itu sambil menikmati pemandangan sahaja. Dengan angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa, sangat menenangkan jiwa dan fikiran. Fatin pula sudah selamat bermandi – manda  bersama beberapa rakan mereka yang lain.

Luqman hanya memerhati tingkah laku Maya dari jauh. Dia dan Aiman kini berada di bawah pokok kelapa bersama gitar kapok di tangan. Sambil memetik gitar entah memainkan lagu apa, mata Luqman sesekali dihalakan ke arah Maya. Tanpa disedari dia tersenyum sendiri mengingatkan kejadian di pintu masuk Ar-Rayyan pagi tadi. ‘She is cute’ desis hati Luqman. Automatik tangannya memetik gitar, memainkan lagu Jatuh Cinta Lagi (Matta band).

Aiman hanya mengikut rentak nyanyian abangnya itu tanpa menyedari mata Luqman sedang asyik memerhatikan Maya yang berada tidak jauh daripada mereka. Selesai lagu tersebut dimainkan, Luqman memainkan lagu Penghujung Cintaku (Pasha Ungu feat. Adelia) pula. 

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri..

Aiman yang pada mulanya hanya mengikut, mula berasa pelik apabila abangnya terus-terusan menyanyikan lagu berunsur cinta.



‘Abang aku ni dah buang tabiat ke apa tiba-tiba jadi jiwang semacam ni?’ terdetik di hati Aiman. Seraya itu, dia mengalihkan matanya dari komik yang berada di tangan dengan niat untuk bertanya kepada abangnya itu, tetapi niatnya terbantut apabila melihat abangnya itu sedang ralit memerhati sesuatu walaupun tangannya masih setia memetik gitar di tangan.

Aiman menurut pandangan abangnya itu. ‘ohhh.. patut la pun. Memang betul jatuh cinta gamaknya abang aku ni. Tengok anak dara orang tak lepas. Kalau kantoi dengan ummi memang hijau la muka kena gula.haha..’ Aiman bermonolog seorang diri apabila melihat apa yang dipandang oleh abangnya itu.

“Ehem.. ehem.. dah-dah la tu tengok anak dara orang. Kantoi dengan ummi karang baru abang tahu.” Kata-kata Aiman mengembalikan Luqman ke alam realiti.

“ Errkk?? Man cakap apa tadi?” kata Luqman, cover line. ‘a..duhh.. kantoi terang-terangan tak payah nak suluh.’ Dia berkata dalam hati.

“Abang tu.. duk tengok anak dara orang tak lepas kenapa? Marah ummi nanti kalau tahu abang tengok anak dara dia macam tu.” Aiman membalas kata-kata Luqman. Dahi Luqman berkerut.

“Eh? Bila masa ummi ada anak dara pulak? Bukan kita berdua je ke anak ummi? Ke Aiman ni……” Luqman membiarkan kata-katanya tergantung sambil tersengih macam kerang busuk ke arah adiknya itu.

“Ewah.. sesedap oren je berkata-kata ye? Aiman straight, oke? Tu, Maya kan nama budak yang abang duk tenung dari tadi tu? Kira anak dara ummi la tu sebab ummi kan dah anggap semua yang kat Ar-Rayyan tu macam anak-anak dia. Ye la, ummi bukan ada anak perempuan pun.” Aiman menjelaskan maksudnya sebentar tadi.

“Hehe.. ala.. chill la bro. Abang tahu la. Saja nak usik anak manja ummi ni tadi.” Luqman masih mengusik Aiman. Memang diakui antara dia dan adiknya itu, Aiman lebih manja dengan ummi mereka. Mungkin kerana Aiman anak bongsu.

Aiman ketawa mendengar kata-kata abangnya yang tidak dapat disangkal lagi. “Hahaha..  tak patut betul la abang Luq ni cakap Aiman manja. Kalau dengar dek awek-awek cun kat luar sana, jatuh la saham Aiman yang macho ni.” Aiman berkata sambil tergelak-gelak.

“Amboi, bukan main lagi. Awek-awek ye? Abang Luq report dekat Safiyya kang, baru tahu.” Luqman mengugut adiknya. Memang diakui Aiman seorang yang good-looking dan macho. Dengan muka baby face itu, mungkin ramai yang memendam perasaan terhadap adiknya itu.

Paras rupa Luqman pula biasa sahaja, tidak terlalu kacak seperti adiknya itu. Lebih-lebih lagi dengan kerjanya sebagai juru ukur tanah yang menuntut dia untuk selalu berada di bawah terik matahari menyebabkan kulitnya sedikit gelap berbanding adiknya. Mungkin boleh dikategorikan dalam kategori sedap mata memandang. Namun begitu, Luqman mempunyai daya tarikannya sendiri. Lesung pipit yang terserlah di pipi kirinya setiap kali dia tersenyum membuatkan dia kelihatan kacak dengan cara tersendiri.

“ Alaaa.. apa la abang Luq ni. Tak back-up adik langsung. Tak sporting. Hehehe..” Aiman tersengih apabila melihat abangnya memandang dia dengan rasa tak percaya.

‘Aku yang sikit punya baik ni dia kata tak sporting? Tak bersyukur punya adik’ Luqman berkata di dalam hati.

