Friday, October 21, 2011

jangan tinggal maya 7







*sori pendek je. ngantukkk!! tak tahan dah mata ni. haha.. hit some comments yeahh!!


Masing-masing melangkah masuk ke dalam dorm. Jelas kepenatan di wajah mereka. bahana melakukan aktiviti sepanjang hari itu, mungkin. Aktiviti terakhir untuk hari itu ialah aktiviti barbeque yang baru sahaja tamat lebih kurang 20 minit yang lalu. Usai mengemas segala peralatan, semua terus melangkah masuk ke dalam dorm. Mendapatkan katil masing-masing yang seolah memanggil-manggil suruh tidur.

Maya melangkah ke arah katilnya. Tubuh dibaringkan lalu matanya dipejamkan setelah membaca doa tidur. Tapi entah mengapa, sukar untuk dia melelapkan mata. Ingatannya terimbau mengingati aktiviti mereka pada petang tadi. Betapa kumpulan yang diketuai oleh Kak Hani sangat gembira apabila diumumkan sebagai pemenang untuk aktiviti istana pasir. Dia yang berada di dalam kumpulan yang diketuai oleh Kak Farah hanya mampu ketawa bersama yang lain melihat gelagat mereka yang menang.

Tangan kanan diletakkan di atas dahi. Dia terus merenung siling, cuba mengundang rasa mengantuk. Masih tidak berjaya. Maya bangun, melangkah ke luar dari dorm yang semua penghuninya sudah selamat berlayar ke alam mimpi. Dia melangkah perlahan-lahan. Tidak mahu mengganggu mereka yang sedang enak tidur.


Kakinya melangkah menuju ke arah bangku yang terletak di bawah pokok kelapa berdekatan dengan dorm yang didiami oleh mereka. punggung dilabuhkan ke bangku tersebut, mata mula merenung lautan yang luas terbentang. Angin sepoi-sepoi bahasa member sedikit ketenangan kepada hati yang mula diasak rasa sebak. Sungguh, dia rindu wajah itu. Air mata yang hampir menitis, diseka pantas sebelum sempat jatuh ke pipi.

Dompet yang sentiasa dibawa ke mana-mana dikeluarkan dari saku seluar yang dipakai. Sekeping gambar dikeluarkan dari dalamnya. Seorang gadis yang ceria berdiri di sebelah seorang lelaki yang turut terpancar sinar ceria di wajahnya. Melihat gambar itu, dadanya terasa semakin sesak. Ingatannya kembali kepada peristiwa yang menyebabkan Angah menghantarnya ke Ar-Rayyan. Hatinya dipagut rasa bersalah dan berdosa. Sungguh, dia menyesal. Dia telah mengecewakan Angahnya. Dan kini, dia ditinggalkan sendirian.

“Angah…” Air mata yang ditahan mengalir jua. Teresak-esak dia sendirian di situ. Gambar di tangan dirapatkan ke dada, cuba meredakan perasaan. Nyata usahanya gagal. Dia hanya membiarkan air mata itu terus mengalir tanpa ditahan lagi. Apa yang berlaku di sekelilingnya tidak langsung dipedulikan.


Luqman yang sedang leka merenung bintang di hadapan khemahnya mengalihkan pandangan dari dada langit ke arah seorang gadis yang sedang duduk di bangku di bawah pokok kelapa berdekatan khemahnya. Malam yang gelap menyebabkan dia menghadapi kesukaran untuk melihat dengan jelas. Gadis yang sedari tadi merenung laut, diperhatikan. Akhirnya baru dia dapat mengecam gadis itu. Beberapa ketika kemudian, gadis itu dilihat menundukkan kepala. Kedua lututnya dirapatkan ke dada. Luqman melangkah untuk mendekati gadis itu. Sekadar ingin berbual.

Langkah kaki Luqman yang semakin hampir terhenti apabila dia terdengar esakan dari arah tempat duduk gadis itu. Dia kembali menimbang keputusannya untuk menegur gadis ini, adakah wajar atau tidak.

‘Ahh.. tegur je la. Mana la tahu dia perlukan seseorang untuk dia kongsi masalah.’ Bisik hatinya. Langkah diatur kembali, mendekati gadis itu.

