Friday, May 27, 2011

jangan tinggal maya 1



Dia berlari mengejar lelaki yang semakin menjauh itu dengan sekuat hatinya, sambil memanggil-manggil gerangan tersebut, mengharapkan agar lelaki itu akan berhenti berlari. Dia mempercepatkan langkahnya apabila bayangan lelaki itu semakin menjauh lalu menghilang.

“Angah!!angah!!” dia menjerit sekuat hati mengharapkan orang yang dipanggil itu akan muncul kembali, namun dia hampa. Dia terjelepuk jatuh ke tanah, dia menangis hiba.

“kenapa angah tak tunggu Maya? Angah dah tak sayang Maya ke?” dia merintih sambil mengesat air matanya dengan hujung lengan baju yang tersarung di badannya.

Perlahan-lahan dia mengalihkan pandangan ke hadapan apabila terdengar derap tapak kaki seseorang menghampirinya. “angah….” Hanya itu yang mampu keluar dari ulas bibirnya.

“ye..angah ada kat sini..dah..jangan nangis lagi..” jawab lelaki tersebut.

“Angah.. jangan tinggalkan Maya..” dia berkata sambil mula teresak kembali.

“shhhh~~ jangan nangis lagi. Angah ada ni. Tapi angah tak boleh lama. Angah dah nak kena pergi ni.” lelaki itu bersuara lagi.

“Angah nak pegi mana?jangan biarkan Maya sorang-sorang kat sini..please…” Maya kembali bersuara.

“Tak boleh..angah kena pergi jugak. Dah sampai masa angah. Maya jaga diri baik-baik ok? Jangan nakal-nakal. Angah sayang Maya sangat-sangat” lelaki itu terus berlalu.

“Angah!!jangan tinggalkan Maya!!angah!!” dia kembali berteriak dan mengejar lelaki itu kembali. Namun lelaki itu tetap berlalu pergi tanpa menoleh padanya lagi.


“Maya..Maya!!”

“Angah!!!!!” Maya terjaga secara mengejut. Dia melihat ke sekelilingnya. Fatin, teman serumahnya sedang merenungnya dengan riak penuh kerisauan.

“Maya? Are you okay? Kenapa ni? Nightmare?” tanya Fatin dengan suara yang penuh prihatin. Risau mendengar sahabatnya itu meracau-racau tak tentu hala sebentar tadi. Lenanya terganggu apabila terdengar Maya meracau menyebut sesuatu tetapi tidak jelas butir sebutannya. Mulanya dia berniat untuk membiarkan sahaja, kerana menyangkakan Maya sedang mengigau. Tetapi apabila mendengar suara Maya yang semakin kuat dan terlihat air jernih yang mengalir di pipi putih itu, dia terus melangkah ke katil sahabatnya untuk mendapatkan kepastian.

Maya meraup wajahnya. “Aku ok. Tak de pape..” Maya berkata perlahan.

“Betul kau ok ni?” Fatin bertanya lagi. Tidak mempercayai kata-kata sahabatnya itu. Kalau dah muka pun pucat semacam, takkan lah ok kut?

“Aku ok.. Aku ok.. kau jangan risau. Sorry sebab buat kau terjaga. Sambung la tido balik.” Maya meyakinkan Fatin walaupun dia sendiri tidak pasti dengan apa yang telah dikatakannya itu.

“hmmm.. kalau camtu takpelah. Aku tido dulu. Kau pegi la ambil wudhu’, insyaAllah tak mimpi buruk lagi.” Fatin terus berlalu ke katilnya. Dia tidak mahu memaksa Maya menceritakan tentang mimpinya tadi.

Maya tersenyum tawar seraya berlalu ke tandas untuk mengambil wudhu’. Dia mengerling jam dinding yang terdapat dalam bilik itu. Pukul 3 pagi. Alang-alang dah terjaga ni, solat Tahajjud sekali la. Selesai berwudhu’, Maya kembali ke biliknya. Telekung dipakai, sejadah dibentangkan. “Allahuakabar..”


Penghuni Rumah Perlindungan Ar-Rayyan kelihatan sedang sibuk dengan tugasan masing-masing. Ada yang memasak, membersihkan laman, mengemas bilik-bilik di dalam rumah tersebut dan sebagainya.

Mereka kelihatan gembira melakukan tugasan masing-masing, diselangi dengan gurau senda bagi menceriakan suasana di pagi yang indah itu.