“Hahaha.. gurau je la abang. Abang Luq la abang terbaik dalam dunia ni. Kan??kan??” Aiman berkata sebelum sempat Luqman bersuara. Memang bagi dia, Luqman abang yang terbaik. Hampir semua yang diminta olehnya akan diberikan oleh Luqman. Kalau tak cukup duit belanja pun Luqman la tempat dia meminta. Walaupun boleh je nak minta dekat ummi, tapi abangnya telah berpesan supaya tidak menyusahkan ummi mereka.

Semenjak kematian bapa mereka beberapa tahun yang lalu, ummi telah banyak bersusah payah untuk menyara mereka yang pada ketika itu masih belajar. Kini Luqman sudah bekerja manakala adiknya masih belajar di universiti. Jadi memandangkan Luqman anak sulung, dia ingin menyara kehidupan mereka sekeluarga dan tidak mahu menyusahkan ummi mereka lagi.

“Haaa.. tahu pun. Ingat tak tahu tadi. Haha..” Luqman menjawab bangga. Mendengarkan kata-kata Luqman itu, Aiman tergelak kecil.

“ Abang Luq.. abang dah jatuh cinta dengan Maya ey?” Aiman bertanya direct, tak ada simpang. Luqman yang sedang minum air mineral itu tersedak. Aiman ketawa lagi melihat abangnya itu tersedak.

“Aiman!! Memang saja nak kenakan abang ke ni?” suara Luqman sedikit tinggi. ‘Budak ni.. boleh dia tanya soalan macam tu punya direct. Buat malu kat aku je..’ Luqman mendiamkan diri memikir jawapan untuk pertanyaan adiknya itu.

“Tak la.. mana ada.. pandai-pandai je la Man ni main serkap jarang.” Luqman berkata, menutup debar di dada.

“Eleh.. tengok tak lepas, nak deny pulak. Ingat Aiman ni budak dua tahun ke? Aiman dah 22 tahun tahu?” Aiman membidas kata-kata abangnya. ‘Nak menipu pun agak-agak la. Macam la aku tak nampak tadi macam mana dia tenung anak dara orang tu.’ Kata-kata itu hanya berlegar di dalam kepalanya.

“Hehe.. Entah la.. Abang tak tahu nak describe macam mana. Tapi bila abang terserempak dengan Maya kat depan pintu tadi, rasa berdebar semacam je la.” Luqman berkata jujur. Aiman tersenyum sahaja.

“Love at the first sight la ni ey? Hehe..” Aiman mengusik abangnya.

“ Maybe yes.. and maybe no. Maybe abang just rasa curious tentang dia. Abang tak pasti la. Abang bukan pernah bercinta pun. Tapi abang rasa dia macam special dari yang lain-lain kat Ar-Rayyan tu. She is mystery. Dia senyum, dia ketawa, tapi abang rasa macam ada something yang dia sembunyikan jauh kat sudut hati dia. Dia macam sedih. Tengok tu, jalan pun sorang-sorang, duduk termenung je dari tadi.” Luqman berkata panjang lebar. Matanya dipakukan ke arah Maya yang sedang leka memandang air di hadapannya.

“Betul. Dia pun macam tak banyak bercakap sangat kan?” Aiman berkata. Luqman hanya mengangguk.

“Tapi abang..” ayat Aiman tergantung di situ.

“Tapi apa?” Luqman bertanya kepada adiknya.

“Aiman rasa abang memang dah jatuh cinta la dekat dia. Siap dapat rasa ada yang tersembunyi bagai. Tak pernah-pernah abang macam ni dengan perempuan lain tau..” Aiman berkata penuh bersemangat. Luqman terdiam.

“Ye ke?” dia berkata perlahan. Bertanya kepada diri sendiri, sebenarnya. Namun tetap sampai ke pendengaran Aiman. Aiman mengangguk penuh bersemangat. Namun Luqman tidak melihat perbuatan adiknya itu kerana dia leka memandang ke hadapan dan tenggelam dalam fikirannya sendiri.

‘Betul ke aku dah jatuh cinta?’ satu suara bertanya.

‘Tak kut.. Dia kan pelatih ummi. Nanti apa pulak orang kata. Macam tak elok je kalau aku nak bercinta dengan pelatih ummi sendiri. Dah la Luqman, kau jangan nak fikir hal cinta sangat. Sekarang tumpukan perhatian dengan kerja dulu. Awal lagi nak fikir pasal cinta. Kau baru 26 tahun la.. Masih ada masa lagi.’ Satu suara lain pula berkata. Akhirnya perkara tersebut dibiarkan begitu saja.

“Abang.. jom la pergi solat dekat surau tu. Dah masuk waktu Asar ni.” Aiman bersuara, menyedarkan Luqman yang sudah jauh mengelamun.

“Hmm?? Ohh.. ok, jom.” Luqman membalas dan terus berdiri. Gitar diletakkan ke dalam khemah mereka dan mereka beriringan ke arah surau yang berdekatan untuk menghadap Yang Maha Esa.

Penghuni-penghuni Ar-Rayyan yang tadi berada di sekitar mereka juga beransur pulang ke dorm untuk bersiap menunaikan solat Asar termasuk Maya.

1 comment:

click-click