“Ehemm..” Luqman berdehem apabila kehadirannya tidak disedari oleh Maya. Dan nyata, deheman itu berjaya ,menyentak Maya dari lamunan yang panjang. Segera jemarinya mengesat air jernih yang mengalir di pipi. Matanya dialihkan ke sebelah kanan, arah punca suara yang berdehem tadi. Wajah yang memang sedia tiada senyuman bertambah masam apabila melihat Luqman yang terpacak di sisinya. Luqman serba salah apabila melihat perubahan itu.

“Maaf ganggu. Tapi, boleh saya duduk sini?” Luqman bertanya sopan. Renungan tajam Maya tidak dihiraukan. Dia terus duduk di atas bangku yang sama.

“Ehh?? Siapa yang bagi awak duduk ni? Saya tak izinkan lag.” Maya bertanya kalut. Bimbang jika pada saat itu ada rakan-rakan dari Ar-Rayyan yang mungkin turut terjaga melihat mereka yang sedang duduk berdua di atas bangku itu. Risau jika disalah erti.

“Orang selalu cakap, diam tanda setuju. Tadi saya tanya, awak tak jawab pun? Awak diam je. So I take it as a yes. Don’t worry. Saya tak duduk dekat-dekat.” Luqman tersenyum bersama kata-katanya itu.

“Lagipun…kan bahaya anak dara duduk sorang-sorang dalam gelap macam ni? Memangla tak gelap sangat. Tapi tetap bahaya. Awak tak takut ke duduk sorang? Saya teman ok?” Luqman buat keputusan sendiri.

Maya hanya diam. Malas hendak melayan Luqman membebel. Dia mengengsot sedikit, menjarakkan kedudukan mereka.masing-masing duduk di bahagian hujung bangku. Luqman di kanan, Maya di hujung sebelah kiri. Maya tidak menghiraukan Luqman di sebelahnya. Dia terus merenung ke hadapan. Luqman pula hanya mendiamkan diri apabila jelas gadis itu tidak mempedulikannya. Dia turut memandang ke arah yang sama.

“Maya..” Luqman bersuara akhirnya, setelah beberapa minit mereka mendiamkan diri. Dia sudah cuba untuk diam, tetapi mulutnya tetap degil, ingin bercakap.

‘Sejak bila kau jadi peramah ni Luq?’ tanya satu suara.

‘Sejak tadi..’ satu suara lagi menjawab. Dia menggelengkan kepalanya. Terus suara-suara itu hilang. Matanya yang dihala ke hadap, beralih ke kirinya. Erkk??

Dada luqman berdegup kencang apabila dilihat Maya sedang merenungnya. Maya memandang Luqman pelik apabila Luqman masih belum berhenti tersenyum. Dah panggil-panggil aku td, boleh duduk senyap pulak dia  sekarang.

“Errmm.. Maya,..” Luqman memaanggil maya sekali lagi.

“Ye? Ada apa?” Maya bertanya terus. Tidak mahu berlengah-lengah lagi. Langit seakan mendung. Mungkin akan hujan sebentar lagi.

“Ermm.. apa nama penuh awak ye?” Lain yang nak dicakap, lain yang keluar.

“Ehh?? Hurrmmm.. Nadrah Umayra. Kenapa?” Maya bertanya kembali.

‘Maya. Apsal kau tiba-tiba boleh duduk bercakap elok-elok pulak dengan si Luqman ni?’ hatinya bertingkah. Maya pun tak faham dengan diri sendiri. Bila duduk macam ni dengan Luqman, dia rasa macam dia duduk dengan angah. Tengok muka Luqman ni pun, macam lebih kurang je dengan umur angah.

“Ohh.. Cantik nama tu..” Macam tuan dia. Ayat itu disambung dalam hati. Gila nak cakap depan-depan? Silap hari bulan dia kena libas dengan Maya kalau dia cakap macam tu.

“Thanks..” Maya jawab perlahan. Entah kenapa tiba-tiba rasa segan dengan Luqman. Mungkin kerana teringat kejadian yang berlaku di Ar-Rayyan sebelum mereka bertolak ke Teluk Gorek. Mereka terus berbual dari satu topik ke topik yang lain.

“Kenapa Maya masuk Ar-Rayyan?” soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut Luqman menyebabkan keadaan hening di antara mereka. Luqman rasa nak tampar mulut sendiri, manakala Maya sudah tertunduk merenung kaki.

2 comments:

  1. @Wild Cherry ecah.. sori. ni setakat update cukup syarat je. hahaha.. sbb dh janji ngn ed. ngeeee~~

    ReplyDelete

click-click