Maya memandang ke sekelilingnya. Hatinya disapa hiba. Sedih mengenangkan nasib dirinya yang terpaksa tinggal di rumah perlindungan ini. Sedangkan suatu ketika dulu hidupnya begitu ceria dan gembira bersama keluarganya yang lain. “Mak.. Along.. Angah..” dia merintih lagi. Butiran air jernih terus mengalir ke pipinya tanpa dapat diseka.

Tanpa disedari, Maya diperhatikan oleh dua pasang mata yang berada tidak jauh daripada tempat dia menyendiri.

 “Kenapa Maya taknak bercampur dengan kawan-kawan kamu yang lain? dia nampak macam ada masalah besar. Tapi apa ye?” Ummi Khadijah bertanya kepada Fatin yang berdiri di sebelahnya.

Di antara pelatih yang menghuni Ar-Rayyan ini, dia dapat melihat Maya yang paling sukar untuk didekati. Maya mula memasuki rumah perlindungan ini lebih kurang sebulan yang lalu. Namun sehingga kini, apabila ditanya oleh warden atau pengurus yang bertugas di situ, hanya anggukan atau gelengen yang menjawab segala pertanyaan mereka.

Fatin memandang ke arah Ummi Khadijah dan menggeleng, menandakan dia juga tidak tahu sebabnya. “tapi Ummi..” kata-kata Fatin tergantung di situ. Mencongak-congak haruskah dia memaklumkan kepada Ummi tentang apa yang telah dilihatnya malam tadi.

“Tapi apa Fatin? Kamu jangan cuba nak sembunyikan apa-apa dari Ummi. Ummi sayang semua anak Ummi kat sini. Kalau ada apa-apa masalah jangan simpan je. Beritahu pada Ummi. InsyaAllah Ummi akan bantu mana yang termampu”, Ummi Khadijah berkata sambil kembali memerhatikan Maya yang masih statik di tempat tadi.

“Errmmm… Ummi..errr.. semalam Maya meracau waktu tido. Tapi saya tak pasti apa yang dia sebut, kurang jelas. Tapi ummi.. Maya menangis masa dia meracau tu.” Fatin meluahkan juga kepada Ummi Khadijah. Dia tahu, Ummi Khadijah perlu tahu segalanya tentang pelatih-pelatih di rumah perlindungan ini.

Ummi Khadijah termangu mendengarkan kata-kata Fatin itu. Dia perlu melakukan sesuatu untuk membantu Maya supaya dia dapat berubah menjadi lebih mesra dan mudah bergaul bersama pelatih-pelatih lain.

13 comments:

  1. Waaaa.... siok jugak eh,,, sambung lah citer nii... ;p

    ReplyDelete
  2. jade : hahaha..
    adeyhhh..
    aku ni mood nk menaip tu pun dtg skali tak skala..
    idea pun bkn slalu ade.
    kalu intro tu byk la.
    smbgn lmbt sikit.
    hahaha :))

    ReplyDelete
  3. wahh,,bestnyeeeee leh tulis novel nihh..:P
    sambung2..:)

    ReplyDelete
  4. fair : hahaha..
    ni pun tetibe dtg idea tgh2 mlm sbb xleh tdo.
    nk smbg ntah bile la..
    idea bkn dtg slalu pun.
    kah3..

    ReplyDelete
  5. amboi intro hang puye pnjg....aq puye takat half page je

    ReplyDelete
  6. haha..
    should be episod 1 la aku rase..
    kah3..
    tp episod seterusnye xtau la bile aku akn smbg.
    kah3..

    ReplyDelete
  7. wan : haha..
    tgk la bile dtg idea o kalu aku rajin nk smbg.
    keh3..

    ecah : x pasti lg nk taruk family dia kat mane.
    keh3..

    ReplyDelete
  8. ko jgn nk malas nab. aku sepak satgi baru tau malas2 ni

    ReplyDelete
  9. am : hahaha..
    aduhhh...
    yela2..
    aku cube merajinkan diri..
    huahahaha..

    ReplyDelete
  10. ak xtaw nape ak msok blog ko,,
    ak bkn minat novel pon,,
    peace no war nab..
    from Aber KAY

    ReplyDelete
  11. aber : hahaha..
    peace no war back.
    neway, thanx jugak sbb ko bukak blog aku yg x seberapa ni.
    keh3..

    ReplyDelete

click